Doktor Ini Jelas Bahaya Acid Etchant Yang Diguna Peniaga Online Untuk Produk Putihkan Gigi

Share

Satu lagi trend peniaga online yang menipu pelanggan dengan menggunakan acid etchant sebagai bahan memutihkan permukaan gigi, walhal ia sebenarnya digunakan oleh dentist untuk menampal gigi.

Apa yang lebih pelik bila ada juga individu yang percaya dan berminat untuk membeli. Nah, kalau korang pernah ternampak iklan pemutih gigi ini di laman sosial, abaikan saja kerana teknik ini sememangnya bahaya.

Kalau nak tahu kenapa, jom kita baca penjelasan yang telah dibuat oleh Dr Ib Shah

di laman twitternya.

Bahan tampalan sewarna gigi

Bila asid ini digunakan sekitar 20 saat, secara microskopiknya ada liang-liang kecil terhasil

Beza klinik gigi & penunggang kecantikan

Kesan salah guna

Boleh jadi lebih teruk..

Doktor ini juga menggesa agar masyarakat tidak mudah tertipu dengan si penunggang kecantikan ini. Semak dulu latarbelakang penjual sebelum percaya bulat-bulat dengan barangan yang dijual mereka.

 

Published by
Noor Ain Norman