Dividen ASN Imbang 1 Terendah Dalam Sejarah, Mungkinkah Ini Petunjuk ASB Juga Sama?

Share

Setiap tahun pasti ramai yang menunggu pengumuman dividen dari Permodalan Nasional Berhad.

Ini kerana ramai yang melabur dalam ASB termasuk dalam kalangan orang muda untuk mereka memperoleh dividen yang agak tinggi.

Namun pada tahun lalu, ASB memberikan pulangan dividen terendah sehingga mendatangkan cakap-cakap di kalangan rakyat yang ramai tidak berpuas hati dengan kadar pulangan mereka peroleh. Jika tahun lalu jumlahnya sedikit, tahun ini dengan permasalahan akibat COVID-19 menimbulkan cakap-cakap berapakah dividen bagi ASB.

Sebentar tadi di fb mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada berkongsi tentang dividen dan bertanya adakah ini petunjuk bahawa dividen ASB juga rendah.

Purata dividen ASN Imbang 1 (nama lama ASN3) sepanjang tempoh 2009 hingga 2017 ialah 5.96 sen.

Selepas kerajaan tukar pada PRU14, PH telah tukar pengerusi PNB dan, banyak menjual aset negara. Ekonomi juga semakin merosot.

Akibatnya dividen 2018 jatuh ke 4.75 sen – iaitu paling rendah dalam sejarah.

Dan jatuh lagi ke 4.25 sen pada tahun 2019 – sekali lagi paling rendah dalam sejarah.


Pagi ini, PNB umum dividen tahun 2020 jatuh lagi ke 3.32 sen – iaitu paling rendah dalam sejarah untuk kali ketiga.

Ringkasan Dividen ASN Imbang 1 (nama lama ASN3):
– 2009 hingga 2017 (purata): 5.96 sen
– 2018: 4.75 sen (paling rendah dlm sejarah kali pertama)
– 2019: 4.25 sen (paling rendah dlm sejarah kali kedua)
– 2020: 3.32 sen (paling rendah dlm sejarah kali ketiga)

Dividen ASB untuk tahun 2018 dan 2019 di bawah PH juga paling rendah dalam sejarah untuk dua tahun berturut-turut.

Adakah trend penurunan dividen ASN Imbang 1 merupakan satu petunjuk bahawa dividen ASB tahun 2020 juga akan mencatat dividen paling rendah dalam sejarah bagi 3 tahun berturut-turut?

Kita tunggu sekitar 2 minggu lagi.

So korang, dah sedia ke nak dengar berita kalau benar dividen ASB juga rendah?

Published by
Almaswa Haji Che Ros