Gejala Anxiety semasa memandu merupakan pengalaman yang boleh dialami oleh sesiapa dan ia boleh menjeiaskan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Gejala tersebut antara lainnya adalah perasaan gugup, panik dan takut serta jantung berdegup dengan pantas.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pemandu wanita yang terpaksa menghentikan kereta dipandunya di tengah jalan, gara-gara diserang rasa cemas melampau atau ‘anxiety attack’. Kejadian yang berlaku di Jalan Kuching menghala ke Selayang itu sekaligus mengakibatkan trafik sesak.

Menerusi perkongsian di Twitter Dr. Kamarul Ariffin, berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan tahap anxiety anda:

ARTIKEL BERKAITAN: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena

Diserang Anxiety Ketika Memandu? Ini Beberapa Cara Untuk Atasi Gejala Ini

Persiapkan laluan anda

Jika anda cemas tentang tersesat atau menghadapi situasi kesesakan lalu lintas, cuba persiapkan laluan anda dengan terlebih dahulu atau gunakan GPS untuk memandu. Isi minyak siap-siap sebelum perjalanan.

Elakkan memandu dalam keadaan emosi meluap-luap: terlalu marah, terlalu sedih, terlalu runsing, dan sebagainya. Tunggu sehingga emosi reda sebelum memulakan memandu, atau berhenti di tempat selamat untuk bertenang jika sedang memandu.

Ads

Lakukan senaman pernafasan dalam (deep breathing exercise)

Ambil nafas yang perlahan dan dalam, tahan 5 saat, kemudian melepaskannya dengan perlahan. Senaman ini dapat membantu menenangkan dan mengurangkan rasa cemas.

Lakukan senaman kesedaran(mindfulness)

Namakan tiga benda yang anda lihat, tiga benda yang anda dengar, serta tiga anggota badan anda yang anda boleh sentuh. In untuk buatkan anda kembali ke realiti dan tidak berfikir terlalu jauh.

Ads

Elakkan membayangkan perjalanan anda akan penuh dengan kesukaran dan cabaran. Elakkan juga fikir tentang pengalaman buruk yang sebelum ini. Tumpukan fikiran pada pemanduan pada waktu semasa (current moment).

Hindari gangguan semasa memandu

Jangan lakukan aktiviti yang boleh mengalih perhatian anda semasa memandu, seperti makan, menaip teks, berfikir tentang kerja yang tertangguh, kerja-kerja yang perlu disiapkan di rumah, dan sebagainya.

Beri kata-kata perangsang pada diri sendiri

Ads

Cuba yakinkan diri anda bahawa anda mampu memandu dengan selamat, dan anda pernah berjaya memandu sebelum ini. Beritahu diri anda “saya boleh memandu ke destinasi dengan selamat”.

Fahami bahawa hon adalah cara pemandu komunikasi. Jika anda dihon, tidak semestinya anda berbuat silap atau dimarahi. Ia mungkin sekadar untuk beritahu “saya nak tumpang lalu” atau “hati-hati, ada bahaya”.

Jangan terlalu fikirkan pandangan orang terhadap anda. Fokus untuk memandu dengan tenang dan beretika. Beri isyarat untuk membelok atau tukar laluan, bertimbang rasa kepada pemandu lain dan tidak melayan provokasi.

Dapatkan bantuan profesional

Jika anxiety anda semasa memandu teruk atau berterusan walaupun telah mencuba strategi-strategi ini. pertimbangkan untuk mencari bantuan doktor, kaunselor, atau psikologis.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Twitter @dr_chaku& Pexels CottonBro Studio, Andrew Neel

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI