Dispatch Dedah Kisah Sebenar Hubungan Cinta Kim Seon Ho Bersama Bekas Kekasih

Share

Kisah kontroversi yang melanda pelakon lelaki Korea, Kim Seon Ho masih lagi hangat diperkatakan dan kini, media Korea Dispatch telah membongkar tentang hubungan lampau aktor itu bersama bekas kekasihnya, Choi Young Ah.

Dispatch melaporkan bahawa wanita itu pertama kali bertemu Kim Seon Ho semasa perjumpaan dengan rakan-rakan pada akhir tahun 2019. Mereka kemudiannya mula bercinta pada awal Mac 2020 dan pada pertengahan Mac, Choi Young Ah memberitahu bahawa dia pernah berkahwin dan bercerai di masa lalu.

Menerusi kiriman mesej, Kim Seon Ho menulis “Saya mahu meneruskan hubungan itu. Saya melihatnya kerana saya suka dia sebagai seorang manusia. Sudah tentu ibu bapa saya akan lebih memahami. Tidak ada bezanya jika dia pernah berkahwin atau bercerai.”

Foto: NME

Sepanjang perkenalan mereka juga, dipercayai mereka sering keluar bersama di kawasan terbuka seperti zoo Busan dan Gapyeong. Berbeza dengan tuduhan Choi Young Ah sebelum ini yang mengatakan bahawa aktor tersebut menyembunyikan hubungan mereka.

Apa yang lebih menarik, Dispatch juga turut meringkaskan kronologi kisah aktor itu bersama bekas kekasihnya.

Akhir 2019 – Terjumpa secara tak sengaja di perjumpaan rakan.

Februari 2020 – Temu janji di kafe dan teater.

Awal Mac 2020 – Bercinta secara rasmi.

Pertengahan Mac 2020 – Choi Young-ah mengakui dia pernah berkahwin dahulu.

April – Jun 2020 – Janji temu di Busan, Gapyeong, Sungai Han dan Seoul.

Foto: The Indian Express

7 Julai 2020 – Kim Seon-ho and Choi Young-ah putus buat pertama kali kerana penipuan wanita itu.

8 Julai 2020 – Choi Young-ah mohon maaf, Kim Seon-ho menerimanya.

24 Julai 2020 – Choi Young-ah mengaku dia mengandung.

27 Julai 2020 – Gugurkan kandungan.

Akhir Julai – Awal Ogos 2020 – Kim Seon-ho perkenalkan Choi Young-ah kepada ibu bapanya.

Pertengahan Ogos 2020 – Kim Seon-ho masak sup rumpai laut selama dua minggu, berikan ubatan herba sebagai hadiah dan mengambil Hoa.

September 2020 – Kim Seon-ho and Choi Young-ah hadiri perjumpaan rakan.

7 Oktober 2020 – Kedua mereka pergi ke kafe haiwan bersama rakan.

Oktober – Disember 2020 – Tayangan ‘Start-Up’

Disember 2020 – Hal peribadi Choi Young-ah berbangkit.

11 Januari 2021 – Dispatch menerima info mengenai Kim Seon-ho, Choi Young-ah dan latar belakangnya.

Januari – Mac 2021 – Muzikal Kim Seon-ho ‘Frozen’ bermula dan Choi Young-ah menghadirinya.

April 2021 – Kedua mereka memilih untuk berpisah seketika.

Mei 2021 – Kim Seon-ho and Choi Young-ah memutuskan hubungan.

Jun 2021 – Choi Young-ah menghantar mesej mengatakan dia benci lelaki itu.

Oktober 2021 – Choi Young-ah memuat naik entri di laman komuniti.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan Salt Entertainment memberikan kenyataan bahawa “Tiada apa yang mahu dikatakan, maafkan kami”.

Rata-rata peminat kecewa dengan kontroversi yang melanda Kim Seon Ho namun tetap menyokong dan memberikan semangat buatnya.

Semoga kemelut yang melanda selebriti Korea ini dapat diselesaikan dengan baik dan Kim Seon Ho masih berpeluang bersinar dalam industri hiburan Korea.

Sumber: (1), (2)

Published by
Noor Ain Norman