Kisah seram di hospital sememangnya antara cerita benar yang kerap terjadi. Sebahagian jururawat pasti ada melalui pengalaman seram ini terutama yang bertugas di wad bersalin.
Seorang sahabat penulis yang pernah bekerja di sebuah hospital di utara tanahair berkongsi kisah seramnya. Kisah itu bermula bila mana memujuk seorang ibu mengandung yang menangis di sudut jendela hospital pada jam 3 pagi selepas mendengar esak tangis mendayu-dayu dari wanita terbabit.
“Nurse janji ya, bagi saya dan anak saya balik esok…itu antara ayat komunikasi berlaku antara mereka pada dini hari itu. Esok harinya semasa mahu serah report, sahabat saya ini memaklumkan rakan setugasnya untuk melihat pesakit tersebut dan andai sudah sihat, boleh dibenarkan pulang ke rumah.
Namun semuanya kehairanan kerana di katil itu tiada penghuni. Tapi pagi sebelumnya memang ada kes seorang ibu hamil yang maut sebelum sempat bersalin. Sehingga kini kisah itu tetap segar dalam ingatannya.
Namun perkongsian dari doktor ini semasa bertugas di unit ICU seakan memberikan gambaran, bahawa memang benar kisah seram antara yang sering terjadi di hospital.
Baca tweetnya:
Pengalaman doktor ini turut mendapat respon dari pengguna twitter yang lain termasuklah Mrs Honey yang berkata, kawannya yang bertugas memandikan jenayah di hospital turut pernah ternampak pocong yang duduk di sisi rakannya itu.