Sakit tekak sering berlaku dikalangan kita dan ia mempunyai pelbagai sebab yang boleh membuatkan seseorang itu mengalami kesakitan tekak.
Sakit tekak boleh merangkumi perasaan kesakitan, kekeringan atau kegatalan pada tekak. Terdapat beberapa sebab sakit tekak, termasuklah jangkitan virus, bakteria, alahan, refluks asid, kerengsaan daripada udara kering, bahan kimia atau asap rokok, akibat penggunaan suara yang berlebihan, post-intubation dan kanser.
Tambah pula sekarang ini kalau sakit tekak, lagilah mendatangkan kerisauan kerana takut ia adalah simptom COVID-19.
Oleh yang demikian, ada beberapa cara yang korang boleh lakukan untuk menghilangkan sakit tekak. Namun, sekiranya masih tidak baik lagi, segeralah berjumpa dengan doktor okay?
Cara-cara mengurangkan sakit tekak ini telah pun dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin dilaman twitternya. Jom kite semak!
1. Minum air secukupnya. Kekurangan air atau dehidrasi boleh menyebabkan tekak berasa kering, perit, dan menyebabkan kahak menjadi pekat. Itu boleh mengganggu keselesaan.
Ads
2. Ambil sesudu kecil garam dan bancuh dengan segelas air suam untuk hasilkan air garam. Berkumur dengan air garam di tekak (gargle). Tidak cukup hanya berkumur di mulut seperti selepas berus gigi.
3. Makan aiskrim khususnya yang berperisa vanilla. Aiskrim yang sejuk dapat memberi kelegaan pada tekak perit. Sebatian vanillin dalam vanilla juga boleh membantu mengurangkan keradangan pada tekak.
4. Kesip lozenges. Ada banyak pilihan lozenges yang dijual di pasaran. Ada pelbagai perisa. Ada yang mempunyai bahan untuk beri rasa kebas (analgesia), ada yang berangin (menthol), dan sebagainya.
Ads
5. Berkumur dengan cecair cucian mulut seperti listerine, thymol dan difflam untuk mengurangkan gejala sakit tekak. Kumuran juga perlu dibuat di tekak. Ia dibuat sebelum dan selepas makan.
6. Boleh makan ubat demam (paracetamol/panadol) atau ubat tahan sakit. Ia biasa digunakan jika sakit tekak amat teruk. Ubat ini mengurangkan keradangan pada tekak.
7. Jumpa doktor. Kebanyakan sakit tekak berpuncar dari jangkitan virus, tetapi boleh juga disebabkan oleh bakteria. Jika doktor mengesahkan ia disebabkan bakteria, korang akan diberi antibiotik.
Ads
Semoga tip dan petua ini dapat membantu korang menghilangkan sakit tekak dengan cara alami. Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setiap kesultanan memiliki keistimewaan dan juga sejarahnya yang tersendiri. Negeri Perak merupakan negeri berdaulat yang memiliki sejarah panjang. Ketika jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud Syah I telah mangkat di Kampar, Sumatra dan meninggalkan dua anak lelaki. Sultan Alauddin Riayat Syah II dan Juga Sultan Muzaffar Syah.
Sultan Alauddin Riayat Syah II telah menjadi Sultan Johor lama yang pertama manakala Sultan Muzaffar Syah pula telah dijemput untuk menjadi Sultan Perak yang pertama pada 1528. Sehingga kini telah 35 orang sultan ditabalkan bagi mengetuai negeri bertuah ini.
Suatu ketika dahulu banyak amalan istiadat bertentangan agama yang dilakukan di dalam Istana Perak. Antaranya adalah Istiadat Tabal Jin yang dilakukan pada sebelah malam yang mana ketika siang harinya berlangsung istiadat pertabalan Sultan Perak. Istiadat ini dipercayai sebagai untuk membuktikan kedaulatan seseorang Sultan apabila menaiki takhta.
Kini istiadat Tabal Jin telah digantikan dengan istiadat Tabal Pusaka. Sumber gambar: orangperak.com
Ketika mula-mula menjadi Mufti Perak pada tahun 1985, apabila mengetahui amalan sebegini dilakukan sebelum ini, Tan Sri Harussani menasihati sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Azlan Shah untuk menghentikan amalan yang bertentangan dengan agama ini di Istana. Biarpun begitu, beliau bukanlah memarahi atau menghina sebaliknya dengan baik cuba memahamkan perkara-perkara yang khurafat bertentangan dengan ajaran Islam.
Sultan Azlan Shah yang bersikap terbuka mendengar pendapat tersebut akhirnya memansuhkan Istiadat Tabal Jin dan ia digantikan dengan Istiada Tabal Pusaka yang tidak melibatkan sebarang anasir lain yang menyekutukan Allah SWT ataupun penggunaan sebarang mantera.
Selain istiadat Tabal Jin satu lagi amalan yang telah berjaya dimansuhkan dari Istana perak adalah amalan memasang ‘sangkar-sangkar’ disekeliling Istana.
Hasil daripada nasihat-nasihat yang diberikan, ketika majlis pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak ke-35, tiada unsur-unsur khurafat yang melanggar syarak berlaku, sebaliknya istiadat yang dilakukan lebih kepada memelihara adat dan adab Melayu yang diwarisi dari turun temurun.
*** P/S – Tan Sri Harussani mula menjawat jawatan sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 30 Mei 2021. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan juga Almarhum Sultan Azlan Shah yang sama-sama membawa perubahan dalam istiadat di Istana Perak.
Umum mengetahui bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim pernah bergelar suri Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada tahun 2005 sebelum bercerai pada tahun 2010.
Menerusi perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Pengiran Muda Abdul Wakeel yang lahir pada tahun 2006 dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang kemudiannya lahir pada tahun 2008.
Bersama adinda, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Sebagai waris kepada Sultan, Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dibesarkan di Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam.
Berbual bersama kekanda, Pengiran Muda Abdul Mateen (Baju Putih)
Baru-baru menerusi satu hantaran di laman Instagram Brunei Royal Family sempena acara Charity Polo 2021, gambar yang menampilkan Pengiran Muda Abdul Wakeel menjadi perhatian warganet apabila gambar tersebut jelas memancarkan sisi kedewasaan putera Brunei tersebut.
Perbezaan penampilan dan imej Pengiran Muda Abdul wakil dahulu dan sekarang.
Ramai yang memuji penampilannya yang semakin dewasa dan kacak sesuai dengan statusnya sebagai seorang putera. Tidak Kurang juga ada yang menyatakan baginda bakal menjadi the next Prince Mateen, iaitu kekanda baginda yang selama ini terkenal kerana kekacakannya.
Apa yang jelas sudah semestinya rupa paras yang dimiliki baginda datang dari ayahanda dan juga bonda.
Kini pada usia 15 tahun, Pengiran Muda Abdul Wakeel sedang melanjutkan pengajian peringkat menengah di Sekolah Antarabangsa Jerudong.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukit Bintang merupakan antara lokasi tumpuan di tengah kota Kuala Lumpur kepada masyarakat Malaysia dan pelancong asing. Kita sedia maklum betapa sibuknya kawasan tersebut kerana ia menghubungkan banyak pusat membeli-belah berdekatan.
Sehubungan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melaksanakan fasa pelintas pejalan kaki pelbagai arah di persimpangan lampu isyarat TL159 (scramblepedestrian) Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang.
Pelancaran sistem berlampu isyarat ini akan mula berkuatkuasa pada jam 12.00 pagi pada 19 Jun 2021.
Dengan perubahan ini, pejalan kaki dibenarkan untuk melintas ke semua arah. Ia demi mengoptimumkan masa melintas. Usaha ini dilaksanakan setelah kajian terperinci oleh DBKL di persimpangan dan kawasan tersebut.
DBKL sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan serta memudahkan pengguna jalan raya terjamin sama ada di kawasan pusat bandar atau di luar kawasan pusat bandar Kuala Lumpur.
Perubahan ini juga dapat memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut serta mengurangkan kadar risiko kemalangan.
Untuk gambaran lebih jelas, laluan pelintas pejalan kaki yang ingin dibangunkan adalah mirip laluan popular Shibuya Crossing di Jepun. Dengan adanya inisiatif ini, diharap laluan pejalan kaki menjadi lebih teratur dan selamat untuk pengguna jalan raya.
Malah, kami pasti ramai yang akan mengambil peluang untuk menjadikannya kawasan mengambil foto dan video seperti yang berlaku kepada Shibuya Crossing.
Baru-baru ini, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memulakan projek rintis yang melibatkan pengambilan warden sepenuh masa daripada kalangan bekas pegawai tentera dan polis untuk...