
Public transport disediakan sebagai satu kemudahan buat masyarakat, tetapi apa yang terjadi hari ini membuatkan ramai yang tidak berani untuk menggunakannya.
Ini yang terjadi kepada seorang pelajar kolej yang mempunyai pengalaman ngeri ketika seorang pemandu GrabCar menyerangnya dan memaksa untuk melakukan hubungan seks.
Gambar hiasan
Menurut China Press, insiden ini berlaku pada Isnin lepas, jam 11.45 pagi ketika pemandu itu mengambil remaja tersebut dari kolej untuk dihantar balik ke hostel.
Selepas beberapa minit perjalanan, dia menyedari pemandu itu tidak mengikuti laluan yang betul dan berhenti di tempat terpencil lalu menyerangnya di tempat duduk belakang.
Pemandu tersebut bertindak kasar menumbuk dan menendang gadis itu, seterusnya mengancam dengan mencadangkan mereka melakukan hubungan seks di sebuah hotel. Pelajar itu memintanya untuk memandu ke mana-mana hotel terdekat.
Gambar hiasan
Sejurus tiba di sebuah hotel, dia terus menyerang pemandu tersebut sebelum melarikan diri meminta bantuan dari bengkel berhampiran dan menghubungi ayahnya, lalu terus membuat laporan polis.
Kita dengar pun dah seram, apa lagi kalau berada di tempat gadis tu kan. Sebaiknya korang semua berhati-hati dan jika boleh, sentiasa bersama teman dan elakkan diri daripada berseorangan.
Hati-hati girls.
Sumber: The Star
Selain Matahari Tegak Di Atas Kaabah, Ini Lagi Fenomena Unik Dunia Dapat Disaksikan Esok

Semakan arah kiblat yang ada kalanya tidak tepat dapat dibetulkan tepat jam 5.27 petang hari ini apabila fenomena matahari tegak di atas Kaabah di Makkah akan berlaku hari ini.
Planetarium Negara dalam satu kenyataan medianya memetik, pada hari Selasa, bersamaan 16 Julai 2019, rakyat Malaysia yang beragama Islam boleh mengesahkan arah kiblat dengan memerhatikan bayang-bayang matahari yang dihasilkan oleh objek-objek tegak tepat pada jam 5:27 petang waktu Malaysia.
Pada ketika itu Matahari berada pada kedudukan tepat di atas Kaabah di Makkah dan kesemua bayang objek-objek tegak di atas permukaan Bumi pada waktu itu akan menghala ke arah Kaabah.
Kalau sebelum ini kita was-was dengan kedudukan arah kiblat tempat kita bersolat, justeru itu melalui Peristiwa Istiwa A’dzam yang berlaku dua kali setahun ini dapat menjadi panduan kita mengukur arah kiblat yang tepat.
Satu dari caranya, kita letakkan sejadah dekat dengan tingkap dan kemudian pada waktu ditetapkan kita akan dapat melihat bayang-bayang yang menjadi petunjuk arah kiblat yang tepat.
Jika hari ini kita bakal menyaksikan Peristiwa Istiwa A’dzam iaitu satu peristiwa kedudukan Matahari berada di titik Zenith ketika Istiwa’. Nilai sudut Istiwa’, Matahari akan bersamaan dengan nilai latitude Makkah di mana Kaabah terletak, esok pula, rakyat Malaysia dan seluruh Asia Tenggara akan dapat menyaksikan gerhana bulan separa yang akan berlaku mulai jam 4.01 pagi dan akan berakhir 6.59 pagi waktu Malaysia.
Selain negera di Asia Tenggara, fenomena Gerhana Bulan Separa yang berlaku setahun sekali ini dapat dilihat di Australia, hampir keseluruhan Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.
Apa itu Gerhana Bulan Separa?
Gerhana Bulan Separa berlaku apabila sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh pada permukaan Bulan, telah terlindung oleh jasad Bumi kita.

Secara amnya, gerhana ini berlaku Bumi akan berada di antara Matahari dan Bulan. Walaupun ia nampak seperti sebaris, tetapi jika dilihat dari satah ‘tepi’, Bulan berada sedikit ke atas daripada garisan Matahari dan Bumi. Ini akan menyebabkan ia tidak akan dilindungi sepenuhnya oleh bayang-bayang Bumi.
Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi. Namun tidak semua gerhana ini berlaku dalam bentuk yang sama. Perbezaannya bergantung kepada kawasan bayang-bayang Bumi yang mana satu, yang sedang dilalui oleh Bulan.
Bayang-bayang Bumi ada 2 kawasan yang dikenali sebagai umbra (paling gelap) dan penumbra (kurang gelap).
Jadi bagi korang yang nak tengok fenomena alam yang bukan selalu terjadi ini, boleh datang ke Planetarium Negara yang akan dibuka kepada awam mulai jam 2:00 pagi pada 17 Julai ini dengan menyediakan beberapa buah teleskop untuk kemudahan orang awam yang berminat untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Separa tersebut.
Sebelum berlakunya Gerhana Bulan Separa, sesi pencerapan planet Zuhal dan Musytari akan diadakan di hadapan pintu masuk utama Planetarium Negara bermula seawal jam 2:00 pagi.
Kenampakan fenomena Gerhana Bulan Separa dan juga planet-planet adalah juga bergantung kepada keadaan cuaca semasa. So gerhana bulan separa ini akan bermula jam 4:01 pagi dan akan berakhir pada jam 6:59 pagi waktu Malaysia. Gerhana pada kali ini akan mencapai maksimum pada jam 5:30 pagi di mana pada waktu itu hampir separuh permukaan Bulan akan dilindungi oleh bayang-bayang umbra Bumi.
Tangisan Asmat Ara, Pelarian Rohingya Lari Dari Kekejaman Myammar Dinobat Gambar Terbaik Dunia 2018

Hari ini rakyat Malaysia banyak berbicara kisah remaja, Syukor Khamis, 14 tahun pelajar dari SMK Padang Midin, Kuala Terengganu yang dilihat mampu “berkawan rapat” dengan binatang peliharaan ayahnya iaitu kerbau yang jumlahnya mencecah 100 ekor lebih. Syukor dilihat langsung tidak kekok malah begitu bersahaja dengan reaksinya termasuk dia cuba berlaga tanduk dengan kambing peliharaan ayahnya.
Melalui gambar bidikan jurugambar profesional Mohd Nazri Sulaiman, gambar ini telah memenangi tempat pertama pertandingan Asia Geographic -Image of Asia Photography Award 2018 dan dinobatkan sebagai 20 gambar terbaik dunia dalam Pertandingan Fotografi Antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards 2018.
Selain kisah Syukor yang viral, korang tentu nak tahu gambar mana lagi yang diangkat sebagai gambar terbaik dunia 2018 kan.
Jom tengok, mana tahu jadi inspirasi pada korang dan lepas ni bolehlah berjinak-jinak dalam dunia fotografi dan menang pertandingan dunia pula. Rezeki orang tak siapa tahukan!
REMAJA senaraikan 20- gambar terbaik yang dipilih dalam pelbagai kategori. Untuk makluman korang, anugerah fotografi antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards menerima 48,000 penyertaan peserta melibatkan 156 buah negara.
Para hakim telah meneliti kesemua foto paling menarik, hebat dan mengagumkan untuk dinobat sebagai pemenang terbaik bagi tahun 2018, dalam 11 kategori yang dipertandingkan. Tentu korang teremosi bila melihat gambar pemenangnya nanti.
- Berkongsi emosi (Anugerah Istimewa, Kategori Wajah dan Karektor Menarik)

2.Musang Artik, Amerika Syarikat (3rd place Kategori Haiwan Dalam Persekitaran Semula jadi)

3. Bayangan badak sumbu, Kenya (Sebutan Kehormat, Kategori Haiwan dalam Persekitaran Semula jadi)

4. Pemandangan dalam air, musim salji di Lofoten (Anugerah Istimewa, Kategori Keindahan Alam Semula jadi)

5. Bunga liar kosmik, Brazil (Sebutan Kehormat, Kategori Keindahan Alam Semula jadi)

6. El Calbuco, Chile (1st Runner up Kategori Keindahan Alam Semula jadi)

7. Perkampungan Permainan, Russia (1st Runner Up Kategori Ruang Bandar & Seni Bina)



#10. Larian comel! (Anugerah Istimewa, Kategori Haiwan dalam Persekitaran Semula jadi)

#11. Kumpulan unta di gurun, Mongolia (Tempat Kedua, Kategori Warna Am)

#12. Ombak 12 meter di perairan Antartika (Tempat Ketiga, Kategori Perjalanan dan Pengembaraan)

#13. Haus dan minum, China (Sebutan Kehormat, Kategori Wajah dan Karektor Menarik)

#14. Kanak-kanak dalam dakapan ukiran tangan dan kraftangan, Ethiopia (Tempat Pertama, Kategori Wajah dan Karektor Menarik)

#15. Pasar terapung, Indonesia (Tempat Pertama, Kategori Pancuran Warna Warni)

#16. Menerima realiti, Pulau Pleneau, Semenanjung Antartika (Tempat Pertama, Kategori Haiwan dalam Persekitaran Semula jadi)

#17. Pemandangan Padang Bola Sepak Henningsvaer, Norway (Tempat Kedua, Kategori Ruang Bandar dan Seni Bina)

#18. Peserta triathlon, Pelabuhan Duesseldorf Media, Jerman (Tempat Pertama, Kategori Warna Am)

#19. Nelayan mendayung sampan di Tasik Inle, Myanmar (Tempat Pertama, Kategori Bawah 20)

#20. Mangsa konflik dan pertikaian, Bangladesh (Anugerah Foto Terbaik, Siena International Photo Awards 2018.)

Ya, inilah gambar terbaik dunia. Ketakutan dan tangisan seorang kanak-kanak Bangladesh, Asmat Ara begitu trauma dengan keganasan dan penghapusan etnik yang sedang berlaku di Myanmar dinobat gambar terbaik dunia di dalam Pertandingan Fotografi Antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards 2018. Foto ini diambil di kem pelarian Rohingya Tenkhali, di Bangladesh oleh K.M Asad.
Wanita Sarat Mengandung & Suami Maut Dirempuh Myvi

Al-Fatihah dengan bacaan untuk pasangan suami isteri, Nur Ain Kamarulzaman, 25 dan suaminya Mohd Hairawi Mat Rezam, 36 yang maut dirempuh sebuah Myvi.
Dalam kejadian pagi tadi, Nur Ain yang hamil tujuh bersama bayi dalam kandungannya dan suami, maut dalam keadaan menyayat hati selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta di Jalan Bukit Merchat, Pulau Sebang, Alor Gajah, hari ini.
Dalam kejadian 7.40 pagi itu, Nur Ain Kamarulzaman, 25, membonceng motosikal ditunggangi suami, Mohd Hairawi Mat Rezam, 36, sebelum kenderaan mereka dirempuh kereta Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta berusia 34 tahun dalam perjalanan dari arah Gadek ke Pulau Sebang, manakala mangsa datang dari arah bertentangan.
"Siasatan mendapati suami isteri itu dalam perjalanan dari Taman Rakyat Kuala Ina, Tampin ke Hospital Melaka untuk menghadiri janji temu dengan pakar perubatan di hospital berkenaan.
"Pemandu kereta terbabit dipercayai hilang kawalan hingga menyebabkan kenderaannya berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa," katanya.
Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak beberapa meter dari motosikal dan Mohd Hairawi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Katanya, jenazah mangsa yang bekerja sebagai tukang masak dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat manakala Nur Ain dibawa ke Hospital Tampin kerana parah di kepala dan badan.
"Bagaimanapun, Nur Ain dan kandungannya disahkan meninggal ketika dirawat di hospital itu pada 12 tengah hari.
"Kandungan masih belum dikenal pasti jantinanya itu adalah anak pertama pasangan terbabit dan Mohd Hairawi beralamat di Jalan Klinik Kesihatan Guchil Luar, Kuala Krai, Kelantan manakala Nur Ain berasal dari Taman Rakyat," katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati cuaca ketika kejadian dalam keadaan baik dan punca kejadian dipercayai akibat kegagalan mengawal kenderaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber : HARIAN METRO