Penyanyi terkenal antarabangsa, Doja Cat yang terkenal dengan penampilannya yang tidak dapat diramal. Terbaharu Penampilannya di Met Gala 2024 curi tumpuan ramai.
Menerusi acara tersebut, penyanyi rap dari Amerika Syarikat (AS) itu berjalan di karpet merah di Muzium Seni Metropolitan, New York sambil basah kuyup. Doja Cat hanya memakai gaun labuh putih polos yang ringkas.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sejuk Ke? Camila Cabello Bawa Beg Ais Sebagai Aksesori Di Met Gala 2024
Bagaimanapun, baju labuh yang direka oleh rumah fesyen Vetements itu dilihat basah kuyup.
Lebih menarik perhatian, Doja Cat menggabungkan rupa basahnya dengan solekan glamor pada wajahnya.
Penampilan ‘smoky eye’ menjadikan matanya terlihat lebih tajam. Dilihat lebih dramatik apabila jurusolek Pete McGrath menambah solekan dalam bentuk titisan air mata.
Selain itu juga, penyanyi terkenal itu turut hanya menggunakan tuala putih yang hanya menutupi badan dan kepala. Dia menggabungkan tuala dengan sandal dan rantai berlian.
Menerusi temu bual bersama Harper’s Bazaar, dia mengakui sering bereksperimen dengan fesyen. Ini dilakukan untuk menampilkan dirinya sebagai seorang artis.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kulit Lembut, Glowing & Bebas Daki. Jom Cuba Skrub Hampas Kelapa Ini
Bercakap soal kecantikan ni rasanya tak akan habis. Semua orang nak cantik. Tak kira perempuan atau lelaki, masing-masing nak dilihat sempurna, menawan dan menarik. Betul tak?
Bercakap mengenai cantik, apa kata kita manfaatkan penggunaan hampas kelapa. Kita memang selalu beli kelapa parut untuk dapatkan santan segar. Selalunya lepas perah kita buang saja hampasnya.
Rupanya hampas kelapa ini pun masih berguna. Ia masih boleh dimanfaatkan untuk kecantikan kulit. Hampas ini boleh kita gunakan untuk buat skrub berkesan untuk membersihkan dan menghaluskan kulit.
Jadi tak perlulah kita beli produk skrub lain, lebih jimat dan yang penting ianya semula jadi tidak menggunakan bahan kimia. Cara mengolah hampas kelapa menjadi skrub ini dikongsi oleh Sarifa Redzuan.
Buat skrub dari hampas kelapa
Petua gunakan hampas kelapa ini memang diakui keberkesanannya. Di atas keberkesanan itulah, kebanyakan kosmetik sekarang menggunakan kelapa dalam produk mereka.
Salah satu yang boleh dihasilkan menggunakan hampas kelapa adalah skrub. Ia boleh digunakan sebagai skrub untuk muka dan seluruh badan.
1. Sediakan 7 besar hampas kelapa bersama bahan berikut;
-Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
-2 sudu besar gula biasa atau gula perang
-1 sudu besar garam halus
-2 sudu tepung beras
2. Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering. Skrub dah siap!
3. Cara penggunaan;
- Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan.
- Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi @ atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
- Amalkan seminggu 2-3 kali.
- Lebihan skrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak di campur air. In Sha Allah. Akan kulit akan nampak perubahan ketara.
Banyak manfaat kelapa ini , antaranya;
-Haluskan kulit
-Lembap kan kulit
-Tanggalkan kulit mati
-Redakan masalah ke gatalan kulit
Jadi, selepas ini tak perlu nak berhabisan untuk cantik. Guna je hampas kelapa je!
Sumber: Sarifa Redzuan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Asyik Sakit Kepala? Ini Mungkin 5 Penyebab Sakit Kepala Yang Perlu Anda Tahu
Isi Kandungan
ToggleSakit kepala yang berdenyut-denyut dan membuatkan kita pening merupakan satu keadaan yang cukup annoying sekali. Ia cukup menggangu apatah lagi jika ia berlaku secara tiba-tiba tatkala kita sedang sibuk menyiapkan sesuatu kerja. Pastinya ia membuatkan kita berasa sangat tidak selesa berdepan dengan rasa sakit begitu.
Ingat, jika kamu sering sakit kepala jangan biarkan ia berterusan dalam tempoh yang lama. Kalau ia berlaku dengan kerap dalam jangka waktu yag singkat segerelah ke hospital atau klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lebih teliti.
Ada beberapa penyebab mengapa kamu boleh sakit kepala. Ini 5 penyebab utama sakit kepala yang boleh Remaja kongsi bersama kamu.
Stres yang berlebihan
Perasan tak bila kamu stres atau berasa tertekan sakit kepala itu akan muncul dengan pantas sekali. Walaupun tanpa sebarang kad undangan, tapi ‘dia’ laju saja muncul di kepala. Stres disebabkan tekanan kerja atau masalah peribadi boleh menyebabkan kamu sakit kepala kerana tekanan darah akan meningkat. Selain itu, jika tubu tidak cukup rehat juga boleh menyebabkan stres lalu membuatkan kamu tidak lalu makan dan kurang minum air. Awas, itu merupakan kombinasi yang cukup merbahaya buat kesihatan.
Bila terlalu banyak kandungan kafein
Minuman berkafein seperti kopi atau cola memang sedap untuk diminum. Apatah lagi ia dijadikan sebagai sumber untuk kita berjaga sehingga lewat malam dan melawan rasa mengantuk ketika mengulangkaji pelajaran. Bila tiba musim final exam, kopi pastinya jadi minuman paling popular di kampus. Tapi tahukah kamu bahawa kandungan kafein yang dianggap normal di dalam tubuh ialah hanya 50 hingga 100 mg? Jika kafein diambil secara berlebihan maka ia boleh membuatkan kamu sakit kepada dan mula rasai simptoms pandangan berpusing serta kabur.
Artikel Berkaitan: Diet Istimewa 4 Aktres Ini Rahsia Mereka Kekalkan Bentuk Badan Cantik
Badan mengalami kekurangan air
Air merupakan sumber yang sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Dan jika badan mengalami dehidrasi ia boleh menyebabkan sakit kepala. Disebabkan itulah kita perlu minum air dengan mencukupi kerana selain memberikan kesihatan yang baik ia juga membolehkan badan kita lebih cergas. Jika berlaku dehidrasi, darah akan menjadi pekat dan ia boleh mempengaruhi aliran darah ke otak. Dan gangguan inilah yang boleh menyebabkan sakit kepala.
Menggunakan kaca mata yang tidak sesuai
Kepada kamu yang menggunakan kaca mata, perkara ini harus diambil serius. Jika kamu sering mengalami sakit kepala dan pening tetapi tidak tahu apa puncanya, periksalah semula kaca mata yang dipakai. Besar kemungkinan kaca mata yang tidak sesuai dengan kadar kerabunan kamu menjadi puncanya. Malah, jika tidak diambil tindakan lebih awal kerabunan kamu mungkin akan jadi lebih parah.
Mengalami jangkitan sinus
Jangkitan sinus bukanlah menjadi penyebab utama sakit kepala yang mungkin sedang kamu alami. Akan tetapi ia tidak menolak kemungkinan berpunca daripada jangkitan ini. Jika kamu sakitm kepada dan jangkitan sinus mengeluarkan cairan pekat berwarna hijau keluar daripada hidung, kamu harus segera mendapatkan rawatan lanjut di hospital. Mungkin ia berpunca daripada jangkitan bakteria atau virus dan kedua-duanya perlu dirawati dengan cara berbeza.
Hael Husaini Terus Disayangi Jenama Fesyen Dunia, Jadi ‘Fashion Darling’ Di Minggu Fesyen Milan
Keberadaan penyanyi, Hael Husaini di Milan Itali bagi menghadiri beberapa pertunjukan fesyen antarabangsa bersempena Minggu Fesyen Milan telahpun mencuri tumpuan lensa peminat dan pemerhati fesyen.
ARTIKEL BERKAITAN: Selebriti Malaysia ‘Berkampung’ Di Milan Demi Onitsuka Tiger, Lihat Gaya Mereka! – REMAJA
Berbeza dengan kemunculan Hael pada bulan September 2022 semasa menghadiri pertunjukan fesyen jenama Onitsuka Tiger bersama segerombolan fesyenista tempatan lain seperti Scha Alyahya, Daiyan Trisha dan Awal Ashaari, kali ini Hael keseorangan diri di Milan.
Bagaimanapaun, Hael berjaya mengekalkan imej dan karakter berstailnya di sana.
Untuk pengetahuan, Minggu Fesyen Milan musim luruh/musim sejuk 2023 lelaki kini hangat dilangsungkan di kota Itali itu.
Di antara jenama yang menjemput Hael sebagai tetamu barisan hadapan mereka termasuklah jenama Fendi, MSGM dan Zegna.
Tambah menarik apabila Hael juga berkesempatan dibawa bertemu dengan pengarah kreatif dan ‘orang besar’ kepada jenama-jenama terkenal ini. Antara individu yang sempat ditemuinya ialah Silvia Venturini di acara Fendi, Massimo Giorgetti di MSGM dan Alessandro Sartori di Zegna.
Tidak cukup dengan itu, Hael juga membuatkan peminat di Malaysia cemburu apabila membidik foto kenangan bersama pelakon Thailand, Tawan Vihokratana di acara Zegna.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti di ruang komen Instagram menunjukkan sokongan buat Hael yang mewakili Malaysia di pentas fesyen dunia. Antaranya komen-komen warganet yang mencuit hati termasuklah:
“Hael lagi ensem dari Korean.”
“No syatuuuuu lah awak ni.”
“Haelookkkk macam shelalu.”
“Aduhh, pening la. Pantang tengok Hael in white.”
“Aset Malaysia untuk dunia!”
“Please give him as brand ambassador. Tak kisah la apa pun sebab I love style Hael sekarang.”
Keberadaan Hael di sana secara tidak langsung telah membuktikan bahawa selebriti dari Malaysia juga mampu memukau pemerhati antarabangsa menerusi gaya fesyen dan stail menarik. Have fun Hael in Milan!
BACA LAGI: Anak Raja Thailand Berjiwa Fesyen, Gaya Puteri Sirivannavari Di Minggu Fesyen Paris – REMAJA
SUMBER FOTO: Instagram @haelhusaini
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.