Bagaikan ada sinar baru bila bekalan vaksin COVID-19, vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech mendarat di Malaysia.
Ini bermakna bermulalah Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Program vaksinasi terbesar negara diberikan secara percuma ini merupakan ‘pertahanan’ terakhir penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing bagi dilindungi daripada COVID-19. Tapi bukan hanya Malaysia yang melancarkan program vaksinasi ini, malah kebanyakkan negara di dunia juga melakukan hal yang sama.
Baru-baru ini seorang penguna Twitter dan juga merupakan seorang doktor gigi di yang berkhidmat di India berkongsi pengalamannya menerima suntikan vaksin di negara tersebut.
Niat doktor ini berkongsi pengalamannya ialah kerana ingin memberi semangat kepada rakyat Malaysia yang bakal menerima vaksin COVOD-19 ini dalam masa terdekat.
Ini perkongsian beliau
Ok sekarang saya nak ceritakan pengalaman dapatkan Vaccine haritu.
Saya dengan housemates dah lama dah tunggu nak pergi ambil. Ye lah, setiap hari jumpa patients. Pegang mulut and gigi diorang. Risau juga kan. Jadi kami pun pergi ambil vaccine dekat government hospital. Kami pergi dalam pukul 11 pagi.
Sejujurnya, tak langsung. Macam yg saya cakap kat atas, rasa dia macam kita inject masa sekolah dulu. Lepas tu dia letak cotton kat situ. Nurse pesan jangan tonyoh kuat kuat dekat tempat injection tu (takde motif pun nak tonyoh)
Selepas disuntik vaksin
Ok now.. how did I feel post-vaccinated?
Sebelum tu, just for reminder ada beberapa TEMPORARY side effects yang biasa dialami selepas vaksin macam:
“Semua ni ialah short-lived flu-like symptoms.”
Lagi satu yang common ialah, rasa sakit kat tempat injection. Ini pun biasa juga. Kesemua symptoms ini boleh jadi within sehari ke seminggu lepas vaccinated.
Kenapa ada symtoms semua ni?
Symptoms macam ni NORMAL sebab badan kita tengah hasilkan antibody baru dan kuatkan immune system badan kita. Jadi masa saya ambil tu memang dah get ready je untuk develop symptoms tu.
Awal awal lepas vaccine tu tak rasa apa apa lagi. Ok je. Saya start rasa symptom waktu malam. Start dengan rasa tak sedap badan, lepas tu saya demam.
Esoknya disebabkan hari tu hari ahad, seharian tu memang rehat kat rumah je. Sebab rasa chills demam dan rasa lenguh badan. Tapi semua ni slow2 beransur pulih dan malam ahad tu saya dah getting better. Rasa okay dah.
Doktor Wani juga sempat berkongsi tip selepas menerima suntikan ini.
Tips yang saya nak kongsikan, lepas vaccinated tu pastikan dapat rehat secukupnya, minum air, mandi dan tidur awal. Make sure badan hasilkan melatonin secukupnya dengan tidur awal (jam 9/10 malam).
Kita kena bagi kerjasama dengan badan yang tengah hasilkan antibody yang baru.
The next day hari Isnin tu, bangun pagi dah rasa so much better. Saya boleh bertugas di klinik macam biasa. Tak ambil leave and cergas je jumpa patients. Alhamdulillah.Kesimpulannya, korang jangan lah takut nak ambil vaccine ni. Macam yang saya tulis kat atas, side effects tu boleh ada tapi ia TEMPORARY.
Jom kita spread awareness pasal vaccine ni dan buang rasa skeptikal dengan COVID vaccine. @DrAmalinaBakri pun dah dapat pfizer.
Lepas baca perkongsian Dr Wani ni terus penulis bersemangat nak terima vaksin ni dan mulakan kehidupan seperti normal kembali.
Sumber: Syazwani smd