Terbaru, penyanyi terkenal Kim Jaejoong membuat pengakuan mengejutkan apabila dia diserang secara seksual oleh peminat ketika berada di rumahnya sendiri.
Jaejoong berkongsi kisah itu ketika menjadi bintang tamu dalam rancangan variety Midnight Horror Story iaitu sebuah rancangan yang berkisarkan cerita hantu dan segala kisah menakutkan.
Selama episod tersebut, Jaejoong turut mengungkapkan bahawa dia lebih takut kepada manusia daripada hantu dan berkongsi kisah mengerikan tentang bagaimana salah seorang peminat fanatik atau
sasaeng iaitu terma yang digunakan untuk peminat yang suka mengintai.“Saya yakin saya adalah orang yang kerap diganggu oleh sasaeng fans”
“Cerita tentang sasaeng fan masuk ke rumah dan cuma pegang tangan itu tidak benar”
“tapi apa yang berlaku adalah mereka masuk ke rumah dan terus mencium saya”
Jelas idola K-Pop tersebut lagi, pernah juga suatu hari ketika sedang tidur di dalam bilik. Dia terjaga dan melihat seorang wanita berada di atasnya.
Pada awalnya, dia ingat dirinya sedang bermimpi tetapi dia terus tersedar bahawa benar peminat ‘psiko’ tersebut memang betul-betul berada di atas badannya.
Kemudian, Kim Jaejoong juga menceritakan bahawa setiap hari akan ada seorang peminat sasaeng yang gemar menyembunyikan bel pintu rumahnya.
Apabila kes tersebut dibawa kepada pihak polis, peminat sasaeng mengungkapkan antara sebab mengapa mereka melakukan hal diluar batas tersebut adalah kerana mereka mahu merasakan tangan sang idola dengan menyentuh permukaan yang sama seperti artis kegemaran mereka.
Uish dahsyatnya! Tapi memang menakutkan betul bila benda seperti ini terjadi. Peminat pun janganlah pelik-pelik sangat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.