Ditegur Kerabat Diraja Johor, Ibu Neelofa Jelaskan Kecuaian Pengurus Media Sosialnya

Share

 

Dua hari lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar telahpun mencadangkan kepada pihak kerajaan agar melaksanakan sekatan penuh bersasar bagi negeri bersempadan.

Cadangan yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi baginda itu adalah agar kegiatan ekonomi negara tidak akan terhenti secara keseluruhan sewaktu tempoh total lockdown yang akan bermula pada 1 Jun ini. Titah baginda lagi, dengan cara ini bilangan kes dapat ditangani dan sektor ekonomi masih ada ruang untuk berkembang.

Cadangan tersebut seterusnya telah mendapat siaran menyeluruh di rakaian televisyen yang menyiarkan slot berita. Okay je kan?

*

Apa yang tidak okay adalah apabila pada hari ini, ibu kepada Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini didakwa telah mempertikaikan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia dengan menyelar Sultan Ibrahim Iskandar. Err..

Tulisnya menerusi hantaran Instagram Story, ia berbunyi, “Kalau perihatin (prihatin) suruh la agong (Yang di-Pertuan Agong) batalkan darurat! Cakap je Lebih!!!”

Tangkap layar Instagram @noorkartini.

Kenyataan tersebut pantas mendapat reaksi warganet yang berpendapat bahawa Noor Kartini tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Malahan, tangkap layar daripada hantaran tersebut telah dikongsikan oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar yang mempersoalkan sama ada kesemua ahli keluarga Noor Kartini gemar menimbulkan kontroversi sebegini.

Tangkap layar Instagram @tunku_idris.

Selepas teguran tersebut, hantaran asal di Instagram Story itu dipadamkan dan disusuli dengan permohonan maaf serta penjelasan oleh Noor Kartini.

“Berhubung tangkap layar daripada media sosial (Instagram Story) saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan, perkara tersebut berlaku di atas kecuian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada sosial media (Instagram) saya.

“Beliau yang merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuat naik instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini).

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Kepada Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi,” katanya.

Tangkap layar Instagram @noorkartini.
Published by
FZ