Nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekali lagi trending di media sosial gara-gara sebuah video yang menunjukan beliau menggunakan water jet untuk membersihkan lantai yang tiada kesan sisa banjir ataupun lumpur.
Dalam video yang dimuat naik itu oleh pengguna Twitter @dylawok, kelihatan Datuk Seri Rina Harun sedang membersihkan balkoni di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi yang telah dijadikan pusat penempatan sementara (PPS) sambil aksinya dirakam oleh jurufoto sambil diperhatikan oleh beberapa individu lain.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton sebanyak 1.2 juta kali.
Namun begitu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kemudiannya menafikan yang tindakan tersebut hanyalah sekadar ‘berposing’, sebaliknya kawasan sekolah tersebut yang digunakan sebagai PPS perlu dibersihkan sebelum dipulangkan kembali kepada pihak sekolah.
“JKM selaku jabatan yang menguruskan operasi ini telah memohon kesudian YB Datuk Seri Rina untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan oleh pihak sekolah sukar dicuci sebelum ini.
“Memandangkan peralatan jet air sedia ada di lokasi pembersihan, YB Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM dan beliau melakukan kerja tersebut dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka.
BACA LAGI: Makin Langsing, Perubahan Fizikal Datuk Seri Rina Harun Curi Perhatian Netizen
“JKM sekali lagi ingin menegaskanbahawa keterlibatan YB Datuk Seri Rina bukanlah sekadar membersihkan simen tersebut, malah beliau telah bersama-sama melakukan kerja-kerja pembersihan dan susun atur logistic lain di sekolah berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan media itu lagi, JKM menyatakan bahasa tidak adil untuk buat para warganet untuk membuat tohmahan dan memperlekehkan usaha Rina Harun dalam operasi pembersihan tersebut.
JKM juga menyeru agar masyarakat tampil mendaftar sebagai sukarelawan keluarga Malaysia dalam misi membantu operasi pasca banjir.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.