Terpesona…
Sungguh anggun penampilan Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim usai disolek oleh jurusolek terkenal Thailand, Babara Beer. Tambahan pula, baginda sendiri memiliki kulit wajah cantik berseri menjadi kanvas yang sempurna buat jurusolek.
Dalam rangkaian video solekan yang dimuat naik jurusolek tersebut ke akaun media sosialnya iaitu Instagram dan TikTok, dapat dilihat baginda disolek dalam dua gaya solekan yang berbeza.
View this post on Instagram
Solekan pertama kelihatan sangat natural dan segar dipadankan dengan gaya rambut sanggul di bahagian belakang manakala untuk solekan kedua pula, ia lebih dramatik dan glamor dengan rambut diikat ponytail tinggi dan diberi kemasan beralun.
Memetik kata-kata Babara Beer dalam salah satu hantarannya di Instagram, “Ia merupakan satu penghargaan sepanjang karier saya sebagai jurusolek untuk dapat memberi khidmat kepada Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah dari Malaysia.
“Saya pernah percaya yang peluang seperti ini adalah mustahil kerana saya bukanlah rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun baginda percaya pada saya dan menawarkan satu momen paling berharga untuk hidup saya.”
View this post on Instagram
Sehingga kini setakat artikel ini ditulis, kesemua video solekan yang dimuat naik itu secara kolektif telah menerima lebih 2 juta tontonan dengan puluhan ribu tanda suka. Rata-rata meninggalkan komen kagum terhadap solekan yang dikenakan oleh Tunku Tun Aminah.
Kredit foto & sumber: Instagram & TikTok Babara Beer
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.