Susulan dicederakan oleh seorang jurugambar, Muhammad Imran Khairil atau lebih dikenali sebagai Aqo Imran di sebuah acara anugerah baru-baru ini, pereka fesyen duo tempatan Razman Razmi menolak sebarang cadangan untuk menarik laporan polis yang dibuat mereka.

Menerusi hantaran di Instagram Story; Razman Din, 53 dan Razmi Abdul Rahman, 46 tanpa menyebut nama mana-mana pihak juga menolak cadangan menyelesaikan kes di luar mahkamah dan menyifatkan perbuatan itu sebagai mencemarkan reputasi yang telah mereka bina selama lebih dua dekad dalam industri fesyen tanah air.

Dituntut Bayar RM500,000 Kepada Pereka Fesyen Duo, Harris Annuar & Alif Muhaimin ‘Back Up’ Aqo Imran

“Kalau nak sangat, bayar kami berdua RM500,000 untuk semua yang kami lalui dan buat PC (sidang media) minta maaf satu Malaysia. Itu pun kalau kau ada duit.

“Ingat senang kami nak hadap? Pandai pula nak selesai luar mahkamah dan minta maaf macam itu sahaja. Kau rasa apa kami rasa. Kau tak fikir pun sebelum buat.

“Tak semudah itu. Tunggu saman balas kami. Kami tak mahu cakap lebih dekat sini, pihak kami tidak akan berdiam diri,” ulas mereka.

Ads

Rakan Seindustri Geleng Kepala

Sebagai info, nama Aqo Imran bukanlah nama asing dalam industri hiburan negara sementelah jurugambar itu mempunyai pengalaman yang luas dalam menjalin kerjasama dengan pemain industri.

Seringkali dilantik sebagai jurugambar selebriti dan usahawan terkenal tempatan di acara-acara berprestij, keperibadian Aqo, 30 menurut rakan-rakan seindustri lain tidaklah seperti yang digambarkan ketika acara berkenaan. Bagi mereka, hal sebegini seharusnya diselesaikan secara baik dan tidak dipanjang-panjangkan.

Dituntut Bayar RM500,000 Kepada Pereka Fesyen Duo, Harris Annuar & Alif Muhaimin ‘Back Up’ Aqo Imran
Alif Muhaimin

Menurut pelakon, Alif Muhaimin yang mengenali kedua-dua pihak, dirinya terkilan dengan tindakan pereka fesyen berkenaan yang meneruskan niat menuntut bayaran pampasan tersebut.

“Dari korang hutang Aqo Imran tak bayar, sekarang nak ‘pau’ pula settle luar RM500,000? Setengah juta, kenapa Abang (Razman Razmi) macam ni? Abang sendiri cakap tak menganiaya orang kan?” catat pelakon itu di hantaran Instagram Story.

Ads

Dituntut Bayar RM500,000 Kepada Pereka Fesyen Duo, Harris Annuar & Alif Muhaimin ‘Back Up’ Aqo Imran

Dalam pada itu, seorang lagi rakan baik Aqo iaitu pelakon dan pempengaruh, Harris Annuar yang hadir di Mahkamah Majistreet Petaling Jaya, Jumaat lalu sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh juga mendoakan agar isu ini diselesaikan secara baik.

Dituntut Bayar RM500,000 Kepada Pereka Fesyen Duo, Harris Annuar & Alif Muhaimin ‘Back Up’ Aqo Imran
Harris Annuar di samping sahabatnya, Aqo Imran.

“Semoga dipermudahkan segala urusanmu wahai sahabat sebantalku. Semoga Allah memberi hikmah kebaikan seluas-luasnya,” coret Harris yang penah bergelar rakan serumah jurugambar tersebut sebelum masing-masing mendirikan rumah tangga.

Sewaktu ditemui di perkarangan mahkamah tempoh hari, Harris turut menyifatkan rakannya itu sebagai seseorang yang tenang dan tidak mudah baran.

Ads

Dituntut Bayar RM500,000 Kepada Pereka Fesyen Duo, Harris Annuar & Alif Muhaimin ‘Back Up’ Aqo Imran

Aqo mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dua orang pereka fesyen di hadapan Majistreet Farah Azura Mohd Saad. Farah Azura membenarkan tertuduh dijamin dengan RM3500 oleh seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Februari kelak.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI