Kehilangan orang yang tersayang dalam kehidupan pastinya perit untuk ditelan, terutama belum sempat untuk membuktikan kejayaan kepadanya…
Begitulah yang harus ditempuh seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 ini yang terpaksa menerima takdir Ilahi apabila kehilangan bapa tercinta sebulan sebelum peperiksaan besar itu bermula.
Namun, ia bukan alasan sebagai mematahkan semangatnya untuk tampil cemerlang dalam SPM. Berjaya memberikan senyuman manis buat keluarga, gadis ini meraih keputusan keseluruhan A menerusi peperiksaan itu, semalam.
Menerusi ciapan di Twitter, abang kepada salah seorang pelajar SPM 2022 mengucapkan tahniah kepada adiknya yang berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan.
Ads
Lebih membanggakan apabila adiknya yang digelar sebagai Achik itu juga dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang di sekolahnya.
“Alhamdulillah, Achik berjaya meraih keseluruhan A dalam keputusan SPM 2022 dan mendapat anugerah pelajar terbaik Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH).
“Abah meninggal sebulan sebelum Achik jawab SPM. Dia terpaksa menempuh ujian besar ini dalam kedukaan,” ciapnya.
Ads
Bagaimanapun, pada hari ini Achik membuktikan bahawa dia mampu meraih kejayaan walau terpaksa menanggung kerinduan terhadap bapanya.
“Dan dia menang. Abah pasti akan bangga dengannya,” tambahnya lagi.
Ads
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut menumpang bangga dengan pencapaian adik itu selain melayangkan ucapan setinggi tahniah buatnya.
Sekadar informasi, seramai 10,109 daripada 373,974 orang calon memperoleh keputusan semua A dalam SPM 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kehadiran Ng Tze Yong ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 menjadi pengganti Lee Zii Jia dianggap bukanlah pencabar emas kerana dia hanya berada di kedudukan ranking ke-48 dunia ketika dipilih sebagai pengganti.
Namun hari ini pemain badminton berusia 22 tahun ini mencipta kejutan apabila berjaya mengalahkan bekas pemain No.1 dunia, Kidambi Srikanth 21-19, 6-21, 21-16 dalam acara perseorangan lelaki badminton berpasukan campuran.
Menerusi kememangannya, jejaka ini menjadikan kedudukan Malaysia lebih kuat untuk menuai emas.
Terlebih dahulu pasangan beregu lelaki negara yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik membantu Malaysia dengan langkah kanan apabila mengutip mata pertama selepas menumpaskan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dengan kutipan mata 21-18, 21-15 dalam beregu lelaki.
Namun begitu, perjalanan Malaysia untuk mencapai emas acara itu sedikit goyah apabila pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei tumpas 20 – 22 dan 17-21 kepada bekas pemain nombor satu dunia, Pursala Sindhu.
Akhirnya, pingat emas Malaysia disahkan apabila pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah menewaskan Treesa Jolly dan Pullela Gayatri dengan kutipan mata 21-18, 21-17.
Acara ini bukanlah menjadi sasaran emas negara sebelum ini apabila harapan diletakkan kepada saingan beregu lelaki atau campuran untuk pulang bersama emas.
Dengan kemenangan yang tidak dijangka dalam acara badminton berpasukan campuran, setakat ini Malaysia memperoleh tiga emas selepas pasukan angkat berat telah terdahulu menyumbang dua emas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bencana banjir yang melanda negeri Selangor setelah hujan lebat berterusan pada hari Jumaat hingga Sabtu lalu mendapat perhatian Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengenangkan nasib rakyat jelata.
Menerusi paparan di akaun Facebook rasmi Selangor Royal Office sejak 19 Disember (Ahad) lalu hingga semalam (21 Disember), baginda dilihat telah berkenan untuk sama-sama turun padang bagi melawat mangsa banjir di Selangor dengan meredah kawasan kejiranan yang dinaiki air.
Di sana, baginda bertanyakan keadaan rakyat di samping menyerahkan bantuan kepada mangsa seperti sumbangan keperluan asas serta makanan.
Menariknya, Baginda turut dilihat membeli sendiri barangan keperluan di Pasaraya Checkers, Seksyen 15 Shah Alam dan kemudian mengedarkannya di kawasan bencana termasuklah di Taman Meru Jaya Klang (19 Disember), Padang Jawa (20 Disember) dan di Kampung Baru Hicom (21 Disember).
Umum mengetahui keadaan banjir yang lambat surut di sana. Lantas, Baginda telah diiringi pasukan 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia yang disertai ahli sukarelawan semasa misi tinjauan dan menghantar bantuan sewaktu berada di lokasi yang dinaiki air banjir tinggi.
Rata-rata rakyat di ruangan komen Facebook berkenaan menyambut baik kehadiran Tengku Amir Shah yang mencemar duli ke lokasi bencana dan terhadap respon pantas Baginda untuk bersama-sama rakyat negeri Selangor.
“Semoga Allah sentiasa membantu Tuanku dalam membantu rakyat jelata dan negeri. Daulat Tuanku.”
“Raja Muda naik motosikal relax je. Ampun Tuanku, rakyat selangor menjunjung kasih.”
“Moga Allah Taala bantu negeri bawah jajahan takluk Tuanku. Kita redha ujian daripada Allah.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam era teknologi ini, muncul pelbagai jenis tanda atau simbol yang dapat membantu dalam penulisan. Antara tanda yang menjadi kelaziman dari segi penggunaan ialah huruf tebal yang dikenali sebagai bold dalam bahasa Inggeris. Penggunaan komputer membolehkan penulis menggunakan huruf tebal dalam penulisan, sama ada dalam penulisan surat, tesis ataupun dokumen rasmi yang lain.
Huruf tebal ialah huruf, perkataan, frasa, bahagian ayat ataupun ayat yang ditebalkan dengan tujuan atau maksud tertentu. Dalam konteks penggunaan huruf tebal, tiada format atau tatacara yang khusus dalam penulisan. Pada kebiasaannya, penulisan huruf tebal dipengaruhi oleh faktor gaya khas atau gaya organisasi (house sytle). Hal ini bermaksud bahawa penggunaan huruf tebal boleh menggunakan format atau tatacara yang ditetapkan oleh sesebuah institusi atau organisasi. Sungguhpun demikian, perkara penting yang perlu diberikan perhatian dalam penggunaan huruf tebal ialah tujuan menebalkan huruf, iaitu memberikan penekanan pada sesuatu huruf, perkataan, frasa, ayat atau maklumat.
Sehubungan dengan itu, huruf tebal boleh digunakan jika penulis ingin memberikan penekanan atau penegasan kepada sesuatu perkara atau maklumat. Dalam penulisan, apabila huruf tebal digunakan, penulis sebenarnya ingin menarik perhatian pembaca kepada bahagian yang ditebalkan huruf tersebut.
Contoh penggunaan huruf tebal boleh dilihat dalam pelbagai dokumen rasmi yang disediakan. Bahagian yang penting dan ingin diberikan penekanan oleh penulis boleh ditebalkan huruf. Misalnya, bahagian atau perkara yang perlu ditebalkan huruf dalam surat rasmi, kertas cadangan atau laporan dan minit mesyuarat adalah seperti yang berikut:
Surat rasmi
Nama penerima
Tajuk
Butiran program
Orang yang boleh dihubungi
Slogan
Nama pengirim selepas tandatangan
Kertas Cadangan/Laporan
Tajuk dan subtajuk
Minit Mesyuarat
Butiran awal mesyuarat – maklumat awal dan tajuk kehadiran
Struktur minit mesyuarat – tajuk perkara
Tindakan/makluman
Kesimpulannya, huruf tebal merupakan antara tanda baca moden yang boleh membantu penulis menyampaikan maklumat secara berkesan di samping memudahkan pembaca.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh PROF. MADYA DR. RAMALINGGAM
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Aedy Ashraf baru-baru ini rasmi dilantik sebagai duta Warrior Carbonated PLUS, iaitu salah satu jenama minuman bertenaga bersempena musim Ramadan dan Raya...