Sejak semalam kecoh isu di media sosial perilaku remaja, Putri Nor Dahlia yang juga anak kepada penyanyi Nora Ariffin bila mana video dirinya bercium tular.

Ramai melihat keberanian Nora mengakui perkara tersebut kerana jarang seorang ibu berani berhadapan dengan masyarakat dalam keadaan dialaminya.

Perihal video ini masih berterusan apabila anak sulung Nora, Mohd Syakir Iman Johan memaklumkan pihak keluarga mereka akan bertemu dengan keluarga remaja berkenaan hari ini bagi mendapat penjelasan lanjut mengenainya.

Dipaksa Bercium! Peguam Jelas Kes Boleh Didakwa Di Mahkamah Juvana & Penjara 10 Tahun Menanti

Dipaksa Bercium! Peguam Jelas Kes Boleh Didakwa Di Mahkamah Juvana & Penjara 10 Tahun Menanti

Malah sebelum itu juga, Putri Nor Dahlia turut membuat satu kenyataan bahawa dirinya dipaksa dalam video yang viral tersebut.

Harus kita ingat, perlakuan memaksa individu adalah salah di sisi undang-undang. Peguam terkenal, Nor Zabetha dalam perkongsian semalam memaklumkan menurut undang-undang pelaku yang memaksa mangsa melakukan perbuatan tidak senonoh boleh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun, penjara atau denda atau sebatan atau dua daripada mana-mana hukuman ini.

Baca perkongsiannya.

Begini berkenaan dengan isu, video cium seorang anak selebriti di Malaysia. Dakwaan remaja tersebut dia dipaksa, jadi saya tidak mahu menjadi juri dalam kes ini salah atau betul.

Ads

Sekiranya tiada fakta penuh, saya tidak dengar penjelasan dari kedua-dua pihak, saya tidak boleh mengadili.

Saya hendak berkongsi bagaimana sekiranya anak perempuan kita dibuli dengan cara begini? Kerana dakwaan remaja ini, dia dipaksa dan apa langkah-langkah yang boleh diambil?

Buli itu tidak semestinya menendang, menjerit, menampar atau dengan kata-kata. Bagaimana jika anak kita dibuli secara seksual begini?

Contohnya dirabanya punggung atau dirabanya buah dada? Apakah hak anak-anak perempuan kita? Apa yang perlu kita lakukan sebagai ibu bapa?Bagaimana hendak melindungi mereka.

Kalau pembulian bentuk buli siber selalu tidak jelas,walaupun ada undang-undang memperuntukkan mangsa boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, secara praktikalnya perlaksanaan aduan individu bagi kes begini terhadap individu jarang dititikberatkan.

Namun demikian, pembulian dengan cara menarik seorang remaja, mencium dan menangkap gambar atau video dan kemudian mempamerkan di internet adalah keterlaluan dan jelas merupakan kesalahan jenayah.

Ads

Kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan

Buat laporan polis dan pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, seksyen ini memperuntukkan bahawa seseorang yang melakukan serangan atau kekasaran jenayah terhadap mangsa dengan niat untuk menjatuhkan maruah mangsa.

Jadi antara elemennya adalah serangan atau kekasaran. Paksa itu adalah kekasaran. Sama juga dengan tindakan memaksa meraba, menarik dengan cara menyentuh.

Sekiranya anak kita dipaksa dengan cara memasukkan tangan ke dalam baju, itu adalah kesalahan di bawah Seksyen ini.

Kadangkala mungkin ada remaja yang hendak tunjuk hero dengan cara begini. Dia mahu tunjuk hero dengan rakan-rakan. Dia mahu tunjuk Romeo.

Dipegangnya pinggang anak gadis tanpa kebenaran, dipeluknya anak kita dari belakang sambil diperhatikan rakan-rakannya yang lain, yang turut mencabar si acah-acah hero ini.

Ini semua adalah kesalahan dibawah Seksyen 354. Saya sendiri pernah mengendalikan kes di mahkamah, apabila rakan seorang wanita memanggil secara mencuit di paha berulangkali. Masih juga bawah kesalahan seksyen ini.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN, BACA SINI

Pelajar Buat Laporan Polis! Terima Kecaman Teruk Gara Nama Instagram Sama Seperti Anak Nora

Hukuman memang berat, 10 tahun

Hukumannya boleh sehingga 10 tahun penjara atau denda atau sebatan atau dua daripada mana-mana hukuman ini. Berat hukumannya. Walaupun pelaku adalah remaja, buat juga laporan. Mereka masih boleh didakwa di mahkamah juvana.

Mungkin kita salah anggapan, kalau hendak buat laporan polis kena perbuatan paling dasyat seperti meraba buah dada. Tetapi tidak sebenarnya, banyak juga perlakuan boleh menjerumus ke arah kesalahan dibawah Seksyen ini.

Buat laporan polis dahulu, biar polis yang siasat dan tentukan. Jika ada kes akan dibawa ke mahkamah dan ada dakwaan. Pun begitu, kita perlu mempertahankan anak kita.

Orang buli anak kita, takkan kita hendak berdiam diri sahaja. Takkan kita hendak redha. Ini jenis membuli yang melibatkan maruah dan kehormatan mangsa. Ambil tindakan. Pertahankan hak. Jangan kita diam.

Ajar anak perempuan kita juga tentang hak. Ajar mereka supaya, kalau berlaku hal begini maklumkan pada kita. Kita lindungi mereka.

Jangan bagi orang lain sesuka hati, menarik, memaksa, menyerang secara seksual. Ajar mereka.
Oleh Nor Zabetha

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI