Dalam waktu-waktu ‘sesak’ hari ni, kalau dapat jimat 10 sen pun dah kira besar rahmat. Ini kan pula bila berjaya jimat RM26, lagilah berbaloi-baloi.
Ceritanya mudah je tentang nak dapatkan gambar pasport. Ya, kalau nak mudah memang terus pergi buat dekat kedai, tapi bersedialah tabur duit lebih daripada RM10.
Sekarang ni korang boleh simpan duit tu buat belanja makan sebab ada seorang brother ni dah kasi tip macam mana nak dapatkan gambar pasport dengan hanya bermodalkan RM2 je dan boleh dapat 16 keping gambar.
Lagi best bila dia ambil gambar pasport tu hanya guna handphone saja. Style kan?
Nak tau macam mana bro ni buat, jom kita tengok step ringkas yang dikongsi oleh Harith Faisal ini.
1. Smartphone
2. Pendrive
3. Otak yang bijak
4. Sedikit kerajinan
1. Masuk Play Store dan cari apps Photo Grid. Percuma
2. Ambil gambar handsome-handsome macam ni. Kalau untuk hakak-hakak, haruslah yang paling cantik. Pakai smartphone je, tak perlu DSLR.
Di bahagian bawah tu tak kisah sangat asalkan pada bahagian atas nampak kemas. Background guna kain biru kalau nak senang. Kalau tak nanti kena photoshop pula.
Oh lagi satu, jangan selfie pula ya!
3. Pilih portrait dan crop gambar ikut nisbah 3:4. Pastikan subjek, iaitu muka dan badan kite penuh ¾ daripada gambar yang nak di crop
tu.4. Rotate 90 darjah, klik sekali je okay?
5. Kemudian, save gambar yang terhasil tadi.
6. Pilih 8 gambar yang di save tadi sebab nak buat 8 gambar pasport kan?
7. Pilih susunan seperti ini. Kalau pilih yang lain, gerenti tak akan jadi.
8. Paling penting, pilih nisbah 2:3 kerana ini adalah ukuran nisbah untuk gambar saiz 4R. Klik pada border dan adjust mana-mana yang patut supaya ada ruang untuk kesemua 8 gambar tersebut.
9. Save gambar tersebut guna kualiti yang terbaik, 2048P.
10. Bila dah save, rotate kembali gambar tadi dan siap! Save dalam pendrive dan pergi ke kedai foto yang berhampiran.
Print size 4R dan kalau tauke kedai kata sekeping RM5 memang penipu. Tapi, kalau dia cakap RM1, terus buat je dekat situ. Minta di print
dua keping gambar pada saiz 4R.So, dah dapat 16 keping gambar pasport dengan harga RM2 je. Memang jimat habis. Kalau pergi kedai harga biasa dalam lebih kurang;
4 keping RM10
8 keping RM16
12 keping RM22
16 keping RM28
Macam ni je pun dah dapat jimat RM26 tau.
Lepas tu, balik rumah potong la kemas-kemas dengan gunting. Itu saja caranya, mudah kan?