
Isi Kandungan
ToggleBila sebut botox, mulalah ramai yang berfikir macam-macam tentang suntikan untuk kecantikan kulit wajah ini. Dah jadi perkara biasa dalam masyarakat kita, bila orang suntik botox tu semua nak cantik je.
Tapi tahu tak korang sebenarnya ada beberapa kebaikan botox yang mungkin masyarakat tak tahu?
Menurut Dr Kamarul Ariffin, Botox (botulinum toxin) sebenarnya adalah sejenis toksin yang dihasilkan oleh bakteria- Clostridium Botulinium. Toksin ini boleh menyebabkan kelemahan dan kelumpuhan otot-otot pada manusia dan haiwan jika dijangkiti Clostridium Botulinum. Toksin ini diasingkan dan dibuat menjadi suntikan.
Berikut merupakan 8 kebaikan Botox selain daripada untuk kecantikan wajah.
1. Rawat kedutan muka
2. Rawat migrain kronik
3. Rawat Hiperhidrosis
4. Rawat Blepharospasm
5. Rawat leher teleng
6. Rawat Spasticity
7. Rawat pundi kencing overaktif
8. Rawat Vaginismus
Lucu pula doktor ni, katanya yang last tu tak payah gambarlah. Hehe! Apa-apa pun, mesti ramai yang baru tahu rupa-rupanya botox tu bukan sekadar suntikan untuk bagi kulit jadi cantik. Pendek kata, bukan hanya bertujuan untuk kecantikan sahaja.
Itulah orang kata, kalau tak ada ilmu, tak salah kita belajar kan?
Tampak Langsing Dengan Pilihan Baju Yang Betul, Ini Trik Buat ‘Si Gempal’

Selalunya, masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pemakai bersaiz sedikit gempal atau comel ini adalah berkenaan potongan pakaian yang kurang menarik untuk saiz badan mereka.
Malah, golongan ini sering kali rasa kurang yakin dengan penampilan diri mereka. Siapa kata wanita yang memiliki tubuh gempal tidak boleh bergaya?
ARTIKEL BERKAITAN : Perubahan Drastik Anak Gadis Saif Ali Khan, Ini Rahsia Dari Saiz XXL Ke S
TIP BERPAKAIAN UNTUK WANITA GEMPAL
Jangan bimbang. Terdapat cara yang mudah untuk anda bertubuh gempal kelihatan langsing. Berikut dikongsikan tip memilih pakaian yang sesuai untuk korang, yang berbadan gempal check it out okay!
PAKAIAN DENGAN MOTIF KECIL
Untuk kelihatan langsing, pilihlah pakaian dengan motif yang lebih kecil. Motif kecil pada pakaian dapat mempengaruhi mata sekali gus mencipta siluet tubuh yang lebih kecil. Pakaian dengan motif besar membuatkan anda tubuh kelihatan lebih lebar. Anda juga boleh memilih pakaian bermotif dengan rona yang lebih gelap.
TONJOLKAN BAHAGIAN PINGGANG
Anda digalakkan untuk memilih pakaian yang menonjolkan bentuk pinggang seperti pakaian ala 50-an yang agak ketat di bahagian pinggang dan dada. Selain itu, elakkan daripada memakai skirt yang melebihi paras lutut agar kaki anda kelihatan lebih jinjang dan panjang.
PILIH PAKAIAN DENGAN SATU WARNA
Penggunaan pakaian dengan satu warna dapat membuatkan tubuh kelihatan lebih panjang dan langsing. Ia membuatkan pandangan tidak fokus pada salah satu bahagian tubuh. Anda dinasihatkan untuk memilih pakaian berona biru nila, hitam, ungu gelap dan merah gelap. Elakkan daripada memakai pakaian yang berkilat.
SARUNG PAKAIAN BERCORAK VERTIKAL
Pakaian yang mempunyai corak dengan garis vertikal memberikan ilusi tubuh yang lebih panjang dan langsing. Garis vertikal yang tipis merupakan pilihan yang baik untuk mendapatkan ilusi langsing. Elakkan daripada memakai pakaian dengan motif horizontal kerana ia akan memberi kesan lebar pada tubuh anda.
PENGGUNAAN TALI PINGGANG
Gunakan tali pinggang yang kecil dan agak tebal untuk anda tampak langsing. Pemilihan rona pada tali pinggang juga amat penting kerana ia mampu mempengaruhi biasan pada bentuk tubuh. Anda boleh memilih tali pinggang dengan rona pastel dan senada dengan pakaian yang telah anda pilih.
BACA LAGI : ‘Potong Gula’ Untuk Lebih Muda Remaja, Lelaki Ini Kongsi Tip Dari Saiz XXL Ke M!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
7 Tips Khas Untuk Pengidap Gastrik Kalau Tak Nak Sakit Perut Time Ramadan

Alhamdulillah, hari ini kita berada di hari ke 13 bulan Ramadan. Biar menghampiri pertengahan Ramadan namun bagi pengidap gastrik, ia sesuatu yang merisaukan hati jika terkena serangan ketika berpuasa.
Ada di antara alasan pengidap gastrik ialah mereka tidak mampu menahan lapar kerana dikhuatiri angin masuk sekaligus mengakibatkan perut menjadi sakit. Malah ramai juga menjadikan alasan gastrik sebagai sebab enggan menunaikan puasa.
Jika itulah tanggapan kita, ternyata kita dalam kerugian kerana Ramadan adalah bulan penuh keampunan dan keberkatan. Malah Allah menghadirkan Ramadan kerana inilah satu-satunya bulan ibadah yang perlu direbut oleh umat akhir zaman kerana umur manusia masa kini tidak lama, sekitar 65 tahun berbanding umat terdahulu yang usia mereka mencecah ratusan dan ribuan tahun di mana mereka boleh lebih lama beribadah.

Gastrik sering dikaitkan dengan gejala pedih atau sakit pada bahagian perut dan ulu hati. Hal ini biasanya terjadi akibat keradangan pada lapisan dalam perut. Ramai mengadu rasa tidak selesa pada perut, sakit di hulu hati, sendawa, perut rasa kembung, loya dan rasa ingin muntah selain masalah lain.
Malah kata mereka, tak boleh perut kosong atau berlapar dan perlu sentiasa makan bagi mengelak angin terjadi.
So korang, ini tujuh tips khas untuk pengidap gastrik.

Bagi pengidap gastrik, pastikan korang elak beberapa jenis makanan yang boleh membuatkan perut menjadi lebih sakit.
Sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan penyakit gastrik tapi lebih kepada tabiat pemakanan yang diamalkan dan tidak sesuai ketika berbuka puasa.
So korang kena elakkan 7 perkara ini:-
- Makanan bergoreng
- Makanan dalam tin (biasanya makanan begini asidnya lebih tinggi berbanding makanan segar).
- Minuman bergas a.k.a berkabonat (abaikan soda bandung ais, air soda herba. Sebaiknya minumlah air suam panas)
- Makanan yang asidnya tinggi seperti tomato, oren, limau dan sebagainya)
- Makanan pedas (bak kata orang Negeri Sembilan satu lori cili tumpah depan rumah, hikz)
- Makan dalam kuantiti yang agak banyak (penuh sepinggan seolah-olah untuk tampung perut setahun)
- Minuman yang berkafein tinggi seperti kopi dan teh.
So korang, insya Allah jika diamalkan ini, tak timbul istilah sakit perut keterlaluan dan menjadi alasan tak mahu berpuasa. Pastikan jangan melambat-lambatkan waktu berbuka selain elakkan merokok selepas waktu berbuka. Antara lain, korang boleh lewatkan waktu bersahur (tak perlu sahur terlalu awal) bagi mengelak sakit perut terjadi awal.
Boleh juga makan makanan sunnah seperti kurma dicampur susu (blend dulu kurma ya) bagi sememangnya sangat baik kesihatan tubuh.
Dari Bunga Telur Ke Samurai, Ini 5 Kostum Kebangsaan Mencuri Perhatian Di Miss Grand International 2023!

Baru-baru ini pertandingan Miss Grand International yang diadakan di Ho Chi Minh City, Vietnam akhirnya melabuhkan tirainya dengan mengumumkan Luciana Fuster dari Peru sebagai pemenang.
ARTIKEL BERKAITAN: Inspirasi Kreatif Kostum Nasional. Ratu Malaysia Jadi Bunga Telur
Antara penilaian yang mencuri perhatian adalah penilaian kostum kebangsaan bagi setiap peserta. Pelbagai rekaan baju yang cukup menawan dan mempunyai identiti tersendiri setiap negara berjaya ditampilkan melalui pertandingan ini.
Mari REMAJA kongsikan lima kostum kebangsaan yang berjaya menarik perhatian para penonton dan pihak juri!
MALAYSIA (KASH BHULLAR)
Si cantik manis dari Malaysia ini menggayakan rekaan yang diinspirasikan oleh bunga telur emas. Wow sangat lain dari yang lain!
Hasil rekaan Ain Mohamad ini digubah menerusi pemahamannya mengenai bunga telur emas yang kebiasaanya digunakan untuk menghiasi majlis perkahwinan orang Melayu.
JAPAN (YAYOI MACHIDA)
Awassss! Kostum kebangsaan yang diperagakan oleh Yayoi Machida ini jelas mempunyai aura tersendiri yang menarik perhatian setiap mata memandang.
Watch on TikTok
Lebih menarik lagi apabila adegan fake fighting yang dilakonkan berjaya menampilkan perubahan kostum tersebut dari seorang pahlawan Jepun kepada samurai. Kerlasss gitew!
PERU (LUCIANA FUSTER)
Juara Miss Grand International 2023 ini tampil membawa imej rama-rama. Btw, korang tahu tak Peru memegang rekod dunia terbanyak dari segi bilangan spesies rama-rama kerana terdapat kira-kira 4,000 di negara ini?
Memang padanlah kenapa wakil negara ini mengambil inspirasi dari serangga yang cukup indah ini. Cantik kan?
PUERTO RICO (CRISTINA RAMOS)
Berinspirasikan lagenda “El Chupacabras”, wakil Puerto Rico ini ingin menyampaikan kisah lagenda makhluk asing reptilia yang dikatakan akan memakan dirinya sendiri pada waktu malam menerusi rekaan baju kebangsaan itu. Scarynya…..
Selama bertahun-tahun asal usul makhluk ini masih tidak diketahui dan walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk melihat atau menangkapnya, ia masih menjadi misteri.
THAILAND (THAWEEPON PHINGCHAMRAT)
Thailand kalau bab kostum jaranglah menghampakan!
Jelitawan dari Thailand ini kelihatan cukup bangga memperagakan pakaian “Karuda Subarn Suvarnakaya” (Golden Garuda) hasil rekaan Art Akratch Nermitsilin.
Kalau korang nak tahu, Golden Garuda adalah lambang kebangsaan Thailand sejak tahun 1911. Garuda ini turut digambarkan pada meterai, yang digunakan oleh Raja dan Kerajaan Thailand untuk mengesahkan dokumen rasmi dan sebagai lambang utamanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Miss Grand International 2023