Pelakon Bollywood, Sushant Singh Rajput telah ditemui mati di rumahnya semalam. Kenyataan polis menyebut aktor yang berusia 34 tahun itu dijumpai tergantung dirumah di Carter Road, Mumbai dan diklasifikasikan sebagai bunuh diri.
Kematian aktor ini dikatakan susulan beberapa hari selepas bekas pengurusnya, Disha Salian meninggal dunia, yang juga dipercayai membunuh diri.
Kali terakhir dilihat Sushant mengemas kini akaun instagramnya yang memiliki 11 juta pengikut, kira-kira seminggu yang lalu dengan memuat naik foto ibunya.
Berita kematiannya ini juga turut mendapat perhatian pelakon cantik Bollywood, isteri kepada Nick Jonas yang telah memuat naik foto bersama mendiang di laman instagramnya.
Sushant mula popular selepas membintangi siri televisyen Pavithra Rishta, sebelum mencipta nama sebagai bintang filem.
Antara wataknya yang paling diingati ialah sebagai bekas kapten pasukan kriket India, Mahendra Singh Dhoni, dalam filem biopik, MS Dhoni, yang juga merupakan antara filem paling berjaya pada tahun 2016.
Namun begitu, ada sebuah filem yang dibintangi oleh mendiang tidak sempat ditayangkan. Sushant juga berlakon dalam filem Dil Bechara, sebuah filem remake cinta popular The Fault In Our Stars. Filem yang menjalani penggambaran pada tahun 2018 ini masih belum ditayangkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Bagi peminat yang bakal merindui aktor ini, mungkin korang boleh menonton Dil Bechara apabila ia sudah ditayangkan nanti.
Mesti sedih kan?
Sumber: Astro Awani