Cerita tentang perihal pengasuh kanak-kanak sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Ada banyak kes penderaan yang sudah viral di media-media sosial dan kita pun memang dah aware dengan situasi seperti ini.
Namun, apa yang lebih memeranjatkan bila berlaku kes pembunuhan adik Adam Rayqal pada bulan Julai yang lepas.
Anak kecil yang disangka dilarikan orang rupa-rupanya telah disumbat di dalam peti ais.
Semalam viral kisah seorang ibu yang meminta pertolongan mencari anak sulungnya, Adam Rayqal bin Mohd Sufi Naeif, berusia 5 bulan yang didakwa oleh pengasuh diambil oleh bapanya sehingga menimbulkan situasi panik oleh ibunya, Farrah Madihah Othman, 28. Kejadian ini berlaku di Taman Nakhoda, Batu Caves.
Namun kes ini mula menarik perhatian apabila bapa Adam, Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi, 28 turut memuat naik berita yang turut mencari anaknya. Jika awalnya rasa risau kerana sangka anak kecil ini dilarikan orang tetapi kes kemudian bertukar menjadi tragis apabila pemeriksaan rapi polis mendapati bayi malang itu telah disumbat di dalam peti ais. Allahyarham Adam telah dibungkus dengan lampin lengkap berpakaian dan dimasukkan ke dalam beg berwarna hijau yang membawa kepada penangkapan pengasuh dan teman serumahnya juga seorang perempuan.
Dalam laporan perubatan terkini yang dikeluarkan punca membawa kepada kematian allahyarham Adam Rayqal adalah disebabkan kecederaan akibat pukulan objek tumpul di kepala seperti yang dikeluarkan oleh Pakar Perubatan Forensik, Dr Siew Sheue Feng dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur sebentar tadi.
Ternyata, perbuatan ini amat kejam dan tak boleh diterima oleh akal manusia bagaimana seorang pengasuh sanggup memukul bayi berusia 5 bulan!
Laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perubatan Forensik HKL iaitu punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat pukulan objek tumpulAwalnya bayi ini dilaporkan hilang tetapi rupanya tetapi ternyata ia berita palsu sebelum mayatnya ditemui dalam peti ais
Kes yang viral ini kemudian bertukar menjadi tragedi apabila allahyarham Adam ditemui dalam peti ais rumah pengasuhnya
Ekoran kes yang tular dan menjadi viral ini, satu status yang ditulis atas nama Didi Anthony mula mencetuskan satu tanda tanya adakah benar pengasuh ini, menggunakan nama Qayla Adriana Aoki di fbnya sebagai seorang yang bermasalah?
Ini kerana statusnya seolah-olah mendakwa Qayla Adriana telah memukul dan menjerit-jerit di telinga anak angkatnya yang buta dan tidak boleh berjalan. Malah pertanyaannya yang bertanya di mana baby berusia lima bulan iaitu Adam turut menimbulkan satu pertanyaan tentang sikap pengasuh berkenaan. Lebih memeranjatkan dalam tempoh Adam hilang itu, pengasuhnya Qayla Adriana telah memuat naik satu status mencari bayi untuk dijaga seolah-olah tiada perasaan bersalah atau melakukan sebarang kesalahan.
Ads
Berikut adalah status yang ditulis oleh Didi Anthony
Knp la ko ni @qayla… Sedangkan dgan anak angkat ko dri syurga yg taleh berjalan n buta ni pon ko blh pkul maki jerit2 kat telinga die dpan org …. Inikan lagi ko ngasuh anak orang plak umor 5bln… Tak sangka weyh ko mcm tu… . Sanggup ko ltak budak tu dalam peti n bungkus dlam beg… .. Ape la hati binatang ko ni QayLa Adriana Aoki…. Harap tlg ssapa yg boleh slamatkn anak angkat die ni…… Pic lama dgan anak syurga.soalan skrang… Mana bby yg umor 5tahun ke atas ni plak…
Ini status ditulis oleh tertuduh semasa kecoh pencarian allahyarham Adam, seolah-olah tiada apa yang berlaku
Biar sudah ditangkap pihak polis yang sedang menjalankan siasatan namun tulisan ibu allahyarham Adam Raqyal meruntun hati setiap rakyat Malaysia khususnya yang mempunyai anak kecil.
Ibu arwah telah menulis : Adam syg… (sayang). Sejuk ya dalam peti tu….xpe (tak apa) syg nnti msuk(sayang nanti masuk) syurga semua indah2 yg (yang) Adam dapat….Igt (Ingat) pesan mama jg (jaga) diri kat sana.Nanti mama papa dtg ye syg (datang ye sayang) kita mandi buih lagi,”.
Ads
Menerusi status akaun Facebook dipercayai milik ibu mangsa menggunakan nama Farah Madi, wanita berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada kawan, saudara mara dan rakyat Malaysia kerana berusaha mencari Adam.
“Innalillahiwainnalillahirojiun…Terima kasih kepada semua kawan-kawan, saudara mara dan rakyat Malaysia semua kerana berusaha cari Adam dan doa baik-baik untuk Adam. Adam Rayqal bin Mohd Sufi Naeif 9/2/2018-3/7/2018,”muat naiknya lagi dalam status tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, hasil siasatan mayat bayi malang itu ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku.
Memetik kenyataannya dalam laman portal berita, mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dibalut dengan kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau. Mangsa ditemui anggota polis yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
“Mayat bayi ditemui selepas siasatan polis mendapati keterangan pengasuh terbabit meragukan. Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, pihaknya sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.
Ads
Dalam pada itu Berita Harian memaklumkan, datuk mangsa, Mohd Fauzi Jusoh, 61, berkata, dia sangat terkilan dan sedih dengan kematian Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif apatah lagi, mereka sekeluarga belum puas bermesra dengan bayi itu yang baru berusia lima bulan itu.
“Saya lebih pilu mengenangkan Adam ditemui dalam keadaan menyayat hati di bahagian petak beku peti ais yang nyatanya tidak boleh diterima akal sama sekali. Kehilangannya sangat dirasai kami sekeluarga dan saya berharap hukuman setimpal dikenakan ke atas mereka yang melakukan perbuatan kejam, tidak berperikemanusiaan itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Fauzi berkata, Adam Rayqal tinggal dengannya dan isteri di Chendering, di sini sepanjang Ramadan lalu selepas anaknya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur, gagal mencari pengasuh yang sesuai.
Bagaimanapun, pesara bank itu berkata, pada Aidilfitri lalu, menantunya, Farah Madiha Othman, 28, yang berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur memberitahu sudah menemui pengasuh untuk anak sulung mereka.
“Atas sebab itu Adam dibawa pulang ke Kuala Lumpur, namun saya tidak menyangka yang pengasuh ini tidak begitu dikenali menantu. Sebelum ini, mereka saya hantar Adam di rumah pengasuh lain (sebelum dijaganya ketika Ramadan) tetapi hanya bertahan lima minggu sahaja kerana tidak sesuai,” katanya yang turut berada di Kuala Lumpur menguruskan jenazah cucu keduanya.
Katanya, dia reda dengan kejadian yang berlaku dan tidak menyalahkan anak mahupun menantunya berikutan sudah ditakdirkan Allah SWT. Ketika ini, Mohd Fauzi berharap polis melakukan siasatan terperinci dan individu menyebabkan kematian cucunya dihukum setimpal.
Menurutnya, jenazah Adam Rayqal dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Ladang, Kuala Terengganu bersebelahan Masjid Ladang, di sini, kira-kira jam 6 petang ini. Al-Fatihah untuk arwah Adam Rayqal dan semoga syurga untuk anak kecil ini.
*****
Di mana letaknya perikemanusiaan sehingga sanggup memperlakukan bayi yang tidak berdosa seumpama itu?
Semoga pesalah mendapat hidayah dan menyedari kesilapan yang telah dilakukannya
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan kami nak katakan yang korang tidak perlu fokus pada pelajaran, tapi sebenarnya jika betul-betul rajin dan berusaha, kejayaan pasti akan menyebelahi mereka. InsyaAllah!
Seperti yang dilalui oleh tiga orang anak muda lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilaah Timur, Muhammad Badiuzaman Ya abu Bakar, Mohd Faizal Ismail dan Muhamad Qamarul Auji Amran apabila berjaya menjadi pelatih kemahiran dalam bidang kimpalan dan jururegah yang memperoleh pendapatan lumayan antara RM15,000 sehingga RM19,000 sebulan.
Kegagalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menghalang mereka untuk terus membina empayar dalam kerjaya masing-masing dan turut dilantik sebagai ikon Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Menurut Muhammad Badiuzaman, dia mengambil kursus kimpalan selama dua bulan di ABM selepas melihat arwah abangnya, Muhamad Hasbiallah yang mendapat pendapatan tinggi.
Masa mula-mula kerja, gajinya hanya RM1,400. Beberapa tahun kemudian, dia diberi kepercayaan untuk menjadi jurukimpal di laut syarikat swasta dengan pendapatan RM19,000. Badiuzaman berkhidmat di sebuah syarikat milik Amerika Syarikat di Arab Saudi sejak tiga tahun lalu. Sebelum itu, dia juga pernah merasai pengalaman berkhidmat di China, Hong Kong, Myanmar, Amerika Syarikat dan Dubai.
Pergh, memang hebat. Untung sangat kalau dapat menimba pengalaman di negara orang kan?
Tidak patah semangat
Selain itu, Qamarul Auji dan Faizal Ismail juga turut menerima nasib yang sama. Disebabkan tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, sekaligus tidak layak untuk masuk unversiti, mereka pernah juga diejek rakan sebaya kerana mendapat keputusan yang teruk.
Ia langsung tidak mematahkan semangat mereka, malah lebih membuatkan anak muda ini ingin memajukan diri sendiri.
“Sampai satu tahap, saya rasa ingin memajukan diri sendiri jadi saya pun mula mencari jalan dan melakukan pencarian di internet sehinggalah saya terjumpa maklumat mengenai ABM dan sambung belajar di sana,”kata Qamarul yang mengambil sijil dalam bidang perpaipan dan kini sudah mampu untuk membuka syarikatnya sendiri.
Manakala, Mohd Faizal yang juga bekerja di Arab Saudi pernah memperoleh pendapatan lebih RM20 ribu sebulan berkata, bidang kemahiran banyak membuka peluang baru untuk dirinya selepas gagal meraih keputusan cemerlang dalam pelajaran.
Dia kini sudah mampu untuk membantu dan memberi kesenangan kepada keluarga, terutamanya buat si ibu yang sudah melahirkannya.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Cari kelebihan yang ada pada diri sendiri dan jangan pernah bandingkan kemampuan korang dengan orang lain. Kalau korang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran, pasti ada jalan lain untuk korang.
Paling penting, rajin dan selalu berusaha. Betul tak?
Sebelum sesi persekolahan bersemuka bermula pada awal Oktober depan, remaja berusia 18 tahun ke bawah sudah pun mula menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi persediaan mengawal penularan wabak itu.
Sarawak antara negeri yang memulakan pemberian vaksin kepada remaja bawah 18 tahun kerana sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasa divaksin.
Terbaharu, pemberian vaksin untuk remaja (PICK-Remaja) secara walk-in akan bermula esok (23 September 2021) di 156 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara melibatkan semua kategori remaja termasuk yang tidak bersekolah.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pemberian vaksin itu mengikut lokasi sekolah berhampiran dengan PPV yang dikenal pasti.
Kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia
PICK-Remaja secara walk-in berjadual akan bermula Khamis, 23 Sept di 156 PPV seluruh negara.
Vaksinasi secara walk-in melibatkan semua remaja termasuk remaja yang tidak bersekolah.
Remaja yang tidak bersekolah dibenarkan walk-in di PPV yang berdekatan dengan tempat tinggal dan jadual pemberian vaksin akan dikeluarkan pihak sekolah masing-masing kepada remaja dan ibu bapa.
Bagi remaja yang telah mendapat tarikh vaksinasi di PPV sekolah pula, mereka perlu mengekalkan janji temu sedia ada di PPV sekolah yang ditetapkan dan tidak dibenarkan walk-in ke PPV Awam atau Integrasi.
Sementara itu, penuntut di IPTA dan IPTS yang berumur bawah 18 tahun dibenarkan walk-in ke semua PPV yang masih beroperasi pada ketika ini dengan menunjukkan pengenalan diri sebagai pelajar IPT.
Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga perlu hadir bersama untuk menandatangani borang kebenaran vaksinasi mereka.
Setakat ini, seramai 308,186 remaja telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 dengan Sabah merekodkan bilangan tertinggi iaitu 118,141 orang diikuti Sarawak (88,473); Kedah (19,453); Kelantan (17,413); Johor (16,019) dan Labuan seramai 2,523.
Pilihanraya sudah pun tamat. Bermacam ‘drama’ dan kejutan telah kita saksikan sepanjang lima hari yang lalu. Dan kini, negara kita melalui satu perubahan yang drastik ke arah Malaysia Baru. Dengan pemerintah dan pemimpin baru daripada Pakatan Harapan yang telah menewaskan Barisan Nasional yang sebelum ini telah memerintah negara lebih 60 tahun, ia pasti dinantikan penuh minat oleh rakyat.
Hampir semua negeri kini sudah pun mendapat perintah baru dengan ada yang mengekalkan muka lama dan tidak kurang juga muka baru yang mengepalai kerajaan negeri.
Dan pada hari ini, rakyat secara amnya cukup teruja melihat pemimpin yang telah dipilih mula memasuki pejabat dan memulakan tugas mereka yang telah diamanahkan.
Kelibat Perdana Menteri kita yang ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan antara yang paling mendapat perhatian. Selepas kali terakhir memegang tampuk kempimpinan tinggi negara pada tahun 2003, Tun Mahathir kini kembali memegang jawatan Perdana Menteri buat kali kedua demi memenuhi aspirasi serta harapan bagi agama, bangsa dan negara.
Jom sama-sama kita lihat foto dan reaksi pemimpin-pemimpin negara dan negeri yang mula masuk pejabat hari ini!
PERDANA MENTERI, TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
YAB PM Tun Dr. Mahathir Mohamad mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan pada pagi ini.@chedetofficial kini sedang menyampaikan Amanat Perdana Menteri & bakal membincangkan pelaksanaan 10 Janji 100 hari Kerajaan. pic.twitter.com/uQkylKl4id
— Astro AWANI #PilihanMalaysia (@501Awani) May 14, 2018
MENTERI BESAR JOHOR, DATO OSMAN SAPIAN
Hasrat awal kerajaan negeri untuk tidak agihkan peruntukan pembangunan kepada pembangkang bukan keputusan muktamad – MB Johor pic.twitter.com/nL9V5TVz3j
Selamat bertugas kepada seluruh pemimpin di peringkat tertinggi yang telah diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 yang lalu. Semoga negara kita yang tercinta akan segera pulih dan terus bangkit menjadi lebih maju, makmur dan aman sentosa.
All the best YB sekalian! 🙂
KREDIT FEATURE IMAGE: Bernama, NST, Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa terjadi apabila seorang pempengaruh glamor yang bertukar viral disebabkan kontroversi tiba-tiba 'menghilang' dan pulang ke kampung? Nak dijadikan cerita pula, pempengaruh itu tidak...