Dilan 1991 Bukan Filem Cinta Klise, Kali Ini Lebih Sweet

Share

Indonesia memang terkenal dengan filem bergenre romantis dan rata-rata daripadanya memang mendapat sambutan luar biasa bukan hanya disana, malah di negara kita juga.

Masyarakat disini pun dah sinonim dengan filem-filem cinta dari seberang ini. Mana taknya, setiap kali dilancarkan di Malaysia, ramai yang excited nak menonton.

Terbaru, filem sekuel dari Dilan 1990 kembali dengan jalan cerita yang lebih mantap dan sambungan kisah cinta antara pasangan remaja, Dilan dan Milea dalam Dilan 1991.

Filem yang dikhabarkan mencatat jumah penonton seramai 5 juta orang dalam hanya masa lima hari ditayangkan, sudah tentu kami mempunyai expectation yang tinggi untuk filem sekuelnya kali ini.

Dalam Dilan 1991, penonton akan dibawa bersama ‘cinta’ Dilan dan Milea yang sudah rasmi bergelar pasangan kekasih. Kalau dalam filem terdahulunya mereka baru saja berkenalan dan hanya bibit-bibit cinta mulai termeterai, namun untuk kali ini korang akan menyaksikan sendiri kisah cinta lanjutan daripada merpati dua sejoli ini.

Lebih sweet

Kami nak nasihatkan kalau korang bukanlah seorang yang suka kepada filem bergenre romantis, filem ini bukan untuk korang. Hiks!

Boleh kami katakan dari awal hingga keakhirnya, babak romantis antara hero dan heroin seringkali ditonjolkan dengan pickupline-pickup line cinta yang boleh buat korang tersenyum angau.

Sweetnyaa!

Tapi, kalau korang bukanlah sejenis yang sweet

sangat, mungkin akan rasa muak dengan kata-kata cinta yang diucapkan oleh Dilan kerana semuanya memang manis macam gula. Gituuu!

Bukan filem klise

Nah, nak warning awal-awal filem ini berdurasi agak lama bagi sebuah genre cinta iaitu 2 jam 01 minit. Jadi kalau tak nak potong mood ke bilik air, janganlah minum banyak sangat. Hehe!

Filem Dilan 1991 disusun dengan jalan cerita yang cukup baik. Hampir saja kami kecewa dengan endingnya (bukan spoiler, hiks) tetapi rupanya berlaku sebaliknya.

Di akhir filem ini juga nampaknya pengarah memberikan hint untuk sambungan filem ini yang berjudul Milea. Jadi, mungkinkah kisah cinta Dilan dan Milea ini akan bersambung atau jadi lebih rumit? Sama-sama kita nantikan..

Apa-apa pun, yang sudah menonton Dilan 1990 sebelum ini, korang wajib tonton Dilan 1991. Bagi yang tidak pernah menonton, boleh saja kalau nak try sebab jalan ceritanya takkan buat korang lost pun. Cuma mungkin kurang sikit la feel cinta tu. Hiks!

Jangan lupa saksikan Dilan 1991 di pawagam berhampiran yang akan ditayarkan di seluruh Malaysia bermula 11 Julai 2019.

Kalau nak jadi orang pertama yang menonton filem ini, korang boleh masuk peraduan #WayangRemaja dengan hanya klik artikel di bawah:

Baca artikel ini: https://www.remaja.my/wayangremaja-menangi-tiket-tayangan-perdana-filem-box-office-indonesia-dilan-1991/

Published by
Noor Ain Norman