Gaya seorang ratu sehari semestinya menjadi tumpun di hari pernikahannya. Bukan hanya terletak pada pemilihan busana, namun tata rias wajah juga memainkan peranan penting.

Ada yang suka gaya dramatik, ada yang suka gaya manis dan ada yang suka gaya elegan. Terpulang kepada selera pengantin masing-masing.

Baru-baru ini pernikahan bintang popular Malaysia, Janna Nick menjadi perhatian ramai. Majlis yang diadakan secara tertutup di Pulau Langkawi itu diadakan dalam suasana yang penuh ringkas namun tampil mewah dan memukau.

Dirias Jurusolek Terkenal Thailand, Penampilan Janna Nick Manis Berseri
Kredit foto: project2pi

Pastinya penampilan pelakon yang juga seorang penyanyi dan penerbit itu antara yang paling dinanti ramai. Apatah lagi solekan diwajahnya cukup segar dan menyerlahkan seri seorang ratu sehari.

Ads

Rupa-rupanya Janna mendapat sentuhan jurusolek asal Thailand, Babara Beer. Jurusolek terkenal ini bukan calang-calang orangnya, khidmatnya ditagih ramai orang popular, kenamaan dan kerabat Diraja. Bahkan sebelum ini dia pernah merias wajah anakanda Sultan Johor, Yang amat Mulia Tunku Tun Aminah.

BACA JUGA: Ditonton Lebih 2 Juta Kali, Solekan Jurusolek Thailand Untuk YAM Tunku Tun Aminah Tuai Pujian Ramai

Ads
Dirias Jurusolek Terkenal Thailand, Penampilan Janna Nick Manis Berseri
Kredit foto: project2pi

Dalam hantaran Instagram jurusolek itu, dia memuat naik sebuah video menampilkan wajah polos Janna sebelum disolek dan seterusnya langkah demi langkah cara solekan sehingga selesai. Bersama hantaran tersebut Babara meletakkan kapseyn berbunyi, “Gorgeous bridal make up tutorial, Janna Nick.”

Ads

Video tutorial itu sehingga kini telah ditonton sebanyak 141 ribu kali dan menerima lebih 12 ribu tanda suka. Selain daripada Babara yang merias wajah Janna, rambut Janna pula didandan rapi oleh Miedy Daniel dan kedua-dua busana nikah dan resepsi pula direka oleh pereka fesyen terkenal, Wanpa.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI