Diperguna Teman Lelaki, Kematian Instafamous Indonesia Laura Anna Jadi Perhatian Warganet

Share

Kematian seorang instafamous Indonesia menjadi perhatian ramai apabila kisah disebalik kehidupannya membuatkan ramai yang sedih dan bersimpati. Mendiang Laura Anna telah menderita sakit lumpuh selama dua tahun akibat kemalangan yang melibatkan bekas kekasihnya, Gaga Muhammad.

Kisah ini berlaku pada tahun 2019 ketika pasangan ini keluar makan bersama dan ketika pulang mereka dikatakan mabuk tetapi Laura masih dalam keadaan sedar dan menghalang kekasihnya untuk memandu kereta.

@erinhafiza_02I downloadkan kisah dia.

♬ original sound – Erinhafiza

Namun, kedegilan Gaga menyebabkan berlakunya kemalangan dan menyebabkan gadis itu dirawat di ICU. Mendengarkan berita Laura berada di ICU, Gaga melarikan diri dan difahamkan lelaki itu cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan kad kredit Laura.

Selepas Laura dibenarkan pulang, Gaga membawa Laura bertemu dengan ibunya tetapi ibu Gaga mengherdik keadaan Laura yang telah lumpuh itu sehingga mengguris perasaannya.

@podcast.motivasisemangat ya lau, @edlnlaura20 💙 ##ednlaura ##podcast ##quotes ##deddycorbuzier @mastercorbuzier♬ скрипка.. – 🙁

Mereka dikatakan berbaik semula tetapi akhirnya berpisah kerana menurut Laura, bekas kekasihnya itu hanya mempergunakannya dan memaparkan kemesraan mereka di hospital hanyalah sekadar content di laman YouTube milik Gaga sahaja.

Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab Gaga itu, Laura membuat tuntutan mahkamah bagi mendapatkan keadilan dan menceritakan semua hal sebenar yang berlaku dalam perhubungan mereka.

Khabarnya, Gaga telah didapati bersalah dan bakal dikenakan hukuman penjara selama lima tahun dan denda sebanyak 10 juta Rupiah Indonesia.

Meninggal dunia kerana sesak nafas

Pada tanggal 15 Disember 2021, Laura akhirnya disahkan meninggal dunia kerana sesak nafas. Rupanya sebelum meninggal dunia, gadis berusia 21 tahun ini sempat berpesan kepada keluarganya untuk menjalani proses dikremasi selepas kematiannya.

Laura juga dikatakan tidak suka menyusahkan ahli keluarganya dan bimbang sekiranya dia menjadi beban kepada orang lain.

Kisah kematian Luara ini menjadi viral kerana ramai yang bersimpati ke atasnya nasibnya itu apabila diperlakukan sedemikian oleh kekasih sendiri. Rata-ratanya mengeji perbuatan bekas kekasih Laura dan menjadikan kisah cinta mereka sebagai pengajaran supaya carilah pasangan yang benar-benar ikhlas terhadap kita.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Laura Anna dan semoga terus kuat menghadapi ujian ini.

Sumber: (1), (2)

Published by
Noor Ain Norman