Kisah kontroversi yang melanda pelakon lelaki Korea, Kim Seon Ho masih lagi hangat diperkatakan dan kini, media Korea Dispatch telah membongkar tentang hubungan lampau aktor itu bersama bekas kekasihnya, Choi Young Ah.
Dispatch melaporkan bahawa wanita itu pertama kali bertemu Kim Seon Ho semasa perjumpaan dengan rakan-rakan pada akhir tahun 2019. Mereka kemudiannya mula bercinta pada awal Mac 2020 dan pada pertengahan Mac, Choi Young Ah memberitahu bahawa dia pernah berkahwin dan bercerai di masa lalu.
Menerusi kiriman mesej, Kim Seon Ho menulis “Saya mahu meneruskan hubungan itu. Saya melihatnya kerana saya suka dia sebagai seorang manusia. Sudah tentu ibu bapa saya akan lebih memahami. Tidak ada bezanya jika dia pernah berkahwin atau bercerai.”
Sepanjang perkenalan mereka juga, dipercayai mereka sering keluar bersama di kawasan terbuka seperti zoo Busan dan Gapyeong. Berbeza dengan tuduhan Choi Young Ah sebelum ini yang mengatakan bahawa aktor tersebut menyembunyikan hubungan mereka.
Apa yang lebih menarik, Dispatch juga turut meringkaskan kronologi kisah aktor itu bersama bekas kekasihnya.
Akhir 2019 – Terjumpa secara tak sengaja di perjumpaan rakan.
Februari 2020 – Temu janji di kafe dan teater.
Awal Mac 2020 – Bercinta secara rasmi.
Pertengahan Mac 2020 – Choi Young-ah mengakui dia pernah berkahwin dahulu.
April – Jun 2020 – Janji temu di Busan, Gapyeong, Sungai Han dan Seoul.
Impak pengaruh industri hiburan Korea Selatan tidak boleh disangkal lagi apabila satu demi satu selebriti kelahiran negara itu telah menempa nama menjadi duta untuk pelbagai jenis produk di peringkat antarabangsa.
Terbaru, minuman tenaga kegemaran rakyat Malaysia, MILO di bawah kelolaan Nestlé telahpun memperkenalkan dutanya yang juga merupakan pelakon K-Drama popular, Park Seo-joon.
Menerusi akaun di media sosial, perkhabaran ini nyata disambut baik peminat tempatan memandangkan Park Seo-joon merupakan di antara nama hangat yang selalu menjayakan naskah K-Drama. Berilah apa sahaja naskah drama atau filem kepadanya, pelakon Itaewon Class & filem Parasite ini pasti akan menghidupkan setiap karakter yang dipegang olehnya.
Dalam video pengumuman tersebut, Park Seo-joon telah menyebut slogan Milo berbunyi, “Jom minum MILO” dengan slanga persis sebutan orang Malaysia!
Ia sekaligus menambah keterujaan dalam kalangan warga maya terhadap penampilan Park Seo-joon sebagai duta jenama minuman kegemaran mereka.
Untuk info, Milo berasal dari Australia dan dicipta pada tahun 1934. Ia telah dibangunkan oleh Thomas Mayne bersama-sama pasukannya demi mencipta satu jenama minuman yang memberi impak kesihatan dan kehidupan secara total.
Nama Milo diambil bersempena pemenang enam kali di Sukan Olimpik pertama di Greece, Milo of Crotona. Kini selepas lebih 80 tahun berada di pasaran, Milo tetap teguh sebagai minuman coklat sihat yang relevan untuk seisi keluarga di banyak negara.
Jadi, jangan pelik jikalau semakin ramai orang yang akan memilih minuman Milo selepas ini. Semuanya gara-gara penangan Park Seo-joon tau! Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, aplikasi komunikasi dalam talian bagi penggemar K-Pop antarabangsa, Dear U telah menerima kritikan hangat daripada peminat apabila pihak mereka mengumumkan bakal melancarkan aplikasi “AI Pet Bubble” yang pada awalnya bertujuan menghubungkan artis dan peminat dengan lebih dekat.
Pada 12 Februari lalu, kucing kepada penyanyi Taemin SHINee yang bernama Daeng-i adalah visual pertama yang diperkenalkan dalam aplikasi tersebut dalam versi yang mempunyai karakter tersendiri.
Kucing Taemin Sebagai Visual Pertama Dalam Aplikasi AI Pet Bubble
Menurut Dear U, perkhidmatan AI Pet Bubble tidak akan berbeza dengan perkhidmatan Bubble idola K-Pop yang sudah sedia ada seperti sebelum ini.
Namun, menerusi aplikasi terbaru ini, haiwan peliharaan yang dikuasakan oleh Artificial intelligence (AI) akan mencipta ruang sembang, dimana pengguna boleh berkomunikasi dengan haiwan peliharaan.
Selain itu, Dear U turut menyatakan bahawa para selebriti dan haiwan peliharaan mereka juga dijangka bakal mengambil bahagian dalam perkhidmatan aplikasi AI Pet Bubble tidak lama lagi.
Aplikasi AI Pet Bubble
Walau bagaimanapun, selepas pengumuman tersebut dikeluarkan, ramai di antara peminat K-Pop yang berkumpul di ruang komuniti internet dan media sosial meluahkan rasa kesal dan memberi beberapa tanggapan yang berbunyi:
“Seberapa jauh bisnes ini akan berkembang?”
“Buat duit dari fandom, siapa yang akan sanggup bayar untuk berbual dengan AI?”
“Chat dengan haiwan peliharaan? Lepas ni mereka akan buat versi berbual dengan orang tua pula”
“Apa benda ni? Ingatkan akan berbual dengan penyanyi tapi kali ini borak dengan binatang pula”
Wah, nampaknya semakin maju teknologi, macam-macam idea pelik pula yang keluar ya. Sekadar info, setakat ini terdapat banyak platform untuk berhubung dan berkomunikasi bagi artis dan peminat K-Pop seperti Bubble, Fancafe, Vlive, dan Weverse selain daripada media sosial seperti X, Instagram dan Tiktok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya dengan satu klip yang dimuat naik, peminat kumpulan K-pop popular, Big Bang jadi tak keruan.
Jangan risau, kali ini tiada lagi insiden ditangkap polis ataupun disaman di mahkamah.
Semuanya gara-gara rapper karismatik Big Bang, T.O.P memuat naik video yang menunjukkan dirinya berada di studio rakaman dan melontarkan lirik rap terbaru.
A post shared by T.O.P (@choi_seung_hyun_tttop) on
Peminat mula mengeluarkan spekulasi bahawa Big Bang sedang giat membuat persediaan untuk muncul dengan comebacksingle mahupun album baharu.
Setelah menamatkan tempoh latihan ketenteraan, T.O.P memilih untuk menyepikan diri seketika daripada sebarang kemunculan awam.
Berlainan sekali dengan rakan sekumpulannya, Taeyang yang muncul menerusi siri dokumentari berjudul White Night.
Dokumentari 8 episod yang ditayangkan pada setiap hari Isnin itu telah memasuki episod ketiga minggu ini dan ia menunjukkan klip daripada konsert jelajah 2017 Taeyang di Amerika Syarikat.
*
Untuk pengetahuan, YG Entertainment baru memperbaharui kontrak “eksklusif” bersama 4 orang ahli Big Bang pada 11 Mac lalu.
T.O.P, Taeyang bersama G-Dragon serta Daesung bersetuju untuk terus bersama label tersebut. Ini juga menandakan kali ketiga Big Bang memperbaharui kontrak bersama YG Entertainment setelah melakukannya pada tahun 2011 dan 2015.
Kedua-dua tempoh itu disusuli dengan album baharu Big Bang iaitu Alive (2012) dan MADE (2016).
Mungkin sekali kita akan mendengar album terbaru Big Bang tak lama lagi pada tahun ini atau tahun hadapan? Tak sabar!
Dalam tragedi ngeri yang menggemparkan negara, seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban apabila sebuah bas ekspres yang membawa mereka terbabas di...