Dinding Bilik Tidur Bosan? Ini 8 Cara Dekor Hipster Dengan Kepingan Instax

Share

Suasana dalam bilik tidur ni umpama gambaran personaliti insan yang menginap di dalamnya.

Kalau nak tahu orang tu malas, mesti baju busuknya bersepah di corner bilik. Kalau orang tu sejenis rajin pulak, mesti biliknya tak lokek dengan bahan bacaan dan nota post-it.

Begitu juga dengan soal dekor bilik tidur.  Bila kita masuk je bilik tidur dan tengok dekor yang ada, serta merta kita dapat mengagak penginap bilik tidur adalah:

a) Lelaki atau perempuan, b) ceria atau tidak atau c) rajin atau malas.

via GIPHY

Kalau suka tampal poster selebriti, maksudnya dia sukakan aktiviti hiburan pada masa lapang.

Kalau suka tampal instax pada dinding, maksudnya apa pula?

8 Idea Dekor Instax Pada Dinding

Penggemar dekor dinding menggunakan kepingan instax ini selalunya adalah seorang yang amat mementingkan momen-momen indah di dalam hidupnya.

Segala aktiviti, masa percutian dan momen bersama keluarga serta kawan cuba nak disimpan dengan cara menangkap gambar. Jika dulu, kita perlu membeli kamera instax dari pengeluar terkenal, Fujifilm untuk mendapatkan sekeping instax. Tetapi kini, ada alternatif lain yang boleh dicuba.

Fujifilm telah memperkenalkan pencetak mini instax SHARE SP-3 yang membolehkan korang mencetak kepingan foto bersaiz  instax yang diambil menggunakan telefon pintar!

 

Daripada gallery, akaun Instagram, Facebook, flickr atau akaun Dropbox sekalipun, sambungkan je kepada pencetak ini melalui Wi-Fi.

REMAJA senaraikan 8 idea untuk menghias dinding bilik tidur menggunakan kepingan instax yang dicetak ini.

 

Instax Bernombor

Jam di dinding terus berdetak ke tu? Gantikan jam konvensional dengan menggunakan foto instax sebagai nombor. Dari nombor 1 hingga 12, tangkap imej nombor di sekeliling korang secara kreatif dan letakkan di sekeliling jam.

 

Mengikut Warna

Ini adalah salah satu daripada trend dekor popular. Kalau dulu, pengguna kena menangkap foto mengikut warna secara manual. Kini dengan adanya Instagram dan aplikasi photo editing lain, mudah untuk korang tambahkan filter berwarna pada foto.

 

Kepingan Jubin

Ini juga antara idea popular terutamanya di meja belajar. Dapatkan kepingan jubin marmar yang tidak digunakan atau ‘marble cutting board’  dan gamkan klip kertas ke atasnya. Selain kepingan instax, korang pun boleh sertakan nota post-it bersamanya.

P.S: ‘Marble cutting board’ boleh didapati di stor H&M Home pada harga RM99.

 

Bingkaikan Instax

Kalau korang sukakan dekor ala galeri, why not bingkaikan koleksi instax yang sudah dicetak ke dalam satu bingkai gambar besar. Dari jauh memang nampak seperti lukisan!

 

Sudut Bilik

Biarpun di sudut, jangan biarkan dinding polos dan kosong okay. Koleksi kepingan instax korang bukan saja boleh menjadi sebahagian daripada rak buku pada dinding. Ia juga boleh menutupi kelemahan dinding tak sekata di sudut disebabkan struktur tiang (column).

 

Meja Belajar

Selalunya orang letakkan pin-up board kan? Kita cuba cara lain dengan menggunakan dulang ketuhar murah. Kemudian, sangkutkan je kepingan instax, alat tulis seperti gunting dan item ringan yang lain.

 

Dekor Belon

Okay, mungkin idea hiasan ini tak sesuai untuk diletakkan selama-lamanya kerana gas helium di dalam belon mestilah tak tahan lama, kan. Tetapi, ia adalah idea unik menggunakan kepingan instax jika korang nak beri kejutan kepada birthday girl

atau birthday boy.

 

Kolaj Wajah Atau Imej

Akhir sekali, korang boleh bentuk satu kolaj yang menyerupai wajah seseorang, imej pemandangan atau objek tertentu menggunakan kepingan instax. Tapi macam mana nak buat?

Mudah je kalau korang ada pencetak mini instax SHARE SP-3 dari Fujifilm. Pilih ‘Split Template’ dan gabungkan beberapa foto instax berbeza untuk membentuk 1 imej. Atau jika korang nak gabungkan hanya 2 ke 9 keping foto instax je, pilih ‘Collage Template’.

Menarik kan? Banyak fungsi yang ada pada pencetak mini ini berharga RM750 (harga pasaran) ini. Nak tahu lebih lanjut, layari je instax.fujifilm.my

Published by
FZ