Jika disebut tentang gigi palsu dan kaki palsu, mungkin tidak ada apa yang nak dihairankan kerana kita sudah tahu kewujudan anggota bantuan itu bagi individu yang memerlukan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu atau kurang diberi pendedahan tentang kewujudan mata palsu.
Menurut Dr. Lael Salim, mata palsu ialah sejenis prothesis juga, materialnya hampir sama dengan material untuk membuat gigi palsu.
Walau bagaimanapun, mata palsu ini tidak mempunyai fungsi untuk penglihatan. Namun, untuk individu yang sudah kehilangan mata, contohnya akibat kanser atau pun kemalangan teruk, mata palsu ini penting untuk memperbaiki rupa paras mereka.
Setidaknya, mereka masih kelihatan normal seperti orang lain.
Bagi kanak-kanak pula, penggunaan mata palsu ini lebih penting untuk anak-anak yang kehilangan mata kerana tulang mereka masih dalam proses tumbesaran. Prosthesis ini akan membantu untuk menyokong pembesaran yang simetri antara kiri dan kanan muka.
Lukisan pada mata palsu lengkap dengan saluran darah. Terdapat juga pelbagai warna iris. Kalau ada yang nak menyamar macam kucing, sebelah mata coklat dan sebelah mata biru pun boleh juga. Hiks! Bahagian putih mata (sklera) juga diwarnakan sedikit kekuningan supaya nampak lebih asli.
Tambahnya lagi, salah satu daripada mendiang raja Thailand juga sebenarnya adalah mata palsu kerana beliau pernah terlibat dalam satu kemalangan.
Dr. Lael Salim turut menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh orang awam mengenai mata palsu ini.
Hm, selama ni memang tak pernah terfikir pula tentang mata palsu. Semoga informasi yang dikongsi ini sedikit sebanyak memberikan manfaat dan ilmu buat semua.
Sumber: (1)