[VIDEO] Sangka 1 Ramadan Panas, Rupanya Ribut Hujan Hingga Cermin Pecah!

Share

 

Lain yang dijangka, lain pula yang terjadi.

 

Selalu bulan Ramadan sinonim dengan cuaca panas terik. Namun seperti yang dihadapi oleh warga Lembah Klang petang semalam, cuaca hujan lebat telahpun melanda di sebahagian besar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di negeri Selangor.

Di sepanjang Lebuhraya Persekutuan, air banjir jelas naik di beberapa kawasan seperti bersebelahan dengan Bangsar South dan di tengah bandar raya.

Itu baru air banjir gaiss, belum lagi kejadian cemin pecah yang dilaporkan berlaku di bangunan Akademi Etiqa dekat Jalan Melaka, Kuala Lumpur! Untuk pengetahuan, bangunan tersebut terletak berdekatan dengan stesen kereta api Masjid Jamek.

 

Apa Yang Terjadi Sebenarnya?

Satu video insiden yang kin tular di media sosial menunjukkan sekurang-kurangnya empat orang wanita menjerit dan berlari jauh daripada kawasan dinding cermin berdekatan dengan sebuah mesin ATM Maybank.

Tanpa sebarang ‘warning’, cermin tersebut pecah hingga mengakibatkan lantai bangunan bertaburan dengan kaca berderai.

Dipercayai tiada sebarang kecedaraan yang berlaku ke atas semua individu yang berada di situ walaupun ada yang mendakwa menemui kepingan kaca pada badan mereka.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia pernah meramalkan ribut hujan dengan petir di sekitar Lembah Klang.

ARTIKEL BERKAITAN12 Buah Negeri Dijangka Alami Ribut Petir Petang Ini, Hati-Hati Dengan Keselamatan Diri – REMAJA

Published by
FZ