Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi semalam (15 Julai 2021), iaitu sebanyak 13,215 kes. Hal ini amat membimbangkan masyarakat selepas melihat situasi ‘kronik’ yang berlaku di kebanyakan hospital, ekoran ribuan pesakit yang terpaksa menerima rawatan.
BACA: Kes Positif COVID-19 Terus Meningkat, HKL Cari Sukarelawan Untuk Tugasan Bukan Perubatan
Sebagai umat Islam, selain daripada patuh kepada arahan kerajaan untuk mengurangkan pergerakan di luar rumah, kita juga boleh ikhtiar dengan cara berdoa.
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan
pernah berkongsi zikir dan doa keselamatan dan kesentosaan daripada segala wabak penyakit. Zikir dan doa ini boleh dibacakan selepas solat sunat fardhu dan solat sunat.Sempena hari Jumaat ini, eloklah sekiranya kita mengambil barakah untuk memanjatkan doa bagi kesejahteraan diri, keluarga dan rakyat Malaysia.
Teruskan berdoa dan jaga pergerakan korang, jangan keluar rumah jika tidak ada urusan penting. Amalkan kerap mencuci tangan, gunakan hand sanitizer dan pakai topeng muka sekiranya berada di luar.
Semoga Allah menghentikan wabak COVID-19 ini daripada terus menular. Aamiin!