Pertama sekali, kami di team REMAJA ingin mengucapkan, Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik anak bangsa di seluruh Malaysia tidak kiralah digelar Guru, Cikgu, Teacher, Sir, Madam, Ustaz, Ustazah, Profesor dan sebagainya!
ARTIKEL BERKAITAN : Masih Ingat Pelakon Watak ‘Lelaki Lembut’ Sutun? Kini Bergelar Seorang Guru
Setiap tahun, Hari Guru atau Teacher’s Day akan disambut dan diraikah pada 16 Mei. Jadi untuk tahun ini Kerajaan membawa Tema Hari Guru iaitu Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.
Bulan Mei ini pastinya meriah terutamanya ketika tiba Hari Guru. Ianya diraikan bagi memberi penghargaan kepada warga pendidik. Tapi korang tahu tak bilakah sambutan Hari Guru di Malaysia bermula dan kenapa tarikh 16 Mei setiap tahun dipilih?
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Foto: Sinar Harian & Google
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.