Berbeza dari pentas peragaan biasa, kemunculan model ‘cilik’ kurang upaya di pentas peragaan Lulu et Gigi pada Minggu Fesyen Paris telah telah membuat tetamu yang hadir teruja dan berikan pujian.

Kedua-dua belah kakinya kudung dengan memakai sepasang kaki prostetik, Daisy-May Demetre langsung tak terkesan dengan kecacatannya itu. Terus catwalk  ala ‘supermodel’ yang berjalan megah di puncak Menara Eiffel.

Dilahirkan OKU, Kanak-Kanak Ini Cipta Sejarah ‘Catwalk’ Guna Kaki Palsu Di Pentas Fesyen Paris

Kalau bukan di mata orang pun, mereka mungkin akan rasa sedih kerana aktiviti seharian mereka limited disebabkan oleh kekangan hidup.

Tapi itu langsung bukan kesnya dengan Daisy-May Demetre, kanak-kanak ini memberi inspirasi kepada orang di serata dunia apabila dia tampil sebagai model kanak-kanak kurang upaya. Daisy-May Demetre yang berasal dari Birmingham, dianggap sebagai model pertama menggunakan kaki palsu berjalan di acara berprestij itu.

Personalitinya yang ceria serta outgoing

Ads

Kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun ini hilang kedua belah kakinya apabila  kakinya dipotong akibat dari penyakit ‘hemimelia fibril’ iaitu kekurangan atau pemendekan tulang betis ketika dia berumur 18 bulan.

 

Ads

Ketika pertunjukkan fesyen itu, bapanya Alex berkata, dia terpaku dan turut membuatkan dirinya bangga dengan penampilan anak perempuannya itu.
Dia berkata, walaupun tidak ada peluang untuk berlatih ‘catwalk’ sebelum persembahan tetapi Demetre tetap melakukannya dengan baik.

“Dia keluar dan mempamerkannya dengan baik,” katanya.

Pengasasnya jenama Lulu et Gigi, Eni Hegedus-Buiron pula memberitahu Demetre mampu memberi kesedaran kesedaran kepada dunia.

Ads

Sebelum acara itu bermula, dia sempat berkongsi sekeping foto di depan Menara Eiffel di laman Instagram miliknya.

“Di sini untuk membuat sejarah, itulah yang kita lakukan,” katanya pada akaun IGnya yang menunjukkan gambar dia dan ayahnya Alex di depan Menara Eiffel.

Kanak-kanak istimewa ini  mula menjadi model kira-kira 18 bulan yang lalu dan telah bekerja untuk jenama-jenama besar termasuk  River Island , Matalan dan Nike.

Kuat betul semangat kanak-kanak cantik ini. Moga Daisy-May Demetre terus success dan berkembang kariernya sebagai supermodel yang berjaya. Jangan sesekali jadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk kita tidak berjaya.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI