Dalam waktu-waktu ‘sesak’ hari ni, kalau dapat jimat 10 sen pun dah kira besar rahmat. Ini kan pula bila berjaya jimat RM26, lagilah berbaloi-baloi.
Ceritanya mudah je tentang nak dapatkan gambar pasport. Ya, kalau nak mudah memang terus pergi buat dekat kedai, tapi bersedialah tabur duit lebih daripada RM10.
Sekarang ni korang boleh simpan duit tu buat belanja makan sebab ada seorang brother ni dah kasi tip macam mana nak dapatkan gambar pasport dengan hanya bermodalkan RM2 je dan boleh dapat 16 keping gambar.
Lagi best bila dia ambil gambar pasport tu hanya guna handphone saja. Style kan?
Nak tau macam mana bro ni buat, jom kita tengok step ringkas yang dikongsi oleh Harith Faisal ini.
Bahan-bahan:
1. Smartphone
2. Pendrive
3. Otak yang bijak
4. Sedikit kerajinan
Cara-cara membuat:
1. Masuk Play Store dan cari apps Photo Grid. Percuma
2. Ambil gambar handsome-handsome macam ni. Kalau untuk hakak-hakak, haruslah yang paling cantik. Pakai smartphone je, tak perlu DSLR.
Ads
Di bahagian bawah tu tak kisah sangat asalkan pada bahagian atas nampak kemas. Background guna kain biru kalau nak senang. Kalau tak nanti kena photoshop pula.
Oh lagi satu, jangan selfie pula ya!
3. Pilih portrait dan crop gambar ikut nisbah 3:4. Pastikan subjek, iaitu muka dan badan kite penuh ¾ daripada gambar yang nak di crop tu.
4. Rotate 90 darjah, klik sekali je okay?
5. Kemudian, save gambar yang terhasil tadi.
Ads
6. Pilih 8 gambar yang di save tadi sebab nak buat 8 gambar pasport kan?
7. Pilih susunan seperti ini. Kalau pilih yang lain, gerenti tak akan jadi.
8. Paling penting, pilih nisbah 2:3 kerana ini adalah ukuran nisbah untuk gambar saiz 4R. Klik pada border dan adjust mana-mana yang patut supaya ada ruang untuk kesemua 8 gambar tersebut.
Ads
9. Save gambar tersebut guna kualiti yang terbaik, 2048P.
10. Bila dah save, rotate kembali gambar tadi dan siap! Save dalam pendrive dan pergi ke kedai foto yang berhampiran.
Print size 4R dan kalau tauke kedai kata sekeping RM5 memang penipu. Tapi, kalau dia cakap RM1, terus buat je dekat situ. Minta di print dua keping gambar pada saiz 4R.
So, dah dapat 16 keping gambar pasport dengan harga RM2 je. Memang jimat habis. Kalau pergi kedai harga biasa dalam lebih kurang;
4 keping RM10
8 keping RM16
12 keping RM22
16 keping RM28
Macam ni je pun dah dapat jimat RM26 tau.
Lepas tu, balik rumah potong la kemas-kemas dengan gunting. Itu saja caranya, mudah kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, kami telah pun berkongsi tentang kebolehan seorang pelajar Matrikulasi yang berjaya menghasilkan satu alat khas membuka pintu tanpa menggunakan kunci.
Kini, seorang lagi pelajar sekolah yang baru saja berumur 14 tahun berjaya menghasilkan powerbank sendiri.
Pergh, power-power remaja Malaysia ni..
Menurut perkongsian Aaoisora di laman twitternya, adiknya telah menghadiahkannya sebuah powerbank buatan sendiri gara-gara lelaki itu mengadu belum dapat gaji untuk beli powerbank.
Sweetnyaa adik dia!
To those yang tertanya boleh charge ke. Inilah hasilnya adik saya cipta semalam 😁❤ Adik saya kata dia akan improve lagi powerbank ni 😬 Thankyou guys sebab support adik saya 😊❤ Semoga adik kalian akan membantu kalian juga 😊 pic.twitter.com/kEL7aXZy1m
Walaupun ciptaannya masih tidak sempurna, namun usaha dan kebolehan yang dimiliki oleh adiknya itu harus dipuji. Baru belajar di Tingkatan 2 dah mampu untuk cipta powerbank sendiri. Kita dulu masa form 2 masih samar-samar lagi nak tengok masa depan. Hiks!
Apa-apa pun kami ucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat adik kepada Aaoisora. Belajar rajin-rajin, potensi tu ada. Kutip lagi ilmu-ilmu daripada para guru. InsyaAllah adik boleh lebih berjaya.
All the best!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasanya baru saja Apple melancarkan koleksi terbaru smartphone mereka, iPhone XS dan iPhone XR September lalu. Kini, khabar angin mengatakan bahawa iPhone 11 bakal dilancarkan pada tahun hadapan.
Menurut Forbes, salah satu ciri terbaik yang akan diperkenalkan adalah penggunaan kamera 3D yang dikatakan mampu menangkap gambar pada jarak yang jauh dan mendapat kerjasama bersama jenama terkenal, Sony.
iPhone 11 ini dijangka keluar pada penghujung September 2019 dan agak-agak berapa pula harganya ya? Hiks!
Apa yang lebih menarik perhatian kami, respon dari netizen terhadap khabar angin ini boleh buat korang tergelak bila baca komen mereka.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah satu pembaziran.
Apa-apa pun, semuanya terpulang kepada pilihan dan kemampuan masing-masing. Jika korang memang mampu untuk membeli iPhone 11 nanti, alhamdulillah dah rezeki kan?
Jika tidak, ukurlah baju di badan sendiri.
Tapi ada lebih kurang beberapa bulan sebulan smartphone ini dilancarkan. Mungkin korang masih sempat kumpul duit kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Samsung Malaysia telah melancarkan siri Galaxy S22 yang didatangkan dengan tiga variasi berbeza iaitu Galaxy S22, S22+ dan S22 Ultra. Paling menarik peranti itu didatangkan dengan S Pen malah penggunaan pen pintar berkenaan sudah dinaik taraf dengan kadar kelengahan paling minimum.
Foto: Samsung MalaysiaFoto: Samsung Malaysia
Di pelancaran rasmi semalam, Samsung juga telah mengumumkan Born of the Galaxy Stars yang merupakan sebuah pertandingan filem pendek dengan kerjasama Malaysia International Film Festival (MIFFest).
Untuk menyertai pertandingan ini, korang perlu menghantar skrip filem pendek berdasarkan tema Borderless with Nightographhy dan memilih salah satu konsep dari video pendek Samsung iaitu muzik, percintaan, kecergasan atau fesyen.
Foto: Samsung Malaysia
22 peserta terbaik akan dipilih dan diberikan Samsung Galaxy S22 Ultra untuk merakamkan filem pendek itu menggunakan peranti terbaharu ini. Pemenang hadiah utama akan dipilih daripada senarai tiga terbaik yang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM8,000.
Lebih menarik lagi, tiga filem pendek terbaik itu juga akan ditayangkan pada Malaysia International Film Festival 2022. Sekiranya korang berminat, boleh layari laman web samsung.com
Ini merupakan peluang terbaik khususnya bagi anak muda yang mempunyai bakat besar dalam bidang videografi. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengasahkan lagi bakat terpendam yang korang ada. Good luck!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minggu kelima program realiti nyanyian Raise The Star Malaysia (RTSMY) kali ini menyaksikan satu kejutan manis buat para peminat setia apabila tiada sebarang penyingkiran...