Sempena ujibakat Hero Remaja 2020 yang bakal berlangsung bulan Disember ini, REMAJA mencuri sedikit masa daripada finalis Hero Remaja terdahulu untuk sesi #throwback pengalaman masing-masing.

Kali ini, kami bercakap dengan pelakon berbakat, Hafreez Adam.

Diumumkan Finalis Hero Remaja Pertama Tersingkir, Mata Hafreez Adam Sempat Berair Sebelum..
Foto: NANA@AZMAN

Jika sekarang peminat Hafreez melihatnya sebagai seorang pelakon serta selebriti yang penuh berkeyakinan, dahulunya dia seorang yang sangat pemalu di awal kemunculannya!

Di awal pencarian Hero Remaja 2011/2012, Hafreez seboleh mungkin cuba untuk ‘control’ dirinya dan takut untuk keluarkan perangai sebenarnya. Dek kerana itu, dia sendiri mengakui dia tak menjadi diri sendiri. “Sometimes, saya ‘berpura-pura yakin’ tapi akhirnya menjadi awkward. (ketawa) Susah betul apabila korang pemalu seperti saya.

“Namun saya akan memberikan 150% untuk setiap cabaran agar orang sedar kewujudan saya dalam Hero Remaja. Yang saya masih ingat adalah memenangi cabaran product presentation bersama Ben Amir.”

*

Kami bertanyakan mengenai momen yang tak dapat pelakon Gantung The Series ini lupakan.

Ads

“Paling tak dapat lupa apabila saya kena prank oleh team Hero Remaja.

“Saya diumumkan sebagai finalis pertama yang tersingkir. Pada waktu itu, semua mata dah berair dah ni. Kemudian mereka berikan sampul yang kononnya mempunyai gambar-gambar saya di dalamnya.

“Apabila saya buka, tertulis ‘Tiada Penyingkiran’ di situ. Memang nak kena team REMAJA ni! (ketawa). Namun dari situlah, mereka lihat keikhlasan di antara kami yang care mengenai kawan finalis lain.”

Ads
Diumumkan Finalis Hero Remaja Pertama Tersingkir, Mata Hafreez Adam Sempat Berair Sebelum..
Hafreez turut dijemput menjadi salah seorang juri semasa ujibakat Dewi Remaja 2018/2019, tahun lalu.

RASA TAK LAYAK

Hafreez Adam merupakan salah seorang yang tersenarai dalam kedudukan Top 12. Namun dia sendiri pada awalnya tidak merasakan dirinya layak untuk berdiri bersama 11 orang finalis lain.

“Iyalah, saya seorang yang pendiam. Namun selepas bercakap dengan team REMAJA, mereka sedarkan saya yang ini adalah peluang yang tak datang pada semua orang. Dari situ saya mendapat semangat baru untuk membuat yang terbaik.

“Bagi korang yang ingin menyertai Hero Remaja 2020, penting untuk mempunyai keyakinan diri terutamanya semasa ujibakat. Jangan jadi seperti saya, nanti kamu tak dapat buktikan kemampuan sebenar nanti.

Ads
Diumumkan Finalis Hero Remaja Pertama Tersingkir, Mata Hafreez Adam Sempat Berair Sebelum..
Foto: NANA@AZMAN

“Kedua, jadilah diri sendiri saja dan jangan terlalu terikutkan orang lain. Akhir sekali, jujurlah dalam apa jua bidang yang korang nak ceburi selepas ini. Jangan sertai Hero Remaja hanya untuk nampak hebat di mata orang.

“Search for your best quality dan asahnya sepanjang pencarian Hero Remaja kelak,” kata hero berketinggian 177sm ini.

Thank you Hafreez!

Bagi korang yang bercita-cita ingin menjadi seorang pelakon yang versatil sepertinya, jangan lupa untuk hadir ke ujibakat Hero Remaja 2020 bermula Sabtu (21 Disember) dan Ahad (22 Disember) ini.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI