Pengacara dan usahawan popular, Noor Neelofa berkongsi bahawa dirinya mempunyai impian untuk menjadi seorang pengajar yang boleh mengajar mengaji.
Kata bekas pengacara MeleTop itu, menjadi seorang guru adalah salah satu impian yang masih tidak tercapai, dan kini menanam impian untuk mengejar cita-cita itu jika diberikan keiizinan oleh Ilahi buat dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tanda Suka & Tontonan Hanya Beri Kepuasan Sementara Sahaja” Neelofa Titip Pesan Buat Yang bakal Melancong
“Alhamdulillah okay, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi, impian-impian itu tapi yang tidak tercapai lagi (kalau) pekerjaan yang saya nak buatlah.
“Sebab kan ada hadis cakap, ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar dan mengajar (ilmu al-Quran).
“Dan saya nak lah reti (pandai) belajar mengaji dan ajar mengaji pula, hah macam itu. Itu impian saya lah kan,” katanya.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia tidak kisah sekiranya hanya berpeluang untuk mengajar beberapa orang sahaja asalkan impiannya itu tercapai.
“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar beberapa orang pun cukuplah sekadar memenuhi impian itu.
“Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji jadi, doa-doakanlah,” tuturnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyambut baik impian yang diidamkan Neelofa itu dan menitipkan doa yang baik-baik agar impiannya itu tercapai.
“Terbaiklah cita-cita yang murni dapat mengajar anak-anak pun Alhamdulillah,” komen seorang warganet.
“Insya-Allah… semoga Allah permudahkan cita-cita mu… boleh cuba ajar anak-anak nanti… puas apabila mereka membesar, pandai atas hasil didikan ibu bapanya sendiri,” komen juga pengguna lain.
“Alhamdulillah, mudah-mudahan termakbul,” tulis seorang warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Tiktok Nunha.co