
Kes Covid-19 semakin menjadi-jadi dan setiap hari kini jangkitan melepasi tiga angka dengan kes terbanyak seramai 691 orang disahkan positif dalam sehari kira-kira dua hari lalu.
Terbaru dalam sebuah hantaran di laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, di pohon kerjasama semua penumpang yang menaiki pengangkutan awam MYBAS bernombor pendafatran NDH 2259 laluan KLIA 2 ke Nilai pada 30 September 2020 yang berlepas jam 9 malam dari platform B10, KLIA2 dan tiba pada jam 10 malam di Nilai Sentral untuk menghubungi bilik Gerakan Covid-19 dalam kadar segera.
Penumpang yang berada di dalam bas tersebut Ketika itu bolehlah menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Seremban di talian 06-7634809. Pusat Kesihatan ini beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga jam 4.30 petang setiap Isnin sehinga Jumaat. Manakala pada hari minggu ia dibuka bermula jam 8 pagi sehingga jam 1 petang.
Terbaru setakat semalam, 489 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes 13,993 kes keseluruhan.
***P/S – Kes semakin teruk, sila patuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kalau lokasi anda merupakan kawasan merah atau dikenakan perintah kawalan bergerakan bersasar, sila duduk di rumah sahaja.
Sumber: Facebook Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.
“Bagi Tablet Macam Bagi Juadah Buka Puasa”, Syed Saddiq Curi Perhatian Warganet

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sebelum ini pernah melakukan inisiatif bagi mengumpul dana untuk membeli tablet bagi memudahkan pelajar kurang berkemampuan di Muar. Inisiatif #ThunerBOLD itu dilancarkan pada 2 Februari lalu dan menerima sumbangan berjumlah RM196,668.
Inisiatif ini dijalankan bagi membantu pelajar kurang berkemampuan di Muar untuk mengikuti kelas dalam talian.

Terbaharu, Syed Saddiq telah memuat naik sebuah video di laman Twitternya dengan menjelaskan bahawa lebih 1,000 laptop dan tablet berkualiti telah diserahkan kepada masyarakat Muar yang tidak berkemampuan.
Rumah ke rumah untuk sampaikan tablet. Setakat ni dah 1000~ tablet sudah diedar.
Kadang-kadang sampai sesat cari rumah. Mujur ramai tolong tunjuk jalan. 😅
Bantulah pendidikan pelajar di Muar. Ramai lagi yang mohon, tetapi stok kita terhad. https://t.co/2O8OQK1EOg pic.twitter.com/QYvEU00Pra
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 28, 2021
1000+ Laptop & Tablet berkualiti bagi orang Muar❤️
Best pergi rumah-ke-rumah. Senang jumpa.
Please do give me feedback on what else i can do to serve better. Saya manusia yang tidak bebas dari buat kesilapan. pic.twitter.com/UDPNk3TnVl
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 28, 2021
Ahli Parlimen Muar ini sendiri turun padang untuk menyerahkan tablet tersebut dari rumah ke rumah dan menjelaskan ramai lagi yang memohon tetapi stok masih terhad.
Usaha YB ini mendapat perhatian warganet dan menyifatkan beliau tidak memerlukan satu pasukan yang besar sewaktu melakukan aktiviti penyerahan sumbangan tersebut.
Diharap lebih ramai lagi wakil rakyat yang turun padang bagi memberi bantuan kepada rakyat yang terjeas teruk akibat pandemik COVID-19.
Kami percaya masih ramai lagi yang memerlukan bantuan, sekiranya korang berkemampuan bolehlah menyalurkan sumbangan kepada badan-badan sah yang dilantik bagi tujuan tersebut.
Guna Pelembab Wajah Dan Amal Diet Teratur, Rahsia ‘Dr Ji’ Awet Muda Di Usia 53 Tahun!

Drama Korea The World of The Married yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia sekarang turut mencatatkan rekod apabila berjaya mendapat jumlah tontonan tertinggi yang pernah dicapai oleh mana-mana drama dalam sejarah rangkaian stesen TV di Korea. Fuh hebat!
Menariknya, heroin atau pelakon utama drama ini, Kim Hee Ae, memainkan watak Dr Ji ternyata memberi kesan yang begitu mendalam kepada penonton dengan digambarkan sebagai isteri yang bijak, kuat dan seorang wanita yang independent. Jom kita kenali lebih dekat dengan pelakon utama The World of The Married ini.
1. DUTA PRODUK KECANTIKAN
Kalau anda perasan, Kim Hee Ae pernah menjadi seorang duta produk kecantikan dalam salah sebuah jenama terkenal iaitu SKII. Patutlah macam pernah nampak kan?
Mengakui bahawa dirinya tak begitu rajin bersenam, sebagai ibu dan seorang isteri jadualnya cukup padat dan cukup membuatnya banyak bergerak. Katanya, ini saja dah cukup mempertahankan bentuk badannya!
Beliau juga rajin menggunakan pelembab wajah dan mengamalkan diet teratur. Simple!
2. LEBIH 37 TAHUN DALAM INDUSTRI HIBURAN DI KOREA SELATAN
Memulakan karier sejak tahun 1983, beliau telah membintangi lebih 30 drama ikonik, menjadi model, serta turut dilantik menjadi jurucakap produk kecantikan. Beliau telah berkecimpung dalam industri hiburan lebih dari 37 tahun di Korea Selatan tau!
3. Sudah Menjadi Model Pada Tahun 1978
Difahamkan bahawa wanita kelahiran Jeju ini terjun di industri modeling pertamanya bagi sebuah iklan untuk pakaian seragam sekolah pada tahun 1978. Alamak penulis tak lahir lagi waktu ni.
Pada 1983, Kim Hee Ae melakukan debut lakonannya bagi filem The First Day of Twentieth Year. Namun nama Kim Hee Ae mulai melonjak naik sejak membintangi filem Beyond the Mountains pada tahun 1991 dan Sons and Daughters pada tahun 1992.
4. ANGGUN PADA USIA 53 TAHUN
Artis yang memiliki tinggi 164 cm ini baru saja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-53 pada 23 April lalu.
Dilahirkan pada tahun 1967 di Jeju, artis ini sering kelihatan trendy dan elegan. Lihat saja dalam drama The World of The Married, penampilannya nampak menyerlah walaupun tidak sarat dan keterlaluan kan?
Beliau juga dikatakan menginspirasikan ramai wanita supaya berasa lebih konfiden agar mengenakan pakaian yang selesa dengan diri mereka.
5. Pelakon Berstail
Beliau pernah tampil dengan pelbagai watak sebelum ini, antaranya sebagai seorang penulis dalam filem Snow Flower (2006), CEO sebuah syarikat gergasi dalam Midas (2011), seorang detektif dalam unit jenayah keganasan melalui Mrs Cop (2015) dan penerbit eksekutif dalam sebuah syarikat penyiaran menerusi Second to Last Love (2016).
Selain membintangi drama percintaan, beliau juga pernah memainkan watak jahat sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga kawan baiknya sendiri menerusi drama My Husband’s Lover (2007).
Ketika Kim Hee Ae berubah menjadi seorang detektif menerusi drama Mrs. Cop (2015), beliau pula banyak terlibat dengan aksi pergelutan.
Bayangkan, bahkan di usianya yang sudah hampir mencecah 50-an ketika itu, beliau masih mampu meyakinkan penonton dengan adegan bela diri yang mantap! Selain itu, Kim Hee Ae juga banyak memainkan peranan dalam filem
6. Keluarga Yang Bahagia
Mendirikan rumah tangga pada tahun 1997, suaminya Lee Chan-jin, merupakan bekas CEO laman portal Dreamwiz. Hasil perkahwinan ini, mereka mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Tak banyak berbeza dari lakonan, dalam kehidupan sebenar Kim Hee-ae juga dianggap sebagai supermom. Ini kerana dia perlu menyeimbangkan peranannya sebagai seorang ibu, seorang isteri, serta kariernya sebagai pelakon.
Hanya tinggal empat episod terakhir je, penulis memang suka dengan mutu lakonan Kim Hee-ae sebagai ‘Dr Ji’ dalam drama ni,betul-betul buat kita tersentuh. Tak sabar nak tungu episode seterusnya.
Penghibur Dan Pelakon Veteran Hong Kong, Richard Ng Hembuskan Nafas Terakhir

Sebelum masyarakat Malaysia ‘menggilai’ k-drama, drama Hong Kong pernah mendapat tempat di hati penonton negara kita. Kecantikan dan kekacakan pelakonnya sering kali mendapat perhatian. Malah, jalan cerita dengan episod yang agak panjang membuatkan peminat sering ternanti-nanti.
Kalau korang pecinta filem Hong Kong, mesti korang mengenali pelakon dan pelawak, Richard Ng.
ARTIKEL BERKAITAN : Bergaya Dan ‘Hot’ Di Usia 50, Wajah Terkini Pelakon Popular Drama Rosalinda
Namun, satu berita sedih diterima apabila, Richard Ng dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun akibat kegagalan jantung, lapor CNA.
Mendiang Richard dilaporkan menghidap pelbagai penyakit termasuk penyakit buah pinggang dan tahap pendengarannya semakin merosot. Pada 2019, dia mendedahkan bahawa hanya 10 peratus buah pinggangnya yang masih berfungsi dan terpaksa menjalani dialisis empat kali sehari. Dia juga turut menjalani pembedahan pada jantungnya.
Menurut laporan Dim Sum Daily, kematian mendiang disahkan oleh ahli keluarganya selepas dimaklumkan oleh doktor. Mereka telah diminta hadir ke hospital bagi mengucapkan selamat tinggal.
Mendiang meninggalkan seorang balu, Susan dan empat anak, Alex Ng, Zoe Ng, Louise Ng dan Carl Ng.
Tercalon Dua Kali Anugerah Filem Hong Kong
Untuk info, Richard Ng atau Richard Woo terkenal dalam industri televisyen tempatan suatu ketika dahulu. Namanya semakin dikenali ramai dalam siri komedi francais Lucky Stars.
Menurut media tempatan HK01 dan South China Morning Post (SCMP), figura itu popular dalam drama Hong Kong sewaktu era 1980-an dan 90-an.
Beliau pernah tercalon sebanyak dua kali dalam Anugerah Filem Hong Kong bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Winners and Sinners and Beyond the Sunset.
Antara nama-nama pelakon yang pernah bergandingan bersamanya termasuklah Jackie Chan, Michelle Yeoh, Andy Lau, dan Jet Li.
Richard juga merupakan seorang anak seni yang terpelajar apabila menyambung pelajaran di London, England dan kembali semula ke Hong Kong pada tahun 1997.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: CNA, Dim Sum Daily