Korang mesti ramai yang masih galak menggunakan perkhidmatan bas ekspres kan?
Senang nak balik kampus dan kampung. Murah pun boleh tahanlah, selain daripada kekerapan perkhidmatan bas yang disediakan untuk penumpang. Semua ni faktor yang memudahkan masyarakat kita.
Namun, pernah tak korang dilarang untuk makan selama 6 jam berturut-turut daripada awal perjalanan sampailah ke destinasi yang dituju?
Well, influencer Malaysia, Faizdickie pernah pada hari Ahad lalu.
Dalam perkongsian pemilik nama Mohd Nasrul Faiz ini di Instagram Ahad lalu, dia menceritakan mengenai pengalaman dilarang untuk makan di dalam bas. Lalu terpaksa menahan lapar selama 6 jam ketika dalam perjalanan dari Larkin ke Kuala Lumpur.
Aik, macam pelik je. Setahu penulis, penumpang dibenarkan je untuk makan sebarang makanan berpaket di dalam plastik dan tidak berbau seperti roti bun.
Kalau ‘cikedis’ yang ada risiko nak berterabur tu, tak tahulah pulak kerana ia boleh mengotorkan tempat duduk.
Tapi macam ramai je yang ‘selamba’ makan.
Jadi apabila Faizdickie mendakwa peraturan baru ini seperti tidak masuk akal, dia tidak berdiam diri dan inginkan penjelasan daripada pihak bas ekspres terbabit.
Dan ini adalah jawapan yang diberikan kepadanya lalu dikongsi kepada #villagepeople sekalian dalam posting terbaru Faizdickie di Instagram.
Oh, macam tu rupanya.
Ada sesetengah makanan yang dilarang untuk dibawa naik ke atas bas dan pemandu bas mempunyai hak untuk melarang.
Antaranya termasuklah makanan yang berbau kuat dan boleh mengganggu deria bau penumpang lain seperti ayam goreng pedas, petai dan macam-macam lagi. Makanan yang mempunyai potensi berkecah dalam bas juga dilarang.
Maknanya, kalau korang tak reti makan jambu air dengan asam secara berhemah pun, better jangan makan di dalam bas. Hehe…ramai kan? Penulis pernah cuba untuk membawa naik aiskrim kelapa ke atas bas dan ia dilarang oleh pemandu bas tersebut.
Mungkin sebab inilah rasanya.
Selain itu, minuman dalam cawan plastik pun dilarang kerana ia boleh tertumpah. Lebih baik beli minuman dalam botol plastik.
Penulis bukanlah nak memihak kepada pihak bas ekspres. Ada logiknya juga dia melarang Faizdickie makan, or the driver was just having a bad day.
Namun, penulis percaya kebanyakan pemandu bas ekspres akan berhenti sebentar di kawasan R&R untuk makan, solat, stretch badan dan untuk ke tandas.
Kalau mereka tak berhenti pun, penumpang mempunyai hak untuk demand mereka agar berhenti di hentian seterusnya.
Apa-apa pun, bak kata Faizdickie, “There is always a first time to everything” termasuklah kena ceramah oleh pemandu bas ekspres hehe. Apa pendapat korang?