Kredit: Glam

Terbaru, pelakon Datin Intan Najuwa mengambil tindakan undang-undang selepas seorang individu mendakwa dirinya tidak membayar gaji pekerja.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid (27) sebelum ini berkata, sekiranya individu tersebut gagal berbuat demikian dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Pelakon berkenaan turut mendedahkan wajah lelaki yang membuat tuduhan tersebut melalui Instagram miliknya.

“Siapa pula pekerja yang saya tak bayar gaji ini melainkan kalau dia tak buat kerja, memang saya buang terus. Pekerja songlap duit saya ada lah, curi duit dari ATM pun ada. Cuma kita ni malas nak berdendam tak buat laporan polis pun”

Dituduh Tidak Bayar Gaji Pekerja Oleh Seorang Individu Tidak Dikenali, Intan Najuwa Ambil Tindakan Undang-undang
Kredit: Instagram Intan Najuwa

“Yang makan gaji buta pun ada. Pekerja yang buat kerja macam budak tadika selepas itu tiba-tiba minta macam-macam pun ada,” katanya.

Menurut Intan, dia mendedahkan bahawa  sebelum ini pernah berdepan dengan beberapa pekerjanya yang bermasalah termasuk mencuri namun tidak tergamak membuat laporan polis.

Jelasnya lagi, tidak timbul isu berkaitan dia tidak membayar gaji pekerja melainkan mereka tidak melakukan tugas dengan amanah.

“Inilah lelaki yang cari fasal dengan saya. Mari, saya nak berjumpa dengan awak sebab saya pun tak kenal awak. Saya beri awak masa 24 jam untuk berdepan dengan saya, kalau tidak saya akan ambil tindakan undang-undang”

Tambahnya lagi, “Saya tak takut sebab kebanyakan pekerja sahaja yang buat fasal dengan saya.”

Menerusi perkongsian tersebut, Intan turut memuat naik tangkap layar komen ditinggalkan seorang lelaki yang mengingatkan pelakon berkenaan agar tidak lupa membayar gaji pekerja pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Intan turut menafikan dakwaan tersebut dan berkata dia tidak mempunyai sebarang hutang terhadap mana-mana individu sebaliknya orang lain yang berhutang dengannya.

Kata Intan, dia tidak pernah gagal membayar gaji pekerja malah sentiasa menjaga kebajikan mereka termasuk memberi bonus.

Dituduh Tidak Bayar Gaji Pekerja Oleh Seorang Individu Tidak Dikenali, Intan Najuwa Ambil Tindakan Undang-undang
Kredit: Instagram Intan Najuwa

Susulan hal itu, Intan juga telah mengambil tindakan undang-undang selepas individu tersebut ‘lambat’ untuk tampil bersemuka dengannya.

“Dah proceed. Nak suruh dia confront slow sangat. See you when I see you,” kata Intan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI