Lewat petang tadi, seluruh rakyat Malaysia khusyuk menumpukan perhatian kepada pembentang Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rata-rata ingin mengetahui apakah yang akan diperolehi oleh sektor dan kategori rakyat masing-masing. Adakah aduan serta keperluan mereka dilayan oleh pihak Kerajaan ataupun ia dipandang sepi?

Ini termasuklah sektor pendidikan yang menjadi tunjang kepada pembangunan insan, ekonomi dan kemasyarakatan negara. Saban tahun, bukan hanya ibu-bapa yang tak sabar menantikan apakah bajet yang diperuntukkan kepada sektor ini demi kebaikan anak-anak mereka.

Malah, golongan pelajar di peringkat sekolah menengah dan golongan belia yang mewakili pelajar di peringkat pendidikan tertiari (kolej dan universiti) turut berminat untuk mengetahui akan nasib mereka.

Diskaun 20% Bayaran Penuh PTPTN, Apa Lagi Yang PM Bentangkan Untuk Pelajar Malaysia?
Selain daripada topik hangat baju apa yang akan dipakai PM, ramai juga ternantikan bajet dalam sektor pendidikan.

Secara keseluruhannya, Bajet 2018 banyak menyentuh mengenai sektor pendidikan. Ada bajet yang dilanjutkan dari tahun 2017 ke 2018. Ada juga yang baru akan diperkenalkan pada tahun depan oleh kerana Kerajaan melihat ia crucial dan sudah tiba masa dilaksanakan secepat mungkin.

Nak tahu apa nasib korang selaku golongan pelajar? Ini dia antara bajet yang sempat REMAJA rangkumkan:

Ads

Pendidikan Untuk Generasi TN50 (RM250 Juta)

  • Menubuhkan pusat sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
  • Mempertingkatkan modul Computer Science termasuklah program koding.
  • Menaik taraf 2,000 kelas menjadi bilik darjah pintar pembelajaran abad ke-21 bagi meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif (bernilai RM190 Juta)

Kata PM, pusat STEM tersebut bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini dan melatih guru pakar STEM menggunakan fasiliti institut pendidikan guru sedia ada dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia. Sekaligus, guru-guru di peringkat sekolah akan tampil lebih bersedia untuk berhadapan dengan silibus yang diperbaharui.

Program koding yang disebutkan pula adalah untuk kurikulum sekolah rendah dan menengah yang kini telah wujud di tingkatan 1 dan tingkatan 3.

Diskaun 20% Bayaran Penuh PTPTN, Apa Lagi Yang PM Bentangkan Untuk Pelajar Malaysia?

Pendidikan Peringkat Tinggi

  • Kerajaan memperuntukkan biasiswa sejumlah RM2.2 Bilion untuk tahun 2018.
  • Bantuan baucar buku bernilai RM250 seorang (sekali setahun)
  • Bantuan MyBrain untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran bernilai RM90 Juta kepada yang layak untuk memohon. Klik di sini guys.

Diskaun 20% Bayaran Penuh PTPTN, Apa Lagi Yang PM Bentangkan Untuk Pelajar Malaysia?

Kerjaya dan Bakat TN50

  • Meneruskan program perantis dan temuduga terbuka di bawah SL1M. Syarikat swasta yang berjaya mendapat kontrak kerajaan diwajibkan memperuntukkan sekurang-kurangnya 1% daripada nilai projek bagi Program SL1M.

Untuk pengetahuan korang, SL1M telah melatih sejumlah 138,000 para graduan sejak ia dilaksanakan dan bersedia untuk menambah sejumlah 5,000 graduan lagi di bawah program perintisnya pada tahun 2018. Secara tak langsung, ia memberi peluang kepada graduan yang layak bagi mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.

Ads

Pembangunan Sukan

  • Program FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlit, program akar umbi dan program pembangunan bola sepak negara melalui KBS bernilai RM1 Bilion.
  • Kerajaan akan membina 14 kompleks sukan baru di seluruh negara bernilai RM112 Juta.
  • Sekolah Sukan Bukit Jalil pula terus mendapat peruntukan sebanyak RM20 Juta.

Berita baik bagi pelajar yang sedang menuju ke arah menjadi seorang atlet di peringkat nasional dan antarabangsa. Besar kemungkinan selepas menyaksikan potensi yang ada pada atlet Malaysia di Sukan SEA 2017 lalu, peruntukan terus diberikan bagi membantu para atlet terus mengharumkan nama negara.

Diskaun 20% Bayaran Penuh PTPTN, Apa Lagi Yang PM Bentangkan Untuk Pelajar Malaysia?
Atlet sukan air negara, Aaliyah Yoong antara atlet remaja yang menyerlah pada Sukan Sea 2017 lalu.

Pembangunan Pendidikan

  • Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah (RM550 Juta)
  • Membina semula dan menaik taraf sekolah daif menggunakan sistem IBS (RM2.5 Bilion)

Yeay, tiada lagi toilet banjir! Hehe..

Bantuan Persekolahan

  • Bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan (RM2.9 Bilion)
  • Bantuan persekolahan RM100 seorang (RM328 Juta)

Pembiayaan Pengajian Tinggi PTPTN

  • Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman.
  • Diskaun 10% untuk bayaran 50% daripada baki hutang sekali bayaran.
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji.
  • Grace Period pembayaran balik dilanjutkan daripada 6 kepada 12 bulan.

Diskaun 20% Bayaran Penuh PTPTN, Apa Lagi Yang PM Bentangkan Untuk Pelajar Malaysia?

Topik PTPTN tak habis-habis dibentangkan sejak bertahun-tahun lamanya. Bajet 2018 tak terkecuali apabila kerajaan menetapkan beberapa tahap diskaun bagi menggalakkan pembayaran semula peminjam.

Ads

Salah satu poin yang menarik perhatian REMAJA adalah poin Grace Period. Setelah tamat belajar, kini korang mempunyai tempoh yang lebih relevan dan ideal untuk memulakan pembayaran. Jika dulu setelah 6 bulan, notis surat sudah diterima bekas graduan.

Kini, korang mempunyai masa untuk bernafas dulu (take a deep breathe guys, you deserve it), mencari pekerjaan dan mulai membayar semula pinjaman selepas setahun.

Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)

  • Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET: RM4.5 Juta

Walaupun dibentangkan dan diberikan bajet, jumlah yang diperuntukan ini bagi REMAJA masih agak rendah berbanding apa yang dijangkakan pada peringkat awal.

Diskaun 20% Bayaran Penuh PTPTN, Apa Lagi Yang PM Bentangkan Untuk Pelajar Malaysia?

Dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera

  • Biasiswa pengajian tinggi dan latihan MARA bernilai RM2.5 Bilion.

Ia adalah peruntukan tertinggi yang pernah diberikan kepada peringkat pengajian tertiari dan biasiswa latihan di bawah MARA. REMAJA menganggarkan seramai 90,000 pelajar akan mendapat benifit daripada ini.

Orang Asli

  • Bantuan pengajian RM3,000 kepada ibu bapa bagi pembelanjaan persediaan anak-anak ke IPTA.

Apa pendapat korang mengenai bajet yang dibentangkan ini? Untuk melihat bajet dalam kategori dan sektor lain, sila klik ke laman web rasmi PM ini.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI