Pelakon dan hos televisyen popular, Shaza Bae antara bintang yang diberi kepercayaan sebagai ‘muse’ untuk pertunjukan fesyen jenama lokal terkenal, neonate x svg Race Day yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
Tampil ‘mega’ sewaktu ‘runaway‘ dihadapan ribuan penonton, Shaza menzahirkan rasa teruja dan bersyukur kerana diberi peluang sebagai salah seorang model untuk memperkenal rekaan terbaharu daripada jenama tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Henti Belajar, Baca Dan Baca” -Berjaya Sebagai Pelakon & Hos, Shaza Bae Kini ‘Terjun’ Pula Ke Bidang Perniagaan
“Saya sebenarnya amat teruja, bangga dan bersyukur kerana dapat berada di sini kerana saya sudah tidak ‘catwalk’ lebih daripada lima tahun. Jadi, dah lama sangat tinggalkan pentas peragaan ini.
“Jadi, kembali semula dan sebagai ‘muse’ adalah perasaan yang sangat teruja bersama dengan model yang top dan cantik-cantik belaka,” katanya kepada Remaja.
Selain itu, juara Dewi Remaja 2019/20 berkenaan turut menerima pujian sebagai seorang model yang cepat mengingati dan mempelajari sesuatu perkara, terutama ketika di pentas peragaan.
Menitipkan keterujaan, Shaza memberitahu hasil bakat yang ada pada dirinya itu adalah pinjaman Ilahi buatnya.
“Alhamdulillah, ini semua daripada pinjaman tuhan. Bagi saya, rasanya saya sangat teruja untuk lakukan ini dan membuatkan saya cepat ingat.
“Bila anda suka untuk melakukan sesuatu perkara, lagi cepat anda belajar perkara itu,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
FOTO: Instagram Shaza Bae