Berat ujian bagi seorang gadis ini yang juga penuntut di salah sebuah universiti terkenal Malaysia, tatkala diuji dengan kedua orang tua yang sakit disaat-saat akhir pengajiannya. Tidak dapat melawan takdir, wanita ini yang lebih dikenali sebagai Diana, berkongsi terpaksa ‘extend’ projek akhir apabila keadaan kesihatan bapa tercintanya semakin merosot.

Menurut graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, dugaan hidupnya bermula apabila bapanya terpaksa menjalani pembedahan memotong tiga jari kaki dan dimasukkan ke Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) selama tiga bulan.

Diuji Ibu Bapa Sakit Disaat Akhir Pengajian, Gadis Ini Akhirnya Berjaya Peroleh Segulung Ijazah

“Mulanya dengan abah perlu membuat pembedahan memotong tiga jari. Masa ini masih kuat semangat nak habiskan degree (sarjana muda) yang hanya berbaki tesis, latihan industri dan selepas itu sudah boleh konvokesyen.

“Selepas itu, abah ditukarkan ke CVSKL. Abah kuat semangat. Tidak pernah tunjuk yang abah sedih. Tetapi keadaan abah makin kritikal, ia semakin merebak sehingga perlu pembedahan potong kaki sampai ke paras bawah lutut. Malah, oksigen abah pun semakin menurun.

“Masa ini ‘down’ sangat. Tida dapat fokus menulis. Rasa semangat itu separuh dibawa pergi. Saya hubungi penyelia tesis meminta kata-kata semangat. Masa hubungi doktor (pensyarah) pun tidak mampu menahan air mata,” coretnya pada satu hantaran di aplikasi TikTok miliknya.

Ads

Sehubungan itu, dia mula menghubungi penyelia yang juga pensyarahnya bagi mendapatkan nasihat berhubungi dengan Penulisan Ilmiah Tahun Akhir (tesis).

“Akhirnya saya membuat keputusan untuk extend juga kerana niat mahu fokus menjaga abah memandangkan semasa itu mak pun tidak berapa sihat kerana sudah ada simptom buah pinggang.

“Alhamdulillah, dapat penyelia yang sangat memahami  dan sentiasa beri  kata-kata semangat. Selama lapan bulan abah di hospoital. Dari bulan lima hingga bulan enam. Alhamdulillah, abah boleh pulang ke rumah,” katanya lagi.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Genggam Skrol Walaupun Hidap Tiga Kanser, Belajar Sambil Kerja cari Duit Rawatan

Diuji Ibu Bapa Sakit Disaat Akhir Pengajian, Gadis Ini Akhirnya Berjaya Peroleh Segulung Ijazah

Ujiannya bukan terhenti di situ, gadis ini terus diduga apabila tahap kesihatan ibunya merosot ekoran penyakit buah pinggang. Malah, tahap kesihatan bapanya juga semakin menurun sehingga dia terpaksa bergegas pulang ke Ipoh, Perak, sejurus sahaja menamatkan latihan industri.

Ads

Hasil berkat dan doa kedua-dua ibu bapanya, kini Diana berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi dan mengenggam segulung ijazah pada konvokesyen UKM, baru-baru ini.

Menerusi hantaran video tersebut, kelihatan gadis ini serba cantik dan ayu mengenakan jubah konvokesyen berwarna hijau, selepas diduga pelbagai bentuk ujian sepanjang dia bergelar mahasiswa.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Sharifah Nur Diana


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI