Doktor Dipenjara 6 Bulan Kerana ‘Pancut’ Air Mani Atas Makanan Teman Serumah

Share

Pelik betul perangai manusia zaman sekarang ni, yang bukan-bukan perbuatannya.

Kejadian yang berlaku di Semarang, Jawa ini mengejutkan ramai orang. Seorang doktor yang dikenali dengan nama Doddy Prasetyo telah didapati bersalah melanggar perkara 281 kanun Jjnayah (KUHP) mengenai perbuatan tidak bermoral.

Pada tahun 2020, Doddy telah menyewa sebuah rumah bersama sepasang suami isteri yang mana si suami merupakan seorang doktor dan merupakan rakan sekerjanya. Pada bulan Oktober 2020, si isteri berasa curiga terhadap makanan mereka kerana penutupnya telah dialihkan apabila mereka tidak berada di rumah.

Tidak senang dengan kecurigaan itu, pasangan suami isteri tersebut mula memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mencari bukti yang Doddy telah berniat tidak baik kepada mereka.

Setelah mendapatkan rakaman, mereka sangat terkejut apabila mendapati Doddy telah mengintai isteri kepada rakan sekerjanya itu mandi dan kemudian melancap sebelum ‘memancutkan’ air maninya ke atas makanan pasangan tersebut.

Ekoran perbuatannya yang tidak bermoral dan menjijikkan itu, doktor tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan. Namun begitu hukuman tersebut dianggap ringan bagi pihak yang mewakili pasangan suami isteri tersebut.

Pusat Sumber Undang-undang untuk Kesaksamaan Gender dan Hak Asasi Manusia Jawa Tengah (LRC-KJHAM), yang telah mewakili mangsa sepanjang perbicaraan Doddy, sedang merancang rayuan terhadap hukuman itu.

Ujar Nia Lishayati dari pertubuhan tersebut yang mewakili mangsa, ““Kami hormat keputusan hakim, tetapi kami tidak berpuas hati kerana hukuman maksimum bagi pelanggaran Perkara 281 KUHP yang sepatutnya ialah selama dua tahun lapan bulan penjara.”

Selain itu, Nia turut mempersoalkan sikap Persatuan Doktor Indonesia (IDI) yang tidak mengesahkan semula ujian psikiatri Doddy sebagai seorang doktor.

“Kalau sihat maknanya sengaja, kalau ‘sakit’ bermakna gelaran doktor diragui malah harus ditarik balik. Kami berharap agar panel hakim lebih peka dan prihatin dalam menentukan keputusan mereka. Perhatikan trauma yang dirasai mangsa selama ini,” kata Nia.

Sumber: (1)

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Fiezreen