Siapa yang tak nak bahagia, setiap bakal pengantin pasti mengimpikan majlis yang sempurna dengan kehadiran orang tersayang bagi meraikan terciptanya sebuah ikatan. Namun tak semua mampu mengecap nikmat itu.
Inilah yang terjadi kepada gadis berusia 27 tahun, Kayley Stead yang berasal dari Swansea, United Kingdom. Dia yang sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, telah ditinggalkan pada hari mereka sepatutnya disatukan.
Menurut perkongsiannya dalam sebuah video, “Bridesmaid dan maid of honour mula-mula mengetahui perkara tersebut pada 7 pagi hari kami sepatutnya disatukan. Apabila saya tahu, saya tidak panik. Saya merasakan yang dia akan datang. Kemudian saya menelefon bakal bapa mentua untuk memastikan yang tunang saya selamat.
“Kemudian bakal ayah mentua menelefon saya semula setelah bercakap dengan anaknya. Dia memberitahu yang tunang saya selamat tetapi tidak akan datang ke majlis perkahwinan kami.”
Dalam video tersebut juga, dapat dilihat dua orang bridesmaid cuba menenangkan keadaan dan tampil ke hadapan altar untuk memberitahu tentang perkara yang terjadi. Mereka juga meminta agar tetamu terus ke dewan makan untuk menikmati jamuan yang telah disediakan dan juga bergembira pada majlis tersebut.
Kayley ternyata patah hati dan tidak percaya perkara sebegitu boleh terjadi kepada dirinya. Namun diam mahu kekal positif dan meneruskan majlis. Gadis hebat ini menguatkan diri dan dengan berani dia tampil ke majlisnya sendirian dan meneruskan agenda kerana semuanya sudah tersedia.
Ads
Ujar Kayley lagi, “Bila melihat kembali pada foto dan video yang dirakam, banyak momen manis yang hadir dari kesedihan yang melanda. Pada mulanya saya sangat sedih kerana perkahwinan itu bukan sekadar perkahwinan tetapi masa depan yang kami telah rancang bersama-sama.
“Saya perlu memahami dan menerima situasi itu dalam masa beberapa minit. Keadaan itu sangat-sangat menekan emosi saya. Saya berfikir adakah saya akan bersedih dan pulang ke rumah, atau meneruskan majis dan bersama dengan orang-orang yang saya sayang dan menikmati hari sebaik mungkin.”
Ads
Dalam video yang dipaparkan di laman instagramnya, Kayley dilihat meraikan hari tersebut bersama dengan keluarga dan teman baiknya. Tetamu yang hadir juga benar-benar menikmati makanan yang disediakan dan turut menari bersama.
Keyley berkongsi yang kejadian yang terjadi kepada dirinya ini, tidak akan merubah pandangannya tentang perkahwinan. Dia tetap akan berkahwin suatu hari nanti dan tidak mahu kejadian malang ini menjadi penghalang kepada masa hadapannya. Dia bersyukur kisahnya ini sampai kepada ramai orang dan ada yang terinspirasi dengan kekuatannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Model, Hailey Bieber membuktikan dirinya akan kekal setia di sisi Justin Bieber setelah suaminya membuat pendedahan hujung minggu lalu bahawa dirinya sedang berdepan sejenis sindrom yang dikenali sebagai Ramsay Hunt.
Sindrom yang mengakibatkan sebahagian wajah Justin untuk lumpuh itu telah mengejutkan ramai peminat kerana ia berlaku secara tiba-tiba di saat Justin sedang sibuk dengan jelajah konsert di seluruh dunia.
Hailey, 25 tidak teragak-agak mengumumkan sokongannya kepada Justin menerusi hantaran Instagram Story berbunyi, “I love u baby.”
Hakikatnya, pasangan muda ini tidak asing dengan ujian kehidupan melibatkan kesihatan. Mac lalu, Hailey terlebih dahulu terpaksa berdepan episod hitam apabila mengalami gejala strok kecil hingga menyebabkannya perlu dimasukkan ke hospital.
Dengan keadaan kesihatan Justin sekarang, sumber memberitahu PEOPLE bahawa pasangan itu sedang berdepan tekanan akibat kesemua ujian yang dihadapi secara berturut-turut pada tahun ini.
Begitupun, ia secara tidak langsung membuktikan mereka setia memberikan sokongan kepada pasangan setiap kali salah seorang berdepan kesihatan yang merosot. Sebagaimana Justin cuba lakukan segala yang terdaya semasa menjaga Hailey, kini giliran Hailey pula melakukan yang sama untuk suaminya.
Tambah sumber tersebut lagi, “Mereka adalah pasukan yang mantap dan akan melaluinya bersama-sama. Justin tidak sabar untuk kembali pulih dan terus bekerja.”
Akibat diagnosis sindrom Ramsay Hunt ini, Justin sekali lagi terpaksa membatalkan jelajah konsertnya sehingga dia benar-benar pulih walaupun doktor masih belum boleh menetapkan berapa lama tempoh yang akan diperlukannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan suaminya, Aliff Aziz pernah meluahkan hasrat untuk bercerai dengannya, sekitar Februari lalu.
Berkata kepada Remaja, dia amat terkejut dengan kenyataan Aliff yang mengakui sudah tidak mempunyai perasaan lagi terhadapnya meskipun ketika itu rumah tangga mereka sedang harmoni.
“Sebenarnya sebelum ini pada 14 Februari, Aliff minta cerai dan dia kata sudah tiada perasaan, sudah tak rasa apa-apa.
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu menjelaskan bahawa dia meminta petunjuk daripada yang maha Esa untuk melindungi rumah tangganya.
Namun, tidak menyangka menerima berita mengenai khalwat suaminya bersama pelakon, Ruhainies.
“Sepanjang saya menunggu dia nak ceraikan saya itu, saya melalui hari-hari itu macam tiada semangat. Saya terfikir, kenapa saya nak kena cerai dengan tiba-tiba?
“Sebab itu saya solat istiqarah dan sebelum dia nak ceraikan saya Allah tunjukkan dengan kes khalwat. Jadi, inilah jawapannya,” tuturnya lagi.
Terdahulu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua serba tahu mengenai latar belakang keluarga penyanyi, Zayn Malik dan teman wanita, Gigi Hadid yang berhubung kait dengan susur galur keluarga Muslim.
Keluarga Zayn berasal dari Pakistan. Dan dia juga amat berbangga apabila media Evening Standard dari Britain menamakannya sebagai ‘Penghibur British-Muslim paling berprofil tinggi’.
Walaupun mengakui dia tidak mengamalkan suruhan agama buat masa ini, Zayn bagaimanapun memandang tinggi Islam kerana, “Saya dibesarkan dengan ajaran sebuah keluarga Muslim. Itu akan sentiasa saya bawa ke mana-mana.”
Gigi Hadid pula merupakan anak perempuan kepada Mohamed Hadid. Dilahirkan di Israel, dibesarkan di Syria dan Lubnan sebelum dibawa ke US pada usia 14 tahun.
Walaupun lahir di Israel, dia dan adiknya Bella pernah menegaskan mereka “half Palestian bloof and proud of it.”
Jadi, sudah pasti Zayn dan Gigi tak kekok dengan sambutan Aidiladha sepanjang hidup mereka.
Well, well. Pasangan yang dilaporkan baru saja kembali bersama ini dilihat cukup mesra mengambut Aidiladha bersama keluarga Zayn. Mereka sertai ibu Zayn, abang dan adik perempuannya, Waliyha. Melalui Instagram Waliyha-lah, mereka dapat dilihat gembira bersama!
Menariknya, ibu Gigi iaitu Yolanda Hadid juga sempat memuat naik foto pasangan itu ke Instagram story. Mungkin dia juga ada di lokasi itu menyambut Aidiladha?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...