Pengumuman yang agak kontroversial semalam, tetapi kami faham ia demi kebaikan semua.
Untuk pengetahuan korang, semalam Menteri Kanan (Keselamatan) negara iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa kedai gunting rambut dan salun kecantikan rambut (selain kedai cermin mata) dilarang beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pakar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat.
But guys, berapa ramai di antara korang yang sudah mula rimas dengan rambut masing-masing terutamanya lelaki? Susah betul untuk mengekalkan rambut yang sihat, segar dan kemas terletak apabila tidak menerima trimming
.Anak rambut pastinya akan terpacak di atas kepala, umpamanya seperti ada tarikan magnet yang menarik. The tips on the other hand have gone spiral.
Apa kata korang cuba 4 tip mudah ini untuk mengelak masalah rambut panjang sepanjang PKP.
Jangan Kerap Syampu
Ya, membasuh rambut itu rutin yang bagus. Rambut menjadi bersih dan berbau harum. Cuma, apabila kita terlalu kerap syampu rambut kerana ia adalah penyebab rambut hilang kelembapan.
Jika terlalu kerap, korang akan perasan rambut yang panjang menjadi kering, mengembang dan susah untuk diurus. Cuba selangkan 2 ke 3 hari, sekali.
Elakkan Hair Dryer
Kita semua ingin pantas mengeringkan rambut selepas mandi. Jadi hair dryer menjadi pilihan utama ramai perempuan dan lelaki.
Namun, hair dryer membuatkan rambut bertambah kering dan tidak membantu mengemaskan anak rambut. Sebolehnya, usah jadikan hair dryer sebagai rutin wajib setiap hari. Biarkan saja rambut kering secara semulajadi di rumah.
Suka Hair Spray Eh?
Jangan terkejut jika ada di antara kita yang masih menggunakan produk hair setting di rumah semasa PKP! Mungkin kerana ia sudah menjadi rutin mereka.
Jika korang semburkan hair spray pada rambut dengan terlalu kerap, we have some bad news for ya.
Hair spray mengandungi alkohol yang membuatkan rambut kering. Semasa berada di rumah ini, lebih baik kamu menggantikan hair spray ataupun pomade untuk lelaki dengan produk lain seperti hair mist atau hair milk.
Berhenti Guna Sikat Plastik
Eh, guna sikat plastik boleh buat anak rambut menjadi ‘liar’? Yes!
Korang tak dapat lihat dengan mata kasar tetapi sikat plastik mengalirkan tenaga elektrik statik yang membuatkan anak rambut ‘berdiri’ menegak secara automatik. Sebaiknya, tukar kepada sikat yang diperbuat daripada kayu atau logam.