Doktor Ini Kongsi Bagaimana Fungsi Blue Tick Di WhatsApp Beri Tekanan Mental Pada Pengguna

Share

Aplikasi WhatsApp sering digunakan untuk memudahkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dengan mudah.

Ada beberapa perkara asas yang boleh dirujuk oleh pengguna bagi setiap mesej yang dihantar. Contohnya single tick bermaksud mesej sudah dihantar, double tick pula memberi makna mesej sudah diterima, manakala blue tick mesej sudah dibaca.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2014 WhatsApp telah memperkenalkan blue tick

, di mana pengirim mesej tidak akan mengetahui sama ada mesej yang dihantar sudah dibaca atau tidak.
Foto: Gadgets Beat

Ramai yang menggunakan sistem blue tick ini untuk mengelakkan sebarang salah faham yang bakal berlaku. Ada diantaranya yang sudah membaca mesej tetapi tidak terus membalas kerana terlalu sibuk sehingga menyebabkan mereka terlupa untuk memberi respon.

Namun begitu, situasi penggunaan blue tick ini walaupun nampak seperti remeh tetapi memberi kesan mendalam kepada pengguna sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental.

Menurut perkongsian Dr Hazreen Rashid di laman twitternya, beliau menjelaskan hanya kerana blue tick dan ‘seen’ di WhatsApp, ia dapat menghancurkan hubungan di antara satu sama lain. Hal ini dilihat berlaku kepada salah seorang pesakitnya di klinik.

Perkongsian doktor ini mendapat respon warganet yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman dan situasi yang berlaku antara mereka dek kerana fungsi blue tick ini.

Malah, seorang pakar psikologi juga menyarankan agar pengguna menutup sahaja fungsi blue tick ini kerana ia lebih menyihatkan mental.

Tidak dinafikan sekiranya kita ‘diberi’ blue tick sahaja, mesti korang ada rasa geram dan menganggap seperti tidak diendahkan. Betul tak? Jadi, sebenarnya tidak salah jika fungsi ini digunakan untuk kebaikan bersama.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman