Jika ada yang menyebut Sijangkang, mungkin ramai yang tidak tahu lokasi kawasan ini atau menganggap ia adalah sebuah pekan biasa yang terletak di negeri Selangor. Kampung Sijangkang merupakan sebuah kampung yang terletak di Telok Panglima Garang, lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat.
Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok getah. ia adalah sejenis pokok hutan yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri dan Jangkang. Pokok ini terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.
Maka, tidak hairanlah sekiranya kawasan di Sijangkang ini dipenuhi pepohon hijau yang tumbuh melata disekelilingnya. Kalau korang nak tahun, di sini juga terdapat taman rekreasi yang telah dibangunkan sendiri oleh tenaga dan inisiatif warga tempatan demi memajukan eko pelancongan di kampung tersebut.
Dinamakan sebagai Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, korang boleh beriadah di sini dengan melakukan jungle trekking sepanjang 750 meter satu hala melalui titian yang dibuat daripada susunan kayu sambil ditemani dengan pelbagai jenis tumbuhan hidup yang subur di kawasan paya ini.
Korang juga boleh belajar mengenali jenis-jenis pokok disekitar perjalanan kerana terdapat papan tanda untuk nama pada setiap pokok di kawasan itu. Paling penting, sudah tentu ia menjadi antara lokasi yang cantik untuk mengambil foto OOTD. Hiks!
Menurut Travetopia
, bayaran masuk ke taman rekreasi ini hanya RM2 bagi orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Murah sahaja kan?Jika ada yang nak berlibur sebelum Ramadan nanti, bolehlah berkunjung ke sini. Maklum saja kita masih tidak dibenarkan rentas negeri. Maka, terpaksalah jalan-jalan di kawasan sekitar sahaja. But, why not kan? Hiks!
Sumber: Travetopia