Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Malah, isu perkauman bukan satu benda yang boleh dibuat main apatah lagi gurauan.
ARTIKEL BERKAITAN : “Tidak Pernah Sesekali Hadapi Isu Perkauman,” – Mekyun Coret Nota Menyentuh Hati Tentang Kampungnya, Kelantan
Baru-baru ini, seorang atlet hoki kebangsaan yang dikenali sebagai Hanis Onn telah meninggalkan komen di sebuah posting yang dimuat naik oleh Kosmo!
! Malah, komen itu juga dikatakan berbau perkauman.Meskipun konsert itu berjalan dengan penuh meriah namun terdapat satu isu yang tular di media sosial apabila seorang pemain hoki wanita negara mengeluarkan komen berbaur perkauman berkaitan konsert berkenaan.
Rata-rata netizen mengecam tindakan atlet tersebut. Pun begitu, komen tersebut telah pun dipadam dan rentetan itu Hanis turut memohon maaf secara terbuka mengenai kenyataannya menerusi laman Twitter miliknya.
“Dengan ini saya berasa menyesal di atas kecuaian saya dan dengan penuh rasa kesedaran sekali lagi saya memohon jutaan kemaafan kepada yang terkesan,”
tulisnya.Untuk info, hujung minggu lepas, penyanyi dan komposer ternama dari India AR Rahman menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan menghiburkan seramai 60,000 orang penonton.
Konsert yang diadakan bersempena 30 tahun perjalanan karier muziknya itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Ismail, hadir sama Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Duta India ke Malaysia, BN Reddy.
Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak tinggalkan komen buruk padahnya. Jadi fikir dua tiga kali ye apa yang ditulis okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.