Gambar hiasan

Wabak pandemik COVID-19 masih lagi menular dan apa yang lebih membimbangkan vaksin untuk virus tersebut masih lagi belum ditemui hingga sekarang.

Terbaru, seorang sukarelawan ujian klinikal COVID-19 yang dibangunkan Universiti Oxford disahkan meninggal dunia di Brazil, sama ada lelaki itu menerima vaksin berkenaan atau placebo tidak dapat dipastikan.

Ini merupakan kematian pertama yang dilaporkan dalam ujian vaksin COVID-19 yang dijalankan di seluruh dunia.

Menurut Harian Metro, penganjur kajian itu memaklumkan penilaian bebas mengambil kesimpulan bahawa tidak timbul masalah membabitkan keselamatan dan pengujian vaksin terbabit yang dibangunkan bersama firma farmaseutikal, AstraZeneca malah ujian itu akan diteruskan.

Ads
Doktor Dari Brazil Jadi Sukarelawan Uji Vaksin COVID-19 Meninggal Dunia
Gambar hiasan

Difahamkan, sukarelawan terbabit adalah seorang doktor berusia 28 tahun yang bertugas sebagai barisan hadapan dan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Pada September lalu, Oxford dan AstraZeneca terpaksa menggantung ujian vaksin berkenaan apabila seorang sukarelawan di Britain mengalami penyakit tidak dapat dijelaskan. Ujian disambung semula selepas pihak berkuasa Britain dan satu penilaian bebas dilapor merumuskan bahawa penyakit itu bukan kesan sampingan vaksin berkenaan.

Ads

Menurut Institut Pengajaran dan Penyelidikan D’Or (IDOR) yang membantu penganjuran ujian berkenaan di Brazil, separuh daripada sukarelawan pada ujian klinikal peringkat terakhir itu menerima plasebo.

Setakat ini dilaporkan kira-kira 8,000 sukarelawan menerima vaksin di Brazil dan lebih 20,000 di seluruh dunia.

Ads

Betapa besarnya pengorbanan seorang frontliner, bukan hanya untuk merawat pesakit malah dia juga telah menjadi sukarelawan untuk mencari vaksin yang sesuai bagi menangani virus pandemik ini.

Buat masyarakat Malaysia yang lain, elakkan keluar dari rumah jika tidak mempunyai urusan penting. Sama-sama kita bantu petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian virus ini.

Sumber: Harian Metro

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI