Keterampilan setiap individu pasti akan menyerlah apabila keyakinan diri disulam dengan aura positif. Setiap individu memiliki kelebihan masing-masing dan keunikan yang menjadikan mereka berbeza antara satu sama lain.
Seperti anak Malaysia ini, Mogan Murugan yang telah memenangi gelaran naib juara bagi kategori lelaki pertandingan Best Top Model of The Universe yang diadakan secara digital dan disertai oleh peserta serata dunia.
Pertandingan tersebut yang dianjurkan oleh sebuah agensi peragaan dari Milan telah menetapkan para peserta melakukan tugasan sendiri dengan mengambil gambar mereka dalam konsep yang telah diberikan.
Kreatif dalam melaksanakan tugasan, ternyata tuah menyebelahi dirinya.
Ads
“Saya amat berterima kasih dan berasa diberkati untuk orang yang istimewa, unik, menakjubkan dalam hidup saya yang menyokong saya, menaikkan semangat saya dan membawa kegembiraan kepada jiwa saya.
“Sekali lagi terima kasih banyak kepada semua atas sokongan dan kasih sayang anda yang sentiasa diberikan,” tulis jejaka berambut keriting ini dalam satu hantaran Instagramnya sejurus diumumkan sebagai naib juara.
Tempat pertama pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Mvozakhe Mehlomakulu dari Afrika Selatan. Selain Mogan, seorang lagi peserta dari Malaysia, Hairul Hellas berada di kedudukan kelima. Seramai 450 orang telah menyertai pertandingan yang diadakan oleh Agensi Model Yarelys itu.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Benarlah setiap manusia yang lahir di muka Bumi ini mempunyai bakat yang tersendiri.
Foto Via Pexels
Seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun di India telah pun mencatatkan rekod Guinness World Record apabila berjaya menyelesaikan berjaya menyusun kiub rubik dalam masa yang singkat sambil menunggang basikal.
Lapor portal UPI, Jayadharshan Venkatesan dari Chennai, Tamil Nadu melakukan aksi itu dalam masa 14.32 saat.
Menurut Jayadharshan, permainan kiub rubik menjadi minat dan hobinya sejak kecil lagi.
Katanya, dia berlatih selama dua tahun untuk mengasah teknik susunan kiub termasuk kepantasannya sebelum mencuba cabaran rekod dunia tersebut.
Jayadharshan menamatkan aksi itu dalam masa 14.32 saat sekali gus memperoleh rekod bagi susunan kiub terpantas sambil menunggang basikal.
Foto Via expressnews. asia
Ini bukan pengiktirafan yang pertama buat adik ini, sebelum ini, Jayadharshan mendapat pengiktirafan dari Asia Book of Records.
“Rekod itu diperoleh selepas Jayadharshan berjaya mengembalikan 60 kiub rubik kepada susunan asal dalam masa 30 minit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kecoh di Amerika Utara dan Eropah sedang berdepan dengan satu jangkitan virus monkeypox atau lebih dikenali sebagai cacar monyet sejak awal Mei ini. Hal ini menambahkan ‘bencana’ sedia ada di bumi.
GAMBAR yang dirakam pada 1996 di Congo memaparkan tangan pesakit cacar monyet. FOTO REUTERS
Belum reda lagi dengan wabak Covid-19, situasi ini telah mendatangkan rasa risau kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana cacar monyet kini dianggap endemik di Afrika.
Kanada adalah negara terbaharu melaporkan penyakit ini dan sedang menyiasat puluhan kes disyaki cacar monyet selepas Sepanyol dan Portugas mengesan lebih 40 kes ini.
Portugal dan Sepanyol sebelum ini tidak mempunyai sejarah kes cacar monyet.
Apa itu Monkeypox
Monkeypox adalah wabak yang pertama kali ditemui pada monyet pada tahun 1958. Virus ini kemudiannya merebak dari haiwan ke manusia sehingga ia menyebabkan gejala demam dan ruam berisi cecair pada kulit dengan kadar kematian 1-10 peratus.
Seseorang boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air liur, cecair dalam nodul kulit, atau objek yang telah tercemar. Ia membabitkan gejala termasuk demam, sakit kepala dan ruam kulit bermula pada muka dan merebak ke seluruh badan.
Namun, penyakit ini akan pulih dalam tempoh beberapa minggu dan jarang menyebabkan kematian.
Ianya telah menjangkiti orang ramai di Afrika Tengah dan Barat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun jarang berlaku di Amerika Utara dan Eropah.
Pakar kesihatan awam Profesor Jimmy Whitworth dari London School of Hygiene and Tropical Medicine, menjelaskan bahawa terdapat satu teori popular yang nampak berkait dengan kes ini.
“Disebabkan tiada lagi sekatan terhadap pandemik COVID-19. Orang ramai mula melakukan aktiviti seperti biasa sehingga kemudiannya dijangkiti penyakit yang sebelum ini dianggap endemik.
Teori yang saya kaji mungkin terdapat banyak penyakit ini di Afrika Barat atau Tengah, kemudian perjalanan ke luar negara dibenarkan, akhirnya kes muncul di mana-mana,” kata Profesor Jimmy.
“Penyakit ini tidak akan menyebabkan wabak besar seperti COVID, tetapi ia masih merupakan wabak penyakit yang serius jadi ia perlu diberi perhatian sepenuhnya,” akhirinya.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Perancis mengesahkan, kes pertama cacar monyet di negara itu dikesan di wilayah Ile-de-France. Selain itu, The Guardian melaporkan, kemungkinan kes cacar monyet dikesan pada seorang lelaki berusia 40-an dari New South Wales, Australia yang baru pulang dari Eropah.
Allahu, moga saudara kita di sana dilindungi dan dijauhkan dari ancaman Virus Cacar Monyet ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘You have to kill the person you were born to be to become the person you want to be’
Kita terlalu memikirkan cara untuk berjaya hingga kadang-kadang kita terlupa untuk fikir apa akan jadi jika kita berjaya kelak.
Ya, bukan mudah untuk mengecapi kejayaan, namun ia adalah satu perkara yang tidak mustahil untuk dicapai, bagaimanapun, untuk mengekalkan kejayaan yang dikecapi itu…ternyata ramai yang kecundang.
Itulah yang dihadapi oleh penyanyi, Elton John. Penceritaan kisahnya dalam menjadi seorang superstar kini diceritakan dalam filem Rocketman arahan Dexter Fletcher.
Untuk pengetahuan, Dexter juga orang yang bertanggungjawab mengambil alih mengarahkan filem Bohemian Rhapsody selepas pengarah asalnya dikaitkan dengan skandal serangan seksual.
Jalan cerita Rocketman bermula dengan kisah yang berlaku pada masa kini dan kemudiannya dibawa lampau. Elton yang dilakonkan oleh Taron Egerton berjalan masuk ke pusat pemulihan dan mengakui bahawa dia mempunyai ketagihan terhadap dadah, arak, seks dan juga membeli-belah.
Cerita kemudian beralih ke masa lampau melihatkan zaman kanak-kanak Elton yang kekurangan kasih-sayang apabila kedua ibu bapanya dilihat tidak mahukan dirinya. Mujurlah, dia masih lagi mendapat kasih-sayang seorang nenek yang menghantarnya belajar bermain piano.
Sehingga membesar, dia sering tidak diendahkan oleh kedua ibu bapanya membuatkan dia ketandusan kasih-sayang, namun semua itu disorok rapi oleh Elton. Itu membuatkan dia sangat-sangat dahagakan kasih-sayang dan sering mencarinya di mana sahaja.
Membesar, dia kemudiannya bertemu dengan Bernie Taupin dan sejak itu mereka bekerjasama untuk membuat lagu bersama-sama. Setelah popular, Elton berdepan dengan masalah yang dihadapinya hinggakan dia memerlukan dadah dan arak untuk membuat persembahan.
Pada masa yang sama, dia juga masih lagi terasa keseorangan saat terkapai-kapai itu, dia dapat melihat seorang demi seorang orang yang diharapkannya pergi meninggalkan diri. Itu membuatkan dia lebih tertekan hingga cuba untuk membunuh diri.
Namun begitu, dia tetap bangkit dan membuat banyak persembahan untuk para peminatnya. Hinggalah pada satu ketika apabila Elton akhirnya sedar dan dia sendiri mencari pertolongan yang diperlukannya dengan memasuki pusat pemulihan.
Lakonan Mantap!
Taron Egerton sememangnya dilahirkan untuk melakonkan watak Elton John ini. Malah, ada ketika dia sangat kelihatan seperti penyanyi tersebut. Untuk pengetahuan juga, dia menyanyikan sendiri lagu-lagu di dalam filem tersebut.
Selain itu, para pelakon lain juga sangat bagus dalam menjayakan watak masing-masing seperti Jamie Bell yang melakonkan watak Bernie yang merupakan sahabat baik Elton dan juga Richard Madden yang melakonkan watak pengurus Elton dan juga kekasih yang mengkhianatinya.
Lakonan Bryce Dallas Howard sebagai ibu Elton, Sheila juga wajar dipuji!
Tidak Salah Untuk Minta Pertolongan!
It’s never wrong to ask for help! Hentikanlah hidup dalam penafian, jika kita perlukan bantuan seseorang, mintalah bantuan. Jangan harapkan orang untuk faham. Dalam filem Rocketman, kita boleh lihat sejak dari awal bagaimana Elton sering mengatakan bahawa dia dibesarkan dalam keluarga yang harmoni di mana ibu dan ayahnya sangat menyayangi dirinya sedangkan realitinya, dia didera secara emosi sejak dari kecil lagi.
Malah, perkara itu berterusan hingga ke besar hinggakan Elton merasakan bahawa dia keseorangan di dalam dunia ini dan tiada siapa yang menyayangi dirinya. Tidak sepatutnya seorang manusia berperasaan sebegitu.
Mujurlah, Elton cepat tersedar dan berazam untuk berubah
Menghiburkan!
Sepanjang dua jam menonton filem Rocketman ini sememangnya amat menghiburkan. Malah, penonton juga turut dapat melihat pelbagai emosi dan masalah yang dihadapi oleh Elton dan bagaimana cara dia mengatasinya.
Hubungan bak adik-beradik Elton dan Bernie juga sangat menjadi dan juga bagaimana Elton tetap tersenyum di hadapan orang ramai walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan.
Selain itu, pemilihan lagu di dalam filem ini sangat kena hinggakan korang semua akan terimbau nostalgia dan turut menyanyi sama semasa menonton.
Apa-apapun, memang thumbs up diberikan untuk filem Rocketman ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...