Dirancang Atau Kebetulan? Lihat 8 Info Menarik Kemenangan Miss Universe 2018

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Tahniah Catriona Gray, Tahniah Filipina!

 

Dalam tempoh 3 tahun, Filipina membawa semua tiara dan takhta Miss Universe ke Manila selepas wakil mereka, Catriona Gray berjaya menepati ramalan untuk memenanginya pada tahun ini.

Lalu, dia meneruskan legasi Pia Wurtzbach yang memenanginya pada tahun 2015. Dengan pantas, netizen terus mencipta ‘spekulasi’ dan teori menarik di sebalik kemenangannya.

Adakah semua ini telah dirancang awal oleh Catriona atau cuma kebetulan?

 

01

Gaun merah yang disarungkan oleh pemenang, Catriona Gray melengkapkan warna bendera Filipina yang pernah dipakai oleh pemenang Miss Universe dari negara itu.

Gloria Diaz (1969 – kuning), Margie Moran (1973 – putih), Pia Wurtzbach (2015 – biru) dan Catriona (2018 – merah).

Dah rancang awal-awal eh?

 

02

Nampaknya sejak kecil, Catriona memang sudah bercita-cita untuk memenangi pertandingan ratu cantik!

 

03

Bahagian atas ear cuff yang dipakai Catriona pada telinga sebelah kanan mirip dengan tiara DIC Miss Universe yang bernilai kira-kira USD 300,000.

Tak kurang juga yang menyamakannya dengan simbol Wonder Woman.

 

04

Pernah dengar ayat, “There must be a silver lining“?

Ayat yang bermaksud pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini nyata ‘berkesan’ untuk Catriona ketika memasuki Top 5. Hanya dia saja yang menyarung gaun berwarna merah

. Selebihnya, Vietnam, Puerto Rico, Venezuela dan Afrika Selatan menyarung gaun berwarna perak atau silver.

Ramai yang mengaitkannya dengan kejadian 2 tahun lalu apabila Catriona Gray tewas kepada Miss Puerto Rico semasa menyertai pertandingan Miss World. Inilah ‘silver lining’ untuknya apabila memenangi Miss Universe.

 

05

Filipina sentiasa menjadi ‘penghalang’ kepada mana-mana negara yang inginkan kemenangan back-to-back.

Pada tahun 2015, Pia Wurtzbach menewaskan wakil Colombia (pemenang 2014 ialah Paulina Vega dari Colombia.)

Pada tahun 2018 pula, Catriona menewaskan wakil Afrika Selatan (pemenang 2017 ialah Demi-Leigh dari Afrika Selatan)

 

06

Okay ni lawak.

Rekaan gaun Catriona oleh pereka fesyen Mak Tumang diilhamkan daripada letusan gunung berapi Mayon di Filipina. Tetapi netizen pantas membandingkannya dengan keadaan trafik di lebuhraya EDSA, Filipina.

Penduduk Kuala Lumpur pun boleh relate bro.

 

07

Foto dari beberapa bulan lalu telah muncul!

Ia menunjukkan Catriona, Demi-Leigh (pemenang 2017), Pia Wurtzbach (pemenang 2015) dan Iris Mittenaere (pemenang 2016) berdiri bersama di sebuah parti.

Dah boleh ramal dah..

 

08

Akhir sekali, netizen juga perasan kedudukan sama (di tengah) yang diambil oleh Pia Wurtzbach dan Catriona Gray. Adakah ini juga petanda, gitu.

 

BACA: Gaun Miss Universe Malaysia Curi Tumpuan, Siapa Lagi Yang Pilih Kuning?

 

Published by
FZ