Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang itu perlu bijak mencari peluang perniagaan.
ARTIKEL BERKAITAN : Dari Graduan Kejuruteraan Ke Content Creator Berpengaruh, Ume Cikin Bukti Kejayaan Anak Muda Masa Kini
Berniaga bukanlah perkara yang boleh siap dengan hanya memetik jari. Kita sendiri tahu, agak ramai juga yang kecundang pada permulaan untuk bergelar orang bisnes. Untung rugi dalam kehidupan seorang usahawan atau peniaga memerlukan ketahanan mental yang kuat. ‘Alah bisa, tegal biasa’.
Baru-baru ini, seorang usahawan muda yang juga aktivis belia, Harsha Ravindran, 20, menjadi individu paling muda berada dalam senarai 40 Under 40 Prestige Malaysia tahun ini.
Jadi usahawan pada usia 11 tahun
Harsha Ravindran yang menceburi bidang perniagaan sosial seawal usia 11 tahun. Harsha adalah bukti usia muda bukanlah penghalang untuk menjadi usahawan berjaya asalkan mempunyai persekitaran yang menyokong impian itu.
“Untuk berjaya di usia muda ini tidak semudah disangka, tetapi saya bersyukur kerana persekitaran saya sangat membantu dan tidak putus asa memberi sokongan serta tunjuk ajar,” katanya.
Senarai tahunan itu mengetengahkan 40 individu berusia bawah 40 tahun, yang mencatat kejayaan, inovatif dan berpengaruh di Malaysia. Harsha, yang juga Naib Presiden Kewangan Kelab Keusahawanan Siswa Wharton, disenaraikan atas usahanya menubuhkan gerakan belia dan perusahaan sosial, Ascendance, ketika beliau hanya berusia 13 tahun.
Gerakan itu ditubuhkan bersama kakaknya, Heerraa serta rakannya, Mathura Kannan dan Sanadtkumar Ganesan.
“Beliau turut menjadi hos rancangannya sendiri, Changing Reality, yang ke udara di radio WQHS di AS, yang mana Harsha menemu bual eksekutif kanan daripada Google, Disney, Tik Tok, Goldman Sachs, CBS dan banyak lagi,” kata Prestige Malaysia dalam satu kenyataan, hari ini.
Biodata:
Nama: Harsha Ravindran
Umur: 19 Tahun
Pendidikan: Pelajar jurusan Sastera Ikhtisas dan Sains, University of Pennsylvania (Ivy League University), Amerika Syarikat (AS).
Asal: Johor Bahru, Johor
Pencapaian lain :
1. Pengasas bersama dan pemangku CEO Ascendance
2. Pengasas StartMyName.com
3. TEDx Speaker (3 times) dan International Conference Speaker
4. Penulis buku The Makings of A Teenage Entrepreneur
5. Penerima anugerah “The Diana Award”
Kakak turut tersenarai
Turut berada dalam senarai 40 Under 40 Prestige Malaysia tahun ini adalah kakaknya, Heerraa, seorang penyanyi dan pencipta lagu, yang menarik perhatian selepas menerima Anugerah ICon di Anugerah Muzik Intercontinental 2022 di Los Angeles, baru-baru ini.
“Selepas memenangi hati juri dalam kalangan eksekutif muzik Hollywood menerusi lagunya, Heerraa turut menerima anugerah di Amerika Utara dalam kategori pop, sekali gus melonjak namanya dalam industri muzik antarabangsa.
“Selain berjaya mengekalkan markah cemerlang dalam pengajian, Heerraa turut berjaya tersenarai sebagai antara penerima Anugerah Dekan Harvard University 2021-2022, selaku mahasiswa Sarjana Muda Sastera Liberal di Harvard,” katanya.
Selain Harsha dan Heerraa, 40 Under 40 Prestige Malaysia 2022, turut menyenaraikan atlet gimrama negara, Izzah Amzan, yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Komanwel 2022; CEO dan pengasas Kayman Beauty, Nabella Anuar; pelawak, penulis dan pengarah Cinematic Sdn Bhd, Shamaine Othman serta Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Kumpulan Brickhouse, Datin Cristine Bong.
Ambil contoh mereka ini sebagai inspirasi untuk korang yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan.🙂
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Malaysia Harumkan Nama Negara Di Persada Dunia. Cipta Rekod Baharu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.