Geram akibat dituduh, pelakon dan bintang terkenal Diana Danielle nafi dakwaan dari pihak suaminya yang ditemu bual oleh program Melodi pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedekad Bersama, Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil

Ditengking Sepuas Hati, Diana Danielle Dedah Sifat Baran Farid KamilFarid Kamil ketika ditemubual oleh pihak Melodi Ahad lalu. 

Menerusi temu bual tersebut, Farid Kamil (41) memberi kenyataan bahawa punca sebenar pelakon Imaginur itu memfailkan penceraian adalah kerana insiden ‘petik cili’ di mana beliau menegur kesalahan anaknya, Aurora yang masuk ke rumah jiran tanpa kebenaran untuk memetik cili.

Tambah pelakon Lagenda Budak Setan itu lagi, tidak perlu untuk isu remeh itu untuk diperbesarkan sehingga ke mahkamah kerana ianya hanya akan membazirkan masa dan kos yang sangat banyak.

Ditengking Sepuas Hati, Diana Danielle Dedah Sifat Baran Farid KamilPerkahwinan dua pelakon ini akhirnya retak setelah sedekad bersama.

Namun kenyataan itu cepat dinafikan oleh pihak isterinya menerusi perkongsiannya di laman Instagram. Menurut Diana, insiden ‘petik cili’ bukanlah punca sebenar penceraian itu difailkan kerana dirinya sudah pun membuat permohonan itu dua hari sebelum insiden itu terjadi.

Ads

Ditengking Sepuas Hati, Diana Danielle Dedah Sifat Baran Farid KamilTangkap layar penjelasan dari pihak Diana Danielle menerusi laman Instagram.

“Dia tahu, bukan tak tahu. Saya dah maklumkan padanya bahawa saya sedang failkan penceraian. Dia sendiri yang kata pergilah malah suruh saya percepatkan lagi proses itu, Tapi sekarang? Dia buat-buat keliru,” katanya lagi.

Tambah pelakon itu lagi, sepanjang hari mereka ditengking oleh pelakon itu atas sebab yang remeh.

Ditengking Sepuas Hati, Diana Danielle Dedah Sifat Baran Farid KamilPelakon itu turut mengakui bahawa hukuman yang diberikan oleh Farid Kamil adalah melampau.

Ads

“Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut. Bila saya nak ambil Aurora masuk bilik kerana tak tahan melihat anak saya diperlakukan sebegitu rupa, dia tolak saya berkali-kali halang saya ambil anak saya,” ujarnya menerusi laman Instagram.

Mengaku dirinya takut dengan suaminya yang kelihatan seperti tidak dapat mengawal emosi, pelakon terkenal itu mengambil keputusan untuk menghubungi pihak polis untuk keluar dari rumah tersebut.

Dirinya turut berkata bahawa dari awal, dia tidak ingin membuka sebarang cerita mahupun aib. Namun disebabkan dakwaan yang dilemparkan oleh suaminya itu, meninggalkan dia tanpa sebarang pilihan lain.

Ads

BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Melodi, KopiPlanet

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI